STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN WILAYAH.
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Memandangkan sistem pemeritahan dan pentadbiran Uthmaniyahn mirip pentadbiran Byzantine, setiap wilayah ditadbir oleh gabenor wilayah yang bertanggungjawab mentadbir tanah kurniaan yang luas yang akan dikendalikan oleh para petani.[1]
Kadi merupakan ketua agamabagi setiap wilayah di mana tugas utama pegawai berkenaan ialah mengendalikan hukum jenayah dan sivil berdasarkan hukum al-Quran dan Hadis.
Multezim bertanggungjawab untuk mengutip semua cukai dari kawasan-kawasan tertentu dan sebahagian daripada kutipan itu diserahkan kepada perbendaharaan. Pada masa yang sama, pegawai kerajaan diberi kuasa untuk mengutip bayaran yang dikenali sebagai balkshish untuk perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam.
Golongan intelektual Muslim bertanggungjawab dalam pentadbiran keadilan, menguruskan wakaf untuk menyokong perkembangan sekolah dan hospital serta pendidikan belia Muslim.[2]Ada kalanya golongan ini berperanan sebagai orang tengah antararakyat dan cabang-cabang lain kelas pemerintahan.[3]
[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Ketiga,72
[3]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,63.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan