Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Zaman pemerintahan Bani
Abbasiyah dikenali sebagai zaman keemasan dan kegemilangan
pendidikan Islam. Dasar pendidikan Islam berteraskan wahyu al-Quran dan hadis. Manakala sumber
pendidikan berasal daripada sumber al-Quran dan Hadis serta sumber ilmu
luar seperti dari India, Parsi dan Greek. Selain daripada ilmu keagamaan ilmu
lain ialah sains,peubatan, fizik, kimia, matematik , geografi, falsafah,
asronomi, falak dan sebagainya.[1]
Ciri-ciri pendidikan
zaman Khalifah Abbasiyah
Pada zaman Abbasiyah
perkebangan ilmu dan sekolah telah mencapai kemajuan yang pesat.
Zaman ini juga disebut sebagai keemasan dan kegemilangan pengajian Islam.
a. Institusi
pendidikan dan bentuk pengajaran
Masjid merupakan pusat bagi pelajaran rendah,menengah, dan tinggi.
Masjid merupakan sekolah utama bagi mempelajari al-Quran, hadis dan fiqah. Di Basrah masjid telah digunakan
sebagai kelas-kelas pengajian bagi pelajaan tafsir, hadis,fiqah,kesihatan dan
lain-lain. Orang ang hadir kekelas-kelas tersebut terdiri dari pelbagai bangsa
dan agama termasuklah putera-putera raja , pembesar-pembesar dan para hartawan.[2]
Di masjid juga diadakan majlis munazarah(perbincangan dan perbahasan isu semasa) oleh para ulama, sarjana danpujangga.
. Sekolah-sekolah tinggi (madrasah) ditubuhkan zaman Nizam
al-Mulk seperti di Baghdad dan Basrah
. Istana khalifah sebagai institusi pendidikan. Istana berfungsi
sebagai gedung ilmu dan pusat pengkajian
sastera berbanding pusat pemerintahan.
. Perpustakaan - menjalankan
aktiviti pengkajian buku ilmiah dan tempat perbincangan. Contoh - Baitul Hikmah
b. Bidang pengajian
. Keagamaan dan bidang lain
seperti ilmu nisab, fizik, kimia, ahli falak, ilmu logikal, ilmu falsafah dan lain-lain.
. Kurikulum peringkat rendah merangkumi pelajaran
al-Quran, sirah Nabi SAW, membaca, menulis dan puisi.
. Kurikulum
peringkat menengah dan tinggi.
merangkumi ilmu tafsir, ilmu hadis, ilmu kalam,falsafah, perubatan
dan lain-lain
. Aktiviti penterjemahan
dan pengkajian buku-buku ilmiah. Menggalakkan perkembangan
ilmu.
Tenaga pengajar
. Muncul ramai cendiakawan Islam yang mempunyaipengetahuan yang berbeza-beza antara satu sama lain.
Pakar ilmu hadis
- al-Kindi, al-Farabi, Imam
empat
Mazhab, al-Bukhari,
al-Muslim dan lain-lain
Pakar perubatan
- Ibn Sina, al-Razi danAli al-Tabari.
Ibn Sina terkenal
dalam bidang perubatan. Karya Ibn Siana iaitu al-Qanum fil-tib dan kitab al-Sifa merupakan karya penting dalam bidang peubatan Islam.[3]
Dasar dan perkembangan
pendidikan :
Dasar pelajaran yang digunakan ialah al-Quran danhadis.
. Sumber pengetahuan Islam
berasal daripada dua jurusan : sumber internal (dalam) - al-Quran dan hadis
manakala sumber external (1uar -
ilmu-ilmudari India, Parsi dan Greek.[4]
[1] Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam
Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 214.
[2] Mohd
Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong
,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua,235
[3] Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam
Penggal 2,227.
[4] “Falsafah
Pendidikan Islam ”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),65.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan