Etika Peperangan dalam lslam
ialah mematuhi perintah Allah swt serta mencari keredaannya.[1]
1.Secara amnya, etika peperangan
dalam Islam terbahagi kepada tiga mengikut situasi, iaitu:
(a) etika sebelum peperangan.
(b) etika semasa peperangan.
(c) etika selepas peperangan.
2 Dalam usaha memenuhi misi-misi
peperangan, Islam telah menggariskan beberapa prinsip dan kaedah umum dalam
jihad atau dengan perkataan lain etika yang wajar dipatuhi oleh tentera Islam
sewaktu di medan perang.
Antara etika tersebut adalah:
(a) Harus mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya.
Hal ini telah dilaksanakan ketika
zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sewaktu menggempur wilayah Hirah. Beliau telah memberi tiga pilihan kepada musuh Islam, iaitu
menganut Islam, berdamai ataupun berperang.
(b) Membayar cukai jizyah
Pihak musuh yang enggan menerima
Islam tetapi sanggup berada di bawah naungan kerajaan Islam dikehendaki
membayar c:ukai jizyah. Ia sebagai simbol balasan kerajaan Islam melindungi
harta dan nyawa mereka.
(c) Memerangi musuh seandainya mereka diperangi terlebih dahulu
Islam hanya membenarkan umatnya
mengangkat senjata seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Hal ini dapat
dilihat terutamanya ketika Perang Badar. Sewaktu itu, tentera
Islam hanya memrnggu serangan
musuh yang menceroboh, barulah peperangan secara besar-besaran dilaksanakan.
(d) Mentaati arahan pemimpin atau ketua
Merupakan salah satu etika yang
amat penting tatkala peperangan berlaku. Hal ini bertujuan memastikan segala
perancangan memberikan impak yang positif. Contoh yang paling jelas ialah
kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud pada tahun 3 H akibat daripada
tentera Islam tidak akur dengan arahan pemimpin (kecuaian pasukan pemanah
meninggalkan
posisi yang ditetapkan).
(e) Tidak boleh memerangi orang
kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya
Dalam ekspedisi peperangan
tentera Islam, golongan kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi
atau pendeta tidak boleh diperangi. Berdasarkan etika inilah golongan-golongan
ini tidak dikenakan jizyah pada zaman Khulafa' al-Rasyidin kerana dianggap
tidak mengancam keselamatan negara Islam.
(f) Dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah
kecuali darurat
Ini menunjukkan betapa Islam
mementingkan keamanan serta kesejahteraan kepada masyarakat seluruhnya. Ini
terbukti ketika peristiwa Rasulullah s.a.w mengepung kota Ta'if, harta-harta
musuh Islam langsung tidak diusik.
(g) Tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah
Sesuai dengan pilihan-pilihan
yang diberikan kepada seteruseteru Islam, maka Islam menetapkan etika tidak
boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir dhimmi atau
mereka yang sudah mengikat
perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.
(h) Melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh
Antara larangan tersebut ialah
tentera tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang terbunuh, sebagaimana
tindakan yang dilakukan oleh Hindun binti Utbah terhadap jasad Saidina Hamzah,
bapa saudara Rasulullah s.a.w di medan Perang Uhud.
(i) Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati
Oleh sebab itulah ketika
Perjanjian Hudaibiyah dimeterai pada tahun 6 H, meskipun fasal-fasal dalam
perjanjian itu seolah-olah memberikan kelebihan kepada musuh Islam, namun
Rasulullah s.a.w mempunyai misi yang tersendiri.Sikap musuh Islam yang
melanggar gencatan senjata yang dipersetujui membolehkan Rasulullah s.a.w
mengetuai tentera Islam membuka kota Makkah pada tahun 8 H.
j. Tawanan perang akan dilayan dengan baik
Ia merupakan salah satu kaedah
berdakwah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Meskipun ada cadangan daripada para
sahabat agar musuh-musuh Islam yang ditawan dalam Perang Badar dibunuh,
Rasulullah s.a.w tidak menerima cadangan itu sebaliknya baginda menggunakan
kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu
pengetahuan serta sejumlah wang tertentu. Ternyata kaedah inilah yang berjaya
menarik ramai musuh Islam menerima agama Islam.[2]
[1] Mohd
Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong
,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,
(Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 122.
[2]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014) ,74.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan