oleh-AHMAD BIN YAAKOB
a) Jihad nyawa dan tenaga
b) Jihad harta benda
c) Jihad pemikiran, lisan dan penulisan
d) Jihad mempertahankan kebenaran
e) Jihad melawan hawa nafsu /
syaitan (zahit dan batin)
Jihad melawan musuh kafir harbi
dan golongan riddah
g) Jihad menentang golongan munafik
h) Jihad menuntut ilmu dan
menghapuskan kejahilan
i) Jihad menentang kemungkaran dan kezaliman
j) Jihad ekonomi
- membasmi kemiskinan dan
kemunduran
k) Jihad politik
- Dawlah Islamiah - menegakkan masyarakat dan syiar Islam Kepentingan
jihad dalam gerakan dakwah
Islamiah.
Syahid.[1]
Jenis –jenis jihad:
a) Jihad nyawa dan tenaga
Jihad nyawa dan tenaga merupakan jihad yang paling utama,
iaitu melalui pengorbanan jiwa dan raga.Lazimnya jihad
sebegini ialah jihad di medan
perang dan mereka yang terkorban diistilahkan
sebagai syahid.Contohnya, Saidina
Hamzah telah gugur atau syahid di
medan Perang Uhud.
b) Jihad harta benda
Pengorbanan wang dan harta juga termasuk dalam jihad fi sabillah.Bagi golongan kaya, mereka boleh menyumbang harta bagi menyokong usaha jihad golongan
yang berperang di medan perang.Contohnya, Saidina Abu Bakar al-Siddiq menyerahkan
semua hartanya demi menegakkan
syiar Islam.
c) Jihad pemikiran, lisan dan penulisan
Idea yang bernas dan positif serta memberi manfaat kepada masyarakat dan
negara tergolong dalam ciri-ciri jihad di jalan Allah SWT.Contohnya, Salman
al-Farisi yang telah
menyumbangkan idea bagi
pembinaanparit dalam Perang Khandak.[2]
d) Jihad mempertahankan kebenaran
Umat Islam juga digalakkan
menentang kemungkaran dan kezaliman dalam
sesebuah pemerintahan.Oleh sebab itu, segala
kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah ditentang
sama ada melalui perbuatan, perkataan ataupun dengan hati.Terdapat
dalil daripada al-Quran yang
menggesa umat manusia melakukan kebaikan, iaitu surah al-Baqarah ayat l12,"Tidak, barang siapa yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada jalan Allah dan dia
berbuat baik akan mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak
bersedih hati'.
e) Jihad melawan hawa nafsu /
syaitan (zahit dan batin)
Berjihad melawan nafsu ialah
jihad yang paling tinggi darjatnya di sisi Islam.Melaluinya seluruh tenaga disalurkan supaya menuruti jalan (manhaj) yang digariskan oleh Allah SWT.Perjuangan melawan nafsu dalam diri setiap individu Muslim
adalah fardu ain.Mencari petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu tergolong dalam
jihad melawan nafsu, iaitu berusaha
tunduk dan patuh untuk beramal kepada ajaran
Islam, menyebarkan dakwah Islamiah serta
sabar di atas segala ujian dan cabaran
yang diterima.[3]
0
Jihad melawan musuh kafir harbi dan golongan riddah.
Sikap dan keputusan Khalifah Abu
Bakar terhadapgolongan murtad merupakan
satu sikap yang sangat terpuji kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam.
Keputusan Khalifah Abu Bakar bertegas memang tepat kerana sekiranya berlembut
dengan golongan murtad maka ramai lagi kabilah Arab lain tidak akan membayar
zakat. Walhal zakat merupakan salah satu rukun Islam yang lima dan sumber utama
ekonomi umat Islam.[4]
g) Jihad menentang golongan munafik
Jihad dalam kategori ini bermaksud menentang golongan
yang berselindung di sebalik nama Islam.Terdapat banyak ayat al-Quran yang
membicarakan berkenaan golongan
munafik ini. Misalnya, dalam
surah ol-Munafiqun yang menjadi
panduan kepada umat Islam sewaktu berhadapan dengan golongan ini.Antara dalil al-Quran yang terdapat
surah at-Taubah ayat73 yang menyeru kepadajihad ke atas orang kafir dan
munafik ialah"Wahai
Nabi, berjihadlah menentang orang-orang knfir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka".
h) Jihad menuntut ilmu dan
menghapuskan kejahilan
Selain berjihad di medan perang,
umat manusia juga disyariatkan berjuang dalam
bidang keilmuan. Ini penting bagi memastikan umat Islam tidak ketinggalan dalam setiap lapangan.
Umat Islam digalakkan mempelajari
segala ilmu yang bermanfaat sama ada fardu ain seperti fikah dan tauhid atau
fardu kifayah seperti sains, perubatan dan kejuruteraan.Tujuannya supaya
umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain, bahkan fardu kifayah
boleh menjadi wajib sekiranya tidak ada
orang Islam yangunempelajarinya.
[1]“Pertahanan
dan Pembukaan Wilayah”,dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),29.
[2]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014) ,72.
[3]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,76.
[4]Mohd
Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong
,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,
(Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 140.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan