Rabu, 11 Mei 2016

Fokus STPM 2016-Ciri-ciri pendidikan pada zaman khalifah Umayyah

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
a. Institusi pendidikan  dan bentuk pengajaran
. Masjid-masjid, istana khalifah  dan Kuttab.
. Kurikulum  - ilmu tafsir, hadis, fiqh, bahasa,
kesusasteraan  Arab dan lain-lain. Pengajaran dalam bentuk syarahan.
, Cara penyampaian  ilmu berbentuk  halaqah
Terdapat pengajaran qira'ah al-Quran dan qasidah yang berpusat di Kota Makkah  dan Madinah.
Terdapat tujuh  jenis bacaan mengikut  loghat suku kaum Arab. Bagi membolehkan  orang Islam bukan Arab membaca ak-Quran,  diwujudkan  tanda-tanda bunyi seperti fathah,  dammah dan kasrah.  Al-Quran kemudian dibariskan dengan  lengkap  serta ditanwimkan serta diletakkan tanda syaddah.
. Masjid-masjid  di Basrah dan Kufah (Iraq) – pusat pengajian  bahasa
. Istana khalifah berfungsi sebagai tempat belajar dan perpustakaan
' Subjek yang diajar - sejarah,  kesusasteraan,  ilmu pidato dan lain-lain
. Kuttab - sekolah permulaan.  Dua jenis
- Kuttab  untuk orang awam yang dikenakan  yuran dan kutttab alSabil untuk kanak-kanak  miskin  yang diberi percuma.
. Penekanan  kepada  pengajian  al-Quran dan asas-asas ilmu agama.
Tenaga-tenaga pengajar  :
-Mempunyai  pengetahuan  yang berbeza-beza  antara satu sama lain
-Guru-guru di masjid mempunyai asas-asas  ilmu pengetahuan  yang kukuh  dan pelbagai  kemahiran berbanding  dengan  guru-guru di istana dan kuttab.
Guru-guru di masjid mengajar tanpa sebarang ganjaran.
Guru-guru yang mengajar di istana  khalifah dikenali sebagai muaddih
- guru yang mengajar berkenaan budi pekerti, adab-adab  dan sahsiah. Mereka ditugaskan  mengajar  putera-putera  khalifah dan anak
pembesar.
c. Bidang-bidang  pengajian :
. Pengajian  senik muzik dan puisi - berpusat di KotaMakkah  dan Madinah. Pemuzik dan penyanyimenjadikan istana khalifah sebagai  tempat untukmendapat ganjaran.
. Pengajian  kesusasteraan  dan ilmiah
- berkembangpesat  di masjid-masjid  di Basrah dan Kufah
. Pengajian  sains dan perubatan  - mencapai  kemajuantinggi hingga melahirkan pakar-pakar  perubatan
. Pengajian  seni ukir dan seni pahat
- banyak ayatQuran,  hadis,  syair dan kata-kata  hikmat dipahat  dandiukir  pada dinding dan mimbar masjid, istana danlain-lain.
. Pengajian membuat  kertas, kompas  dan mensiu  (alatmillliliter)
d. Dasar dan perkembangan pendidikan  :
. Percuma bagi golongan kurang berkemampuan  dikuttab dan percumabagi  pengajian secara terbuka dimasjid-masjid. Kebanyakan rakyat menuntut ilmuwalaupun tiada  dasar wajib belajar. Berbeza denganputera mahkota  yang diberikan pendidikan wajib diistana atau mereka  dihantar  ke halaqah pengajian.
. Tiada sukatan pelajaran  ditetapkan.
. Perkembangan  ilmu pengetahuan  seiring denganpenyebaran  agama Islam.
. Lahir tokoh-tokoh  agama  dan cendiakawan  Islam.[1]
Peranan  khalifah dalam perkembangan  ilmu dan penyebaran  Islam.
Kemunculan  ilmu falsafah (suatu ilmu yang banyakmenggunakan  akal untuk berhujah) menyumbangperkembangan  sistem pendidikan.

. Akhir zaman pemerintahan Bani Umayyah, ulamaIslam terpaksa menggunakan  falsafah  sebagai  senjata bagi menentang hujah-hujah orang yahudi danNasrani.  Bentuk pendidikan mengalami  perubahanmengikut tuntutan dan situasi  semasa.
. Ilmu sejarah menjadi salah satu faktor penting dalam perkembangan  sistem  pendidikan. Ilmu ini dikhususkan  untuk putera-putera  khalifah kerana mereka bakal memimpin kerajaan. Dengan adanya pengetahuan berkenaan sejarah, mereka dapat memahami ilmu ketatanegaraan, sistem pemrintahan, pentadbiran dan menjadikan pengalaman pemerintahan terdahulu sebagai pengajaran bagi mengukuhkan pemerintahan pada masa hadapan.[2]  

[1] Ibid,64
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 234.
[3] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 214.

Fokus STPM 2016-PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR ABAD KE-8M

Fokus STPM 2016-MESIR ABAD KE-8M
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB.
a. Jenis institusi pendidikan
Sejarah awal perkembangan pendidikan Islam di Mesir –
Kewujudan pelbagai institusi pendidikan merupakan sesuatu yang lumrah di sesebuah negara, begitu juga di Mesir. Masjid merupakan institusi pendidikan terawal ang pada mulanya menawarkan pemebelajaran ilmu keagamaan fardu ain diikuti ilmu-ilmu bukan agama atau fardu kifayah.

       Kota Fustat sebagai pusat pentadbiran dan pusat pendidikan Islam, khasnya selepas pembinaan Masjid Amru bin al-As.Kemudian pusat keilmuan berpindah ke Kaherah dengan terbinanya Masjid al-Azhar zaman Dinasti F atimiyyah.

      Seterusnya Masjid al-Azhar menjadi pusat pengkajian Islam khasnya zaman pemerintahan khalifah Salehuddin al-Ayyubi sehingga melahirkan ramai tokoh-tokoh ilmuan Islam terkenal.

Jenis institusi pendidikan di Mesir
a. Halaqah - lingkaran iaitu proses belajar dan mengajar dilaksanakan apabila murid-murid melingkari gurunya. Kegiatan halaqah berlaku di masjid atau rumah-rumah. Halaqah adalah lanjutan daripada pembelajaran di kuttab dan kemunculannya lebih awal dari madrasah.
b. Masjid - pusat pendidikan, pusat ilmu, dakwah, kebudayaan Islam dan mahkamah keadilan. Pendidikan dan pengajaran yang berlangsung di masjid-masjid merupakan proses awal daripada terbentuknya kuttab dan halaqah di Mesir. Beberapa masjid di Kaherah berfungsi sebagai sekolah Islam (madrasah) dan hospital. Antara masjid terkenal di Kaherah adalah Masjid Jamie Amru dan Masjid Jamie Ibn Thulun.
c. Kuttab - pendidikan fardu ain dan fardu kifayah.
Penekanan kepada ilmu al-Quran, tafsir, hadis dan lain-lain. Kurikulum pendidikan di Kuttab berorientasi al- Quran sebagai buku teks yang merangkumi pengajaran membaca dan menulis, kaligrafi, sejarah Nabi Muhammad SAW dan hadis. Abad ke-8M, kuttab mulai mengajar ilmu pengetahuan umum dan agama ekoran pertembungan antara Islam dengan warisan budaya helenisme (budaya Yunani) sehingga berlaku banyak perubahan dalam kurikulum pendidikan Islam. Muncul dua aliran kuttab: pertama - kuttab yang mengajar ilmu agama (religious learning) dan kuttab yang mengajar pengetahuan bukan agama (secular learning).
d. Madrasah - madrasah hadis (sistem pendidikan hadis)
      Sejak penaklukkan Islam terhadap Mesir terdapat para sahabat Rasulullah SAW telah memasuki Mesir, misalnya Abdullah ibn Amru al-As, al-Zubair Awwam dan Miqdad al-Aswad. Terdapat riwayat yang mengatakan bahawa sejumlah 34 orang sahabat telah menetap di Mesir dan ada antara sahabat ini yang terlibat dalam pembentukan madrasah hadis di negeri Mesir.

      Penglibatan para sahabat dalam pendidikan telah membuka satu ruang dakwah bagi mereka menyebarkan  Islam, bahkan telah membentuk satu sistem yang tersusun dalam menerapkan kefahaman Islam. Secara tidak langsung usaha para sahabat telah membentuk satu sistem pendidikan hadis yang tersusun (madrasah hadis). Antara para sahabat yang terlibat dalam madrasah hadis ini iaitu Abdullah Amru Al-As, Amru al-As, Ukbah bin Amir, Maslamah dan Kharijah bin Huzafah Al-Adwi.
murid-muridnya.    

e. Padang pasir / badiah - badiah-badiah merupakan sumber pembelajaran bahasa Arab yang asli sehingga banyak anak khalifah, ulama dan ahli ilmu datang ke badiah-badiah untuk mempelajari bahasa kesusasteraan Arab.

Fokus STPM 2016-Pendidikan pada zaman Khalifah Abbasiyah

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Zaman pemerintahan Bani Abbasiyah dikenali sebagai zaman keemasan dan kegemilangan pendidikan Islam. Dasar pendidikan Islam berteraskan wahyu al-Quran dan hadis. Manakala sumber  pendidikan berasal daripada sumber al-Quran dan Hadis serta sumber ilmu luar seperti dari India, Parsi dan Greek. Selain daripada ilmu keagamaan ilmu lain ialah sains,peubatan, fizik, kimia, matematik , geografi, falsafah, asronomi, falak dan sebagainya.[1]    

Ciri-ciri pendidikan  zaman Khalifah Abbasiyah
Pada zaman Abbasiyah perkebangan ilmu dan sekolah telah mencapai kemajuan yang pesat. Zaman ini juga disebut sebagai keemasan dan kegemilangan pengajian Islam. 
a. Institusi  pendidikan dan bentuk  pengajaran
Masjid merupakan pusat  bagi pelajaran rendah,menengah, dan tinggi.
      Masjid merupakan  sekolah utama bagi mempelajari al-Quran,  hadis dan fiqah. Di Basrah masjid telah digunakan sebagai kelas-kelas pengajian bagi pelajaan tafsir, hadis,fiqah,kesihatan dan lain-lain. Orang ang hadir kekelas-kelas tersebut terdiri dari pelbagai bangsa dan agama termasuklah putera-putera raja , pembesar-pembesar dan para hartawan.[2] Di masjid juga    diadakan majlis munazarah(perbincangan dan perbahasan  isu semasa) oleh para ulama,  sarjana danpujangga.
. Sekolah-sekolah  tinggi (madrasah) ditubuhkan  zaman Nizam  al-Mulk seperti di Baghdad dan Basrah
. Istana khalifah sebagai  institusi pendidikan. Istana berfungsi sebagai  gedung ilmu dan pusat pengkajian sastera  berbanding  pusat pemerintahan.
. Perpustakaan  - menjalankan  aktiviti pengkajian buku ilmiah dan tempat perbincangan.  Contoh - Baitul Hikmah
b. Bidang pengajian
. Keagamaan dan bidang lain seperti ilmu nisab, fizik, kimia, ahli falak, ilmu logikal, ilmu falsafah  dan lain-lain.
. Kurikulum  peringkat rendah merangkumi pelajaran al-Quran, sirah Nabi SAW, membaca, menulis dan puisi.
. Kurikulum  peringkat menengah dan tinggi.
merangkumi  ilmu tafsir, ilmu hadis,  ilmu kalam,falsafah,  perubatan  dan lain-lain
. Aktiviti  penterjemahan  dan pengkajian buku-buku ilmiah. Menggalakkan  perkembangan  ilmu.
Tenaga pengajar
. Muncul ramai cendiakawan  Islam yang mempunyaipengetahuan yang berbeza-beza  antara satu sama lain.
Pakar ilmu hadis
- al-Kindi, al-Farabi, Imam empat
Mazhab, al-Bukhari, al-Muslim  dan lain-lain
Pakar perubatan
- Ibn Sina, al-Razi danAli  al-Tabari.
Ibn Sina terkenal dalam bidang perubatan. Karya Ibn Siana iaitu al-Qanum fil-tib dan kitab al-Sifa merupakan karya penting dalam bidang peubatan Islam.[3]

Dasar dan perkembangan  pendidikan  :
Dasar pelajaran  yang digunakan ialah al-Quran danhadis.
. Sumber pengetahuan Islam berasal daripada  dua jurusan  : sumber internal (dalam) - al-Quran dan hadis manakala  sumber external (1uar - ilmu-ilmudari India, Parsi dan Greek.[4]

[1] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 214.
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua,235
[3] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2,227.
[4] “Falsafah Pendidikan Islam ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),65.

Fokus STPM 2016-Bukti Nabi Muhammad s.a.w sebagai Seorang Negarawan

Pemimpin Masyarakat
Sejak sebelum Hijrah lagi, Nabi Muhammad s.a.w sudah terkenal sebagai seorang yang amanah, al-Amin lagi adil dalam kalangan masyarakat Makkah, iaitu sejak berlakunya peristiwa peletakan Hajar al-Aswad ke tempat asalnya berikutan banjir besar yang melanda Kaabah.
      Nabi Muhammad s.a.w menghormati agama-agama lain dan memberikan kebebasan beragama kepada mereka serta menghormati adat resam dan budaya kaum bukan Islam, termasuk kaumYahudi.
       Nabi Muhammad s.a.w turut memberikan kepercayaan kepada ketua-ketua kaum bagi mengurus hal-hal penting yang bersabit dengan kaum dan sekutu mereka.
      Menerusi prinsip keadilan dan toleransi serta ikatan akidah menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w berjaya, bukan sahaja menyatukan umat Islam tetapi seluruh penduduk Madinah yang berbilang agama dan keturunan.

      Baginda berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan.Baginda menyatukan masyarakat Islam melalui persaudaraan antara golongan Muhajirin dengan Ansar.Baginda berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah. Selain itu, baginda juga berjaya menghapuskan batas-batas pebezaan kaum melalui konsep ummah.

Pemimpinin Politik
Kepimpinan baginda mula terserlah sejak di Makkah lagi apabila berjaya menyelesaikan pemindahan Hajar al-Aswad.Baginda telah berjaya menunjukkan sifat-sifat kepimpinan politik menerusi Pejanjian Aqabah I dan II. Kaum Khazraj dan Aus dari Madinah berasa lega dengan jaminan yang diberikan oleh baginda bagi menyelesaikan masalah politik di Madinah, khususnya tentang perbalahan mereka dengan kaum Yahudi dan perpecahan antara sesama Arab (Aus dan Khazraj).

      Baginda tidak menunjukkan sikap permusuhan terhadap kaum Yahudi, tetapi baginda sentiasa menganjurkan perundingan dengan mereka. Setelah perundingan gagal, barulah baginda bertindak mengikut lunas-lunas dan undang-undang yang termeterai dalam Piagam Madinah.
      Baginda juga boleh dianggap sebagai diplomat yang berjaya kerana inisiatif baginda menghantar perwakilan ke luar negara seperti Habsyah dan Mesir. Baginda  juga memperkenalkan Sistem Syura atau musyawarah untuk dilaksanakan dalam semua bidang politik dan ekonomi.

Perancang Ekonomi
Pemilihan kota Madinah sebagai pusat dakwah dan pentadbiran politik Islam yang baharu didorong oleh faktor ekonomi kerana kota Madinah terletak di pertengahan jalan Makkah-Syam. Dengan kedudukannya yang strategik, ini menyebabkan aktiviti ekonomi orang Islam semakin meluas.
      Nabi Muhammad s.a.w telah memperkenalkan dasar ekonomi baharu bagi menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras dan bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian.Baginda berusaha membangunkan ekonomi orang Islam yang tergadai kepada kaum Yahudi.

Pemimpin Tentera
Baginda menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan melalui ekspedisi ketenteraan yang disertai. Dalam bidang ketenteraan, asas kepimpinan baginda ialah akidah, syariat dan akhlak yang mulia. Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT.

       Baginda turut mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi musuh.Baginda juga sentiasa adil kepada semua orang tidak kira kawan atau pihak musuh. Contohnya, baginda membahagikan harta rampasan perang secara adil kepada tentera yang menyertai peperangan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh
yang sudah lari dari medan perang atau kaum-kaum yang lemah.

      Baginda juga dianggap sebagai seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam ketenteraan. Baginda berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada pasukan tentera Islam.

FOKUS STPM P2 U 2016-sumbangan Salahuddin al-Ayyubi

FOKUS STPM P2 U 2016-sumbangan Salahuddin al-Ayyubi 
SALAHUDDIN AL AYUBI
      Salehuddin al-Ayyubi merupakan tokoh yang bertanggungjawab membebaskan kota Baitulmuqaddis daripada kekuasaan orang Barat.Ketika tercetusnya Perang Salib, nama dan kepimpinan beliau amat digeruni oleh tentera salib terutamanya setelah berjaya menawan semula beberapa buah wilayah kera-jaan Islam. Beliau juga pernah terlibat dalam peperangan di Mesir, Palestin, dan Syria.

 (a) Menentang tentera salib
. Pada tahun I 164 M, Salehuddin al-Ayyubi telah menyertai ekspedisi ketenteraan Syria bersama bapa saudaranya, Shirkuh yang dihantar oleh Khalifah Nur al-Din. Mereka berjaya menewaskan tentera Salib yang berada di bawah pimpinan Amaury I Setelah Shirkuh meninggal dunia, Salehuddin al-Ayyubi telah dilantik sebagai panglima angkatan tentera Syria. Pelantikan ini menjadi titik tolak kepada kegemilangan dan kemasyhurannya.

(b) Menawan kota Baitulmuqaddis
Salehuddin al-Ayyubi menjadikan Ra'su al-Ma' sebagai pusat gerakannva menuju ke Busra diikuti Karak, Syubak, dan Tabariah. Ketika pertempuran di Hittin, kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Kemaraan tentera Salehuddin al-Ayyubi tidak dapat dikekang lagi apabila beliau berhadapan dengan Raja Baitulmuqddis yang hanya dikawal oleh 150 orang pahlawannya sahaja.Salehuddin al-Ayyubi mengarahkan Raja Baitulmuqaddis, iaitu Gui of Lusignan dan pemerintah Karak iaitu Raynald supaya menghadapnya. Beliau kemudiannva telah memancung kepala Raynald kerana sikap biadab pemerintah Karak tersebut terhadap Nabi Muhammad SAW dan umat Islam.

(c) Mengamalkan dasar tolak ansur terhadap penganut Kristian
 Meskipun orang Islam berjaya menguasai Baitulmuqaddis, namun orans Kristian tetap diberikan peluang mengunjungi kota suci tersebut.Melalui perjanjian damai yang dimeterai antara Salehuddin al-Ayyubi dengan Richard The Lion Heart di Ramalah pada 2 November l192 M orang Islam bersedia memberikan kelonggaran kepada orang Kristian untuk mengunjungi dan beribadat di Baitulmuqaddis

(d) Memulihkan dan membangunkan negara
Salehuddin al-Ayyubi mengarahkan pembinaan kubu Qal'ah al-Jabal yang terletak di atas bukit bagi membendung saki-baki musuh yang masih berada di dalam kota Kaherah. DiSinai, kubu yang hampir sama juga dibina di samping membangunkan Pulau al-Raudah
dan Pulau al-Gizah.
Ibn Jubair pernah menjelaskan pasar minggu yang besar diadakan pada setiap hari Ahad. Bandar ini dilengkapi dengan kemudahan dan tempat bersantai.

Salehuddin al-Ayyubi telah mengubah sebuah dewan di istana yang dibina oleh al-Aziz bin al-Muiz dengan menjadikannya sebuah hospital yang dinamakan Bimaristan al-Atiq. Sebuah gedung ubatan disediakan bagi membolehkan ubat diagihkan mengikut gred yang ditetapkan kepada para pesakit. Hospital tersebut juga mempunyai ruangan khas untuk pesakit wanita. Jaring-jaring besi juga dipasang sebagai pemisah bagi mengelak pesakit mental mengganggu pesakit lain.

Memajukan pendidikan
Sebagai individu yang mencintai ilmu pengetahuan, beliau banyak membina sekolah dan menjemput golongan ulama dan cerdik pandai ke negaranya.  Beliau memperkenalkan sistem pendidikan prasekolah yang dikenali dengan nama sistem al-Katib. Mengikut sistem tersebut, kanak-kanak akan mempelajari al-Quran, menghafal hadis, dan meningkatkan kemahiran seni khat. Selain itu, mereka juga diajar tentang asas ilmu matematik, syair, kata-kata hikmat, dan beribadat seperti solat berjemaah.

Memajukan bidang ekonomi .
Dalam bidang ekonomi, negara memperoleh sumber pendapatan yang pelbagai seperti jizyah
yang dikenakan kepada golongan bukan Islam, fidyah yang dibayar oleh tawanan perang untuk menebus diri, harta rampasan perang, dan cukai tanah (kharaj). Cukai-cukai yang membebankan pada zaman kerajaan Fatimiyyah dihapuskan seperti cukai yang dikenakan ke atas jemaah haji.

      Beliau juga menumpukan perhatian terhadap sektor pertanian seperti memberi tumpuan kepada penyediaan dan penyelenggaraan sistem terusan serta teknik-teknik pertanian agar berlaku peningkatan produktiviti dan mengelak kekurangan bekalan makanan.

Kesimpulannya,kejayaan Salehuddin al-Ayyubi membebaskan semula Baitulmuqaddis merupakan bukti paling ketara yang beliau sentiasa berusaha untuk memartabatkan agama dan negara Islam.
Rentetan daripada kejayaan tersebut, beliau telah dapat melaksanakan pelbagai perancangan

yang meliputi aspek politik, ekonomi, pendidikan, dan kebajikan sosial.

Fokus STPM 2016-Salahuddin al- Ayyubi.

Fokus STPM 2016-Salahuddin  al- Ayyubi.
Nama penuh beliau ialah Salahuddin Yusof bin Najmuddin Ayub.Di dunia Eropah, beliau digelar sebagai Saladin.Beliau berketurunan Kurdi daripada kaum Quraisy suku Ruwaidhah.
Beliau dilahirkan di benteng Tikrit di wilayah lran pada tahun 1138 dan meninggal di Damsyik pada tahun 1193.Ketika berusia 17 tahun, beliau mula berkhidmat dengan Khalifah
Nur al-Din di Damsyik.
      Salehuddin al-Ayubi merupakan seorang panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang berbakat tinggi dan masyhur pada Zaman Perang Salib. Beliau penentang kuat Perang Salib. Kejayaan terbesarnya ialah menumpaskan tentera Salib dan berjaya mengambil semula Baitulmuqaddis dan Palestin daripada tangan Kristian pada abad ke-12.[1]

SUMBANGAN SALEHUDDIN AL-AYYUBI
Dasar kepemimpinan  dan pentadbiran :
a) Politik
Pengasas dinasti Ayyubiyah
Pemimpin yang warak dan bertoleransi
Memperkuatkan  angkatan tentera
Ekspedisi ketenteraan
menentang  kerajaan Fatimiyyah di Mesir dan tentera Salib di Palastin
Menawan Kota Baitulmuqaddis
Dasar terhadap  penganut agama Kristian dan Yahudi
b) Sosial
Menampilkan  akhlak yang mulia  untuk dicontohi
Memulih  dan membangunkan  negara
Memajukan  bidang pendidikan
c) Ekonomi
Sektor pertanian
Sektor percukaian
d) Agama
Menerapkan  semangat jihad
Menjadikan  ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah  pegangan rasmi negara  Mesir menggantikan fahaman  syiah
Kecintaan terhadap Islam khasnya  al-Quran dan Hadis.[2]

[1]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,83.
[2]“Pertahanan dan Pembukaan Wilayah”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),34.