Fokus STPM 2016-MESIR ABAD KE-8M
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB.
a. Jenis institusi pendidikan
Sejarah awal perkembangan
pendidikan Islam di Mesir –
Kewujudan pelbagai institusi
pendidikan merupakan sesuatu yang lumrah di sesebuah negara, begitu juga di
Mesir. Masjid merupakan institusi pendidikan terawal ang pada mulanya
menawarkan pemebelajaran ilmu keagamaan fardu ain diikuti ilmu-ilmu bukan agama
atau fardu kifayah.
Kota Fustat sebagai pusat pentadbiran
dan pusat pendidikan Islam, khasnya selepas pembinaan Masjid Amru bin
al-As.Kemudian pusat keilmuan berpindah ke Kaherah dengan terbinanya Masjid
al-Azhar zaman Dinasti F atimiyyah.
Seterusnya Masjid al-Azhar menjadi pusat
pengkajian Islam khasnya zaman pemerintahan khalifah Salehuddin al-Ayyubi
sehingga melahirkan ramai tokoh-tokoh ilmuan Islam terkenal.
Jenis institusi pendidikan di
Mesir
a. Halaqah - lingkaran iaitu
proses belajar dan mengajar dilaksanakan apabila murid-murid melingkari
gurunya. Kegiatan halaqah berlaku di masjid atau rumah-rumah. Halaqah adalah
lanjutan daripada pembelajaran di kuttab dan kemunculannya lebih awal dari
madrasah.
b. Masjid - pusat pendidikan,
pusat ilmu, dakwah, kebudayaan Islam dan mahkamah keadilan. Pendidikan dan
pengajaran yang berlangsung di masjid-masjid merupakan proses awal daripada
terbentuknya kuttab dan halaqah di Mesir. Beberapa masjid di Kaherah berfungsi
sebagai sekolah Islam (madrasah) dan hospital. Antara masjid terkenal di
Kaherah adalah Masjid Jamie Amru dan Masjid Jamie Ibn Thulun.
c. Kuttab - pendidikan fardu
ain dan fardu kifayah.
Penekanan kepada ilmu al-Quran,
tafsir, hadis dan lain-lain. Kurikulum pendidikan di Kuttab berorientasi al-
Quran sebagai buku teks yang merangkumi pengajaran membaca dan menulis,
kaligrafi, sejarah Nabi Muhammad SAW dan hadis. Abad ke-8M, kuttab mulai mengajar
ilmu pengetahuan umum dan agama ekoran pertembungan antara Islam dengan warisan
budaya helenisme (budaya Yunani) sehingga berlaku banyak perubahan dalam
kurikulum pendidikan Islam. Muncul dua aliran kuttab: pertama - kuttab yang
mengajar ilmu agama (religious learning) dan kuttab yang mengajar pengetahuan
bukan agama (secular learning).
d. Madrasah - madrasah hadis
(sistem pendidikan hadis)
Sejak penaklukkan Islam terhadap Mesir
terdapat para sahabat Rasulullah SAW telah memasuki Mesir, misalnya Abdullah
ibn Amru al-As, al-Zubair Awwam dan Miqdad al-Aswad. Terdapat riwayat yang
mengatakan bahawa sejumlah 34 orang sahabat telah menetap di Mesir dan ada
antara sahabat ini yang terlibat dalam pembentukan madrasah hadis di negeri
Mesir.
Penglibatan para sahabat dalam pendidikan
telah membuka satu ruang dakwah bagi mereka menyebarkan Islam, bahkan telah membentuk satu sistem
yang tersusun dalam menerapkan kefahaman Islam. Secara tidak langsung usaha
para sahabat telah membentuk satu sistem pendidikan hadis yang tersusun
(madrasah hadis). Antara para sahabat yang terlibat dalam madrasah hadis ini
iaitu Abdullah Amru Al-As, Amru al-As, Ukbah bin Amir, Maslamah dan Kharijah
bin Huzafah Al-Adwi.
murid-muridnya.
e. Padang pasir / badiah - badiah-badiah
merupakan sumber pembelajaran bahasa Arab yang asli sehingga banyak anak
khalifah, ulama dan ahli ilmu datang ke badiah-badiah untuk mempelajari bahasa
kesusasteraan Arab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan