i.baitulmal
ii.cukai
iii.zakat
Konsep zakat
Dari segi bahasa bermaksud
penyucian atau penyuburan. Penyucian dikaitkan dengan menghapuskan sifat-sifat
kedekut atau bakhil dalam diri seseorang individu.
Penyuburan pula dikaitkan dengan
penambahan pahala serta keberkatan dalam harta yang dimiliki.
Dari segi syarak pula, zakat dikaitkan dengan
pemberian atau pengeluaran yang diwajibkan ke atas umat Islam termasuk dalam rukun
Islam.
Zakat terbahagi kepada dua,
iaitu zakat fitrah yang diwajibkan ke atas semua individu Muslim bermula
daripada bulan Ramadhan hingga sebelum solat sunat Aidilfitri.Manakala zakat
harta hanya diwajibkan ke atas individu yang mampu apabila harta yang dimiliki
cukup kadar (nisab) serta haulnya (genap setahun dimiliki).
Zakat harta terbahagi kepada zakat
pertanian, zakat binatang temakan, zakat pemiagaan, zakat emas dan perak dan
harta rikaz (harta karun).Harta yang dikeluarkan sebagai zakat akan diagihkan
kepada lapan golongan asnaf, iaitu:
(a) golongan fakir
(b) golongan miskin
(c) musafir
(d) mualaf
(e) hamba yang membebaskan diri
(f1 orang yang berhutang
(g) orang yang bejihad
(h) amil
HASIL PEMBELAJARAN
Menganalisis pelaksanaan zakat
pada zaman Khalifah al-Rasyidin.
SEJARAH PELAKSANAAN ZAKAT
Bermula pada zaman sebelum Nabi
Muhammad s.a.w diutuskan lagi contohnya zaman Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s dan
NabiIbrahim a.s.
Pada zaman sebelum Nabi Muhammad
s.a.w berhijrah ke Madinah, segala pembiayaan atau perbelanjaan bagi
mempertahankan agama dan umat Islam dianggap zakat.Namun begitu, zaman selepas
Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah, zakat mula difardukan pada tahun 2 H
dan dimasukkan sebagai rukun Islam.
KEPENTINGAN ZAKAT
Kepentingan kepada diri
(a) Menghapuskan sifat
kedekut/bakhil
(b) Menyuburkan pahala
(c) Menambahkan keberkatan
harta y ang dimiliki
2 Kepentingan kepada masyarakat
(a) Mengeratkan hubungan
silaturahim
(b) Mewujudkan roh ukhwah
Islamiah
(c) Merapatkan jurang sosial
antara umat Islam
3 Kepentingan kepada negara
(a) Menjadi sumber pendapatan
negara terutamanya kesan daripada kempen dakwah
(b) Meningkatkan taraf hidup
umat dan negara Islam
PELAKSANAAN ZAKAT ZAMAN KHULAFAH AL-RASYIDIN
Pelaksanaan zakat pada zaman
ini diteruskan sebagaimana pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Sumber zakat
diagihkan kepada lapan golongan asnaf. Pada zaman pemerintahan
Zaman Abu Bakar
Zaman Khalifah Abu Bakar
al-Siddiq, timbul kontroversi berhubung dengan pelaksanaan zakat disebabkan wujudnya
golongan al-Riddah yarag enggan membayar zakat. Golongan yang enggan membayar
zakat ini ialah penduduk Yaman, Yamamah dan Oman. Mereka menganggap zakat
sebagai cukai yang dipaksa. Sementara itu ada yang enggan membayar zakat kerana
tersalah tafsir terhadap ayat-ayat al-Quran yang mewajibkan zakat. Mereka
menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW sahaja yang berhak mengutip zakat, jadi
apabila baginda wafat, maka dengan sendiri zakat tidak wajib dibayar. Antara
yang termasuk dalam golongan ini ialah Malik bin Nuwairah iaitu ketua Bani
Hanzlah yang memberi bantuan kepada Sajah.
Khalifah Abu bakar al-Siddiq
bersikap tegas ke atas orang yang cuba memisahkan antara kewajipan sembahyang
dengan kewajipan zakat kerana sembahyang merupakan tiang agama, manakala zakat
pula jambatannya. Walaupun Umar al-Khattab cuba menasihatinya supaya berbincang
terlebih dahulu, tetapi Khalifah Abu Bakar
tetap dengan pendiriannya yang tegas berdasarkan dalil al-Quran dan
hadis. Khalifah Abu Bakar bertindak
tegas menggempur golongan tersebut. Golongan ini telah ditangani melalui
pembentukan 11 buah pasukan tentera.
Misi ini telah bejaya termasuklah membunuh golongan yang mengaku merjadi nabi.
Zaman Umar
Zaman Khalifah Umar,
pelaksanaan zakat diteruskan.Pada zaman. pemerintahan Khalifah Umar bin
al-Khattab pula, sumber zakat meningkat disebabkan kesan kejayaan kempen dakwah
dan ketenteraan yang dijalankan. Contohnya selepas menyerang Parsi dan syiar
Islam berkembang di Parsi kerana mendapat layanan yang baik daripada
pemerintahan Khalifah Umar. Rakyat Parsi
dibenarkan menjalankan upacara keagamaan dan ibadat mengikut agama mereka dan
membayar jizyah. Mereka diberi jaminan keselamatan harta benda. Kesannya mereka
memeluk agama Islam dan dikenakan bayaran zakat.Hasil zakat telah dihantar ke
seluruh tanah jajahan yang dikuasai Islam dan sumber zakat telah dapat diagihkan kepada lapan golongan asnaf yang layak menerimanya.
Zaman Uthman
Zakat dilaksanakan dengan jayanya zaman Khalifah Uthman. Khalifah
Uthman memperkenalkan zakat ternakan kepada pemilik kuda. Pengenalan zakat kuda
ini tidak pernah dilakukan sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Namun Khalifah
Uthman menjelaskan perkembangan ekonomi yang dinikmati oleh masyarakat Islam
sehingga berjaya memiliki kuda wajar dikenakan zakat sejajar dengan zakat yang
dikenakan ke atas binatang unta. Segala sumber zakat dimasukkan ke dalam Baitulmal sebagaimana zaman Khalifah
Umar.
Masalah timbul apabila Khalifah Uthman
dituduh menyalahgunakan pengagihan wang zakat ketika dana perbendaharaan
merosot. Tindakan ini tidak dipersetujui oleh sebilangan pihak dan menganggap
Khalifah Uthman sebagai bidaah. Namun, Khalifah Uthman menjelaskan bahawa wang
tersebut diambil sebagai wang pendahuluan yang akan dikembalikan.
Zaman Ali
Pada zaman Ali, walaupun
menghadapi konflik dalaman, namun pelaksanaan zakat tetap dijalankan seperti
biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan