OLEH-AHMAD YAAKOB
Nabi Muhammad SAW diutus bagi
menyampaikan risalah kepada seluruh umat manusia tentang ajaran Islam. Baginda
ialah Nabi dan Rasul terakhir.Hal ini bermakna tidak ada nabi dan rasul
selepasnya. Baginda telah berjaya mernbentuk sebuah masyarakat (ummah) dan
negara Islam di Madinah.Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, telah berlaku
suatu perubahan besar dari sudut politik, ekonomi dan sosial umat Islam yang
membawa kepada perkembangan budaya dan masyarakat Islam yang terdiri daripada
pelbagai bangsa dan keturunan. Peristiwa ini telah mencetuskan suatu fenomena
baharu dalam sejarah umat Islam bermula dari era Khulafa' al-Rasyidin hinggalah
kepada era-era selepasnya.[1]
Golongon Muhajirin
Golongan Muhajirin merupakan
pengikut Nabi Muhammad SAW yang berhijrah dari Makkah ke Madinah.Istilah
Muhajirin berasal daripada perkataan hijrah, penghijrahan; orang yang berhijrah
dipanggil al-Muhajir (secara jamak: al-Muhajirin).
Golongan Muhajirin bukan orang pelarian;
seperti mana anggapan sesetengah orientalis, tetapi mereka berpindah/berhijrah
dari kota Makkah ke kota Madinah kerana mematuhi suruhan Allah SWT dan
Rasul-Nya derni masa depan Islam yang lebih cerah.Di Madinah, golongan
Muhajirin mendapat pertolongan dari segi fizikal dan moral daripada golongan
Ansar.
Golongan Muhajirin diberitakan dalam
al-Quran (surah al-Baqarah: 215, surah al-Imran: 191) mendapat rahmat dan
pahala yang amat besar daripada Allah SWT kerana pengorbanan mereka
berhijrah.Nabi Muhammad SAW telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dengan
golongan Ansar untuk menjadi umat yang mulia dan kuat.Golongan Muhajirin
dianggap sebagai golongan yang terawal memeluk agama Islam dan paling banyak
berjasa dalam menegakkan ajaran tauhid.
Golongan Ansar
Golongan Ansar ialah penduduk
Madinah, khususnya daripada kaum Aus dan Khazraj yang telah memeluk agama
Islam.Mereka membantu Nabi Muhammad SAW sebelum dan selepas
berhijrah ke Madinah (622M).Golongan
Ansar bersama Muhajirin telah menegakkan negara Islam Madinah.Golongan Ansar
banyak berkorban, sama ada dari segi harta benda, tenaga dan jiwa raga untuk
mengembangkan agama Islam.[2]
Peranan golongan Muhajirin dan Ansar.
Antara peranan Muhajirin di
Mekah ialah menerima dan mempertahankan Islam walaupun menerima tentangan yang
hebat daripada kaum musyrikin Mekah. Mereka adalah kelompok pertama menerima Islam dan mempertahankan keutuhan
Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Mereka juga adalah golongan pertama yang
melafazkan kesetiaan terhadap Islam dan berjuang bersama-sama dengan Nabi
Muhammad S.A.W.Mereka sanggup menerima tentangan sama ada dalam bentuk fizikal
dan mental. Mereka menerima pelbagai ejekan, penghinaan, kata nista, penyeksaa
dan pembunuhan Sebagai contohnya, tokoh-tokoh seperti Abu Bakar alSiddiq, Zubair
bin Awwam, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib dan lain-lain adalah pendukung
Islam semasa dakwah secara sulit di Mekah. Tegasnya, mereka sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan
daripada kaum musrikin Quraisy bagi memastikan Islam terus tertegak dan
berkembang.[3]
Selain itu, peranan golongan Ansar di
Mekah ialah menerima dan menyokong ajaran Nabi Muhammad S.A.W. yang merintis
penghijrahan ke Madinah. Mereka menyatakan kesanggupan menerima Islam dalam Perjanjian Aqabah 1 dan
2, dalam keadaan golongan musyrikin Mekah melancarkan penentangan yang keras. Mereka
berikrar untuk berjuang bersama-sama Nabi Muhammad S.A.W. Buktinya, mereka bertanggungjawab membawa dan menyebarkan
Islam di Madinah. Kesannya,
agama ini telah berkembang di Madinah dan golongan Ansar saling berganding bahu
dengan golongan Muhajirin dalam mepertahankan Islam.
Disamping itu, peranan golongan Muhajirin
di Madinah ialah membantu Nabi Muhammad S.A.W. dalam urusan keagamaan dan
dakwah. Golongan Muhajirin
merupakan pembantu utama Nabi Muhammad S.A.W. di Madinah khususnya dalam urusan
keagamaan dan pentadbiran.Muhajirin berperanan dalam mengembangkan dakwah
Islam. Mereka bersama Nabi Muhammad S.A.W. menjalankan dakwah secara terbuka di
Madinah. Hasilnya umat Islam
berjaya membina Masjid di tengah-tengah Kota Madinah dan dapat melakukan ibadat
secara terbuka. Tegasnya,
peranan golongan Muhajirin semasa dakwah Nabi Muhammad S.A.W. di Madinah dapat
membantupenduduk Madinah mendalami ajaran Islam.
Akhirnya, peranan golongan Ansar di
Madinah ialah menyumbang harta benda dan buah fikiran. Sebagai penduduk tempatan, mereka turut menyumbangkan
harta benda dan buah fikiran dalam menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam
termasuk menyertai perjuangan jihad.Golongan Ansar juga menyumbangkan harta
benda dalam menghadapi serangan musuh Islam. Sebagai contoh, Salman al-Farisi mencadangkan pembinaan parit
dalam Perang Khandak. Tegasnya, mereka telah memainkan peranan penting dalam merperjuangkan dan
membangunkan negara Islam Madinah.
Sebagai kesimpulan, golongan Muhajrin dan
Ansar mempunyai peranan tersendiri dalam membantu Nabi Muhammad S.A.W.
mempertahanjan dan mengembangkan risalah Islam. Masing-masing berperanan besar
yang menjadi tulang belakang dan gandingan mantap bagi memastiksn kejayaan perjuangan
Nabi Muhammad S.A.W di Mekah dan Madinah.[4]
[1] Mahayudin
Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini(Shah
Alam:Oxford Fajar,2014),26.
[2] Mahayudin
Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,(Shah Alam:Oxford
Fajar,2013),53.
[3] https://fastnote.files.wordpress.com/2016/05/modul-puncak-sejarah-stpm-p2-melaka-2016.pdf,4
[4] Ibid,6.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan