FOKUS STPM P2 U 2016-sumbangan Salahuddin
al-Ayyubi
SALAHUDDIN AL AYUBI
Salehuddin al-Ayyubi merupakan tokoh yang
bertanggungjawab membebaskan kota Baitulmuqaddis daripada kekuasaan orang
Barat.Ketika tercetusnya Perang Salib, nama dan kepimpinan beliau amat digeruni
oleh tentera salib terutamanya setelah berjaya menawan semula beberapa buah
wilayah kera-jaan Islam. Beliau juga pernah terlibat dalam peperangan di Mesir,
Palestin, dan Syria.
(a) Menentang tentera salib
. Pada tahun I 164 M,
Salehuddin al-Ayyubi telah menyertai ekspedisi ketenteraan Syria bersama bapa
saudaranya, Shirkuh yang dihantar oleh Khalifah Nur al-Din. Mereka berjaya
menewaskan tentera Salib yang berada di bawah pimpinan Amaury I Setelah Shirkuh
meninggal dunia, Salehuddin al-Ayyubi telah dilantik sebagai panglima angkatan
tentera Syria. Pelantikan ini menjadi titik tolak kepada kegemilangan dan
kemasyhurannya.
(b) Menawan kota Baitulmuqaddis
Salehuddin al-Ayyubi menjadikan
Ra'su al-Ma' sebagai pusat gerakannva menuju ke Busra diikuti Karak, Syubak,
dan Tabariah. Ketika pertempuran di Hittin, kemenangan berpihak kepada tentera
Islam. Kemaraan tentera Salehuddin al-Ayyubi tidak dapat dikekang lagi apabila
beliau berhadapan dengan Raja Baitulmuqddis yang hanya dikawal oleh 150 orang
pahlawannya sahaja.Salehuddin al-Ayyubi mengarahkan Raja Baitulmuqaddis, iaitu
Gui of Lusignan dan pemerintah Karak iaitu Raynald supaya menghadapnya. Beliau
kemudiannva telah memancung kepala Raynald kerana sikap biadab pemerintah Karak
tersebut terhadap Nabi Muhammad SAW dan umat Islam.
(c) Mengamalkan dasar tolak
ansur terhadap penganut Kristian
Meskipun orang Islam berjaya menguasai
Baitulmuqaddis, namun orans Kristian tetap diberikan peluang mengunjungi kota
suci tersebut.Melalui perjanjian damai yang dimeterai antara Salehuddin
al-Ayyubi dengan Richard The Lion Heart di Ramalah pada 2 November l192 M orang
Islam bersedia memberikan kelonggaran kepada orang Kristian untuk mengunjungi
dan beribadat di Baitulmuqaddis
(d) Memulihkan dan membangunkan
negara
Salehuddin al-Ayyubi
mengarahkan pembinaan kubu Qal'ah al-Jabal yang terletak di atas bukit bagi
membendung saki-baki musuh yang masih berada di dalam kota Kaherah. DiSinai,
kubu yang hampir sama juga dibina di samping membangunkan Pulau al-Raudah
dan Pulau al-Gizah.
Ibn Jubair pernah menjelaskan
pasar minggu yang besar diadakan pada setiap hari Ahad. Bandar ini dilengkapi
dengan kemudahan dan tempat bersantai.
Salehuddin al-Ayyubi telah
mengubah sebuah dewan di istana yang dibina oleh al-Aziz bin al-Muiz dengan
menjadikannya sebuah hospital yang dinamakan Bimaristan al-Atiq. Sebuah gedung
ubatan disediakan bagi membolehkan ubat diagihkan mengikut gred yang ditetapkan
kepada para pesakit. Hospital tersebut juga mempunyai ruangan khas untuk
pesakit wanita. Jaring-jaring besi juga dipasang sebagai pemisah bagi mengelak
pesakit mental mengganggu pesakit lain.
Memajukan pendidikan
Sebagai individu yang mencintai
ilmu pengetahuan, beliau banyak membina sekolah dan menjemput golongan ulama
dan cerdik pandai ke negaranya. Beliau
memperkenalkan sistem pendidikan prasekolah yang dikenali dengan nama sistem
al-Katib. Mengikut sistem tersebut, kanak-kanak akan mempelajari al-Quran,
menghafal hadis, dan meningkatkan kemahiran seni khat. Selain itu, mereka juga
diajar tentang asas ilmu matematik, syair, kata-kata hikmat, dan beribadat
seperti solat berjemaah.
Memajukan bidang ekonomi .
Dalam bidang ekonomi, negara
memperoleh sumber pendapatan yang pelbagai seperti jizyah
yang dikenakan kepada golongan
bukan Islam, fidyah yang dibayar oleh tawanan perang untuk menebus diri, harta
rampasan perang, dan cukai tanah (kharaj). Cukai-cukai yang membebankan pada
zaman kerajaan Fatimiyyah dihapuskan seperti cukai yang dikenakan ke atas
jemaah haji.
Beliau juga menumpukan perhatian terhadap
sektor pertanian seperti memberi tumpuan kepada penyediaan dan penyelenggaraan
sistem terusan serta teknik-teknik pertanian agar berlaku peningkatan
produktiviti dan mengelak kekurangan bekalan makanan.
Kesimpulannya,kejayaan Salehuddin al-Ayyubi membebaskan
semula Baitulmuqaddis merupakan bukti paling ketara yang beliau sentiasa
berusaha untuk memartabatkan agama dan negara Islam.
Rentetan daripada kejayaan
tersebut, beliau telah dapat melaksanakan pelbagai perancangan
yang meliputi aspek politik,
ekonomi, pendidikan, dan kebajikan sosial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan