OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada zaman Abbasiyah berlaku perluasan kuasa dan hubungan diplomatik dengan negara luar.Namun hubungan inilebih kepada
menjaga pengaruh kekuasaan dan kedudukan kerajaan Abbasiyah ke aas
negara wilayahnya.[1]
1.Perjanjian-perjanjian pada
zaman Khalifah Abbasiyah.
A.Perjanjian Khalifah Abbasiyah dengan kerajaan Byzantine (Rom Timur)
Kerajaan Byzantine (Rom Timur) iaitu musuh tradisi kerajaan Islam sejak
zaman berzaman. Permusuhan terhadap Islam bertambah hebat sejak Islam mula tersebar
di negara-negara yang terletak di bawah jajahan Byzantine seperti Syam,
Mesir dan Maghribi. Sejak era pertama kerajaan Abbasiah lagi telah berlaku pertempuran
antara kerajaan Abbasiah dan kerajaan Byzantine di sempadan Utara Syam.
Kerajaan Byzantine juga berusaha untuk menggagalkan pembentukan kerajaan Abbasiah
pada awal penubuhannya dengan mengutus bala tentera berkuda untuk memerangi
Islam.
Keadaan yang berlaku memaksa
Khalifah Abu al-Abbas mengutuskan
gabenornya di Sam bagi mematahkan serangan tersebut, namun gagal kerana beliau
meninggal dunia terlebih awal. Pada zaman al-Mansur, beliau berusaha mendapat
kembali kawasan yang dirampas oleh
kerajaan Byzantine. Beliau telah membina kekuatan di kawasan utama seperti Kubu
al-Jazirah dan Kubu Syam. Akibatnya,Raja Byzantine, Contantinople IV mengajukan
perjanjian damai dengan kerajaan Abbasiyah. Mereka bersedia membayar cukai kepada
Baghdad setiap tahun. Byzantine
membayar cukai tahunan kepada kerajaan Abbasiyah.
b.Perjanjian Khalifah Abbasiyah dengan Kerajaan Umayyah di Andalusia.
Hubungan kerajaan Abbasiyah dengan kerajaan Umayyah di Andalusia sentiasa tegang
akibat permusuhan.Keadaan ini menebabkan Abdul Rahman bin Muawiah cuba
melarikan diri daripada kerajaan Abbasiyah.Beliau berjaa menubuhkan kerajaan
Umayyah di Andalusia dengan menjadikan Cordova sebagai ibu negara. Perisiwa ini
berlaku pada ahun 755 M.
Namun begitu kerajaan Abbasiyah
berjaya mengepung sebahagian daripada kawasan Andalusia dan berjaya menewaskan kerajaan Umayyah.Khalifah Abu Jaafar al-Mansur telah
membuat satu revolusi unuk menjatuhkan al-Ala bin Mughis al-Jazami di Kota
Bajah pada tahun 763M. Namun gagal kerana pemerintah Andulia di Sepanyol Abdul Rahman al-Dakhil telah berjaya memaahkan
usaha tersebut.Abdul Rahman juga berusaha untuk memisahkan Syam daripada jajahan Abbasiyah.[2]
c.Perjanjian Khalifah Abbasiyah
dengan kerajaan Karolonji di Laut Adriatik di Selatan Perancis.
Kerajaan ini merupakan sebuah
kerajaan yang kuat di Laut Adriatik di Selatan Perancis pada zaman
sekarang.Kerajaan ini di bawah pimpinan Raja Perancis Sharlaman ang elah
mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Abbasiyah. Kedua-dua kerajaan
ini juga bertukar-tukar duta masing-masing khususnya zaman Khalifah Harun
al-Rashid.Begiu juga dengan Shalaman ang
menjalin hubungan baik dengan negara Islam seperti sering bertukar-tukar hadiah
antara kedua-dua pihak.
Kerjasama antara Sharlaman
dengan Khalifah Harun al-Rashid dibuat dengan dua tujuan;
Pertama memudahkan jalan untuk memerangi kerajaan Umayyah di Andalusia, tetapi
gagal kerana kerajaan Umayyah memiliki
kekuatan ang lebih besar. Kedua secara politik Sharlaman memperolehi beberapa
faedah dari Baghdad terutama dalam keilmuan. Ini kerana Eropah dan orang Kristian
ketika itu berada dalam zaman kegelapan ilmu. Hubungan ini membolehkan
Sharlaman berusaha memperbaiki keadaan pemerintahnnya dari segi undang-undang dan politik dengan
mengikuti cara-cara Khalifah Harun al-Rashid.[3]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan