1.Andalus abad ke-13
Unit 1.6 : Bentuk
pemerintahan
1.6.2 : Pemerintahan Pusat
dan wilayah
Hasil Pembelajaran : Menjelaskan sistem pemerintahan rajalsultan dan amir
Masa /Kawasan Kajian : Andalusia pada abad ke 13M (1201 -1299M) dan India pada abad ke 16-17M (1501 - 1699M).
a) Pemerintahan pusat dan wilayah
kerajaan Andalusia abad ke-13M
Latar belakang pemerintahan
kesultanan /Amir di Andalus.
Pemerintahan di Andalusia
ditadbir oleh amir atau khalifah.
Amir berkuasa melantik wakil-wakilnya
untuk mentadbir wilayah. Gabenor
Jeneral adalah wakil amir yang bertanggungjawab melantik para pegawai
untuk membantu pentadbiran.[i]
Pemerintahan Bani Umayyah di Andalusia terbahagi kepada dua peringkat :
a) Peringkat pertama para
pemerintah bergelar Amir (756-912M)
b) Peringkat kedua para
pemerintah bergelar Khalifah (912-1002M)
Selepas tahun 1002M, kerajaan Bani Umayyah
di Andalusia mengalami kemerosotan
dan berakhir berakhir pada 103lM. Kesannya, muncul
kerajaan-kerajaan kecil yang berpusat di
pelbagai kota.
Para sejarahwan telah membahagikan
pemerintahan Islam kepada di Andalusia kepada beberapa tahap seperti;
a)Zaman pemerintahan Gabenor- Bani
Uamayyah Damsyik 711-756M
b)Zaman Pemerintahan Bani Umayyah
756-1031
c)Zaman pemerintahan Kerajaan kecil
1031-1086M
d)Zaman Penguasaan Kerajaan Afrika
Utara 1086-1143M
e)Zaman sl-Muwahhidun 1144-1223M
f) zaman Pemerintahan Bani Nasr atau
Bani al-Ahmar 1224-1429M[ii]
[i]Bentuk Pemerintahan”, dalam Modul Pengajaran dan
Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia,2013),24.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan