OLEH-
AHMAD BIN YAAKOB
a)Menyelesaikan masalah isu berkaitan kewafatan Nabi
Muhammad SAW.
b)Menyelesaikan isu pengganti Nabi Muhammad SAW
c)Menyelesaikan masalah golongan al-Riddah (nabi palsu,
golongan murtad dan golongan enggan mengeluarkan zakat.)
d)Menangani ancaman musuh luar khasnya Rom dan Parsi.
e)Memulakan usaha pengumpulan ayat-ayat al-Quran.
f)Menyusun dan mengemaskini pentadbiran.
g)Melaksanakan dasar dan ekspedisi ketenteraan.[1]
1.Khalifah Abu bakar
Nama sebenar Abu Bakar al-Siddiq ialah Abdullah bin
Uthman. Beliau berasal dari Bani Tamim. Beliau dilahirkan di Kota Mekah pada
tahun 572 dan meninggal dunia pada tahun 634/13H. Kahlifah Abu Bakar mempunyai
keperibadian mulia. Beliau tidak minum arak dan melakukan perbuatan keji
seperti pemuda lain pada zamannya.[2]Beliau merupakan
orang kedua yang terawal memeluk Islam selepas Siti Khadijah isteri Rasulullah
SAW. Sekaligus menjadikannya antara sahabat karib Nabi Muhammad SAW.
Sumbangan khalifah Abu Bakar.
a)Menyelesaikan masalah isu berkaitan
kewafatan Nabi Muhammad SAW.
Nabi Muhammad SAW tidak meninggalkan sebarang wasiat atau
pesanan mengenai bakal penggantinya atau khalifahnya. Sebaliknya Baginda
menyerahkan kepada kebijaksanaan para sahabatnya untuk menyelesaikan masalah
pemilihan khalifah supaya mereka dan masyarakat Islam lainnya lebih bebas
memilih antara mereka yang lebih layak untuk mengisi jawatan tersebut.
Sekurang-kurangannya terdapat tiga golongan yang bersaing untuk merebut jawatan
khalifah berikutan kewafatan nabi Muhammad SAW, iaitu puak Bani
Hasyim,Muhajirin dan Ansar.[3]
Puak Bani Hashim
mengatakan khilafah merupakan institusi suci yang dianugerahkan Allah
kepada Nabi Ibrahim dan keturunannya dan Ali adalah pewaris yang sah.
Puak Muhajirin pula mendakwa mereka juga layak menjadi khalifah kerana mereka
berketurunan Quraisy dan semuaketurunan Quraisy adalah keturunan Nabi Ibrahim
juga. Puak Ansar juga turut bersaing untuk merebut jawatan khalifah kerana jasa
dan sumbangan mereka yang besar terhadap Nabi Muhammad SAW dan kaum Muhajirin
ketika berhijrah ke Madinah. Pada pendapat mereka jawatan khalifah itu tidak
dihadkan kepada ketutunan tertentu sahaja.[4]
Abu bakar dengan penuh
kebijaksanaan menyelesaikan isu kewafatan Nabi Muhammad SAW yang cuba dinafikan
oleh Umar al-Khattab. Umar mengatakan bahawa sebahagian kaum munafik yang
menyangkakan Rasulullah wafat. Padahal baginda tidak wafat tetapi diangkat ke
langit untuk menemui Allah seperti yang pernah berlaku ke atasNabi Isa.Untuk
mengelak sebarang kekeliruan Abu Bakar berkata sesiapa yang menyembah Muhammad
SAW sesungguhnya Muhammad sudah wafat, tetapi sesiapa yang menyembah Allah maka
sesungguhnya dia sentiasa hidup. Kemudian Abu Bakar membaca sepotong ayat
al-Quran daripada surah al-Imran: 144 yang bermaksud bahawa Nabi Muhammad SAW
hanyalah seorang rasul seperti rasul-rasul sebelumnya dan mereka semuanya telah
wagfat.[5]
b)Menyelesaikan isu pengganti Nabi
Muhammad SAW
Selepas kewafatan nabi, beliau menjadi orang tengah dalam
menyelesaikan pertikaian antara golongan Muhajirin dengan ansar tentang
perlantikan khalifah. Masalah ini timbul kerana;
a.Nabi tidak meninggalkan wasiat sebagai calon pengganti.
b.Terdapat ramai yang bersaing untuk menjadi pemimpin,
terutama dalam kalangan Muhajirin, Ansar dan penyokong-penyokong kaum keluarga
Nabi Muhammad s.aw termasuk Ali bin Abi Talib.
Terdapat empat orang
sahabat Nabi Muhammad yang dilihat layak memegang jawatan khalifah, iaitu Abu
Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Affan dan Ali Abi Talib. Selepas
kewafatan Nabi Muhammad diumumkan, golongan Ansar telah memilih Saad Ubaidah
sebagai pengganti nabi. Berita ini menyebabkan Abu Bakar dan Umar al-Khattab
pergi ke Saqifah Bani Saidah. Namun perlantikan khalifah belum dibuat kerana
kaum Aus tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
Abu Bakar al-Siddiq
mencadangan agar ketua yang dilantik mestilah daripada golonan Muhajirin. Malah
ada yang mencadangankan supaya dua orang ketua dilantik, tetapi cadangan ini
ditolak oleh Umar al-Khattab. Sebelum mereka membuat keputusan Umar al-Khattab
telah membaiah Abu Bakar al-Siddiq. Tindakan ini kemudiannya diikuti oleh pihak
lain yang terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar. Ali bin Abi Talib
turut membaiah Abu Bakar al-Siddiq. Umat Islam memilih Abu Bakar al-Siddiq
kerana jasa dan pengaruhnya pada zaman Islam.[6]
c)Menyelesaikan masalah golongan
al-Riddah
Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w dan Khalifah Abu
Bakar memerintah muncul golongan murtad, enggan membayar zakat dan nabi
palsu.Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan orang Islam yang tinggal di luar
kawasan Mekah dan Madinah belum dapat memahami dan menghayati Islam yang
sebenar. Setelah Nabi wafat ramai dalam kalangan mereka yang murtad, enggan
membayar zakat dan mengakui nabi-nabi palsu.[7]
Khalifah Abu bakar
menyedari kewujudan golongan ini boleh menjadi anasir yang dapat menghancurkan
kerajaan Islam. Sebagai langkah untuk mengatasi ancaman tersebut, Khalifah Abu
Bakar al-Siddiq telah menghantar para utusan kepada ketua kumpulan-kumpulan
tersebut untuk mengajak mereka kembali kepada Islam. Namun hanya sebilnahan
kecil sahaja yang menerima seruan tersebut seperti Bani Abd Qais di daerah
Bahrain.[8]
Memandangkan golongan tersebut enggan
kembali kepada Islam,Khalifah Abu Bakar al-Siddiq terpaksa
mengambil tindakan ketenteraan bagi menghadapi kedegilan
golongan tersebut.Sebanyak 11 buah pasukan tentera telah ditubuhkan
dan diketuai oleh panglima Islam yang terkenal, iaitu Khalid bin
al-Walid.Pasukan tentera Islam ini telah dihantar oleh
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq ke luar kawasan Hijazbagi
memerangi golongan penentang Islam tersebut. Akhimya, gerakan
tentera tersebut memperoleh kemenangan apabila berjaya menundukkan dan
mengembalikan golong an al - Riddah ke pangkuaglslam.
Panglima Islam,
iaitu Khalid bin al-Walid telah berjaya membunuh ketua Bani Tamim, iaitu
Malik bin Nuwairah. Pengikut Malik bin Nuwairah dari Bani Tamim dan Yarbu'
dapat dikembalikan kepada Islam dan membayar zakat seperti biasa.
Musaylimah al-Kadhdhab juga berjaya dibunuh oleh beliau. Ini menyebabkan
ramai pengikut nabi palsu tersebut, iaitu daripada Bani
Hanifah kembali kepada Islam. Begitu juga dengan kumpulan yang
lain.
Pasukan tentera
Islam yang dibentuk oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq akhirnya telah memperoleh
kejayaan.Kejayaan ini menunjukkan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
telah berjaya menghapuskan semua anasir yang membahayakan kedudukan
Islam. Pasukan tentera yang dibentuk oleh beliau ini juga
kemudiannya menjadi tulang belakang dalam menjaga keselamatan
negara dan umat Islam daripada ancaman musuh.[9]
d)Menangani ancaman musuh luar khasnya Rom dan Parsi.
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq juga
bertanggungjawab meluas dan menyebarkan syiar Islam ke
seluruh Semenanjung Tanah Arab. Bagi mencapai tujuan itu, beliau telah
meluaskan pengaruh Islam ke negara jiran seperti Rom,
Parsi, dan Syria. Tujuannya ialah untuk menangani ancaman musuh luar
khasnya Rom dan Parsi.Rom merupakan sebuah empayar besar yang kuat dan
menguasai negara Mesir di Afrika Utara. Penduduknya terdiri
daripada pelbagai kaum dan beragama
Kristian. Disebabkan kezaliman pemerintahannya, keadaan dalam
negeri tidak aman dan rakyat sering memberontak.
Keadaan tersebut
memudahkan pertapakan Islam di Rom. Perkara yang sama turut berlaku
di Parsi, iaitu berlaku pemberontakan disebabkan tidak puas hati dengan
bentuk pemerintahan. Panglima Khalid al-Walid dan Muthana bin Harith
dengan mudah menakluk Parsi dan Parsi jatuh kepada pemerintahan Islam
Madinah di bawah Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.Philip K. Hitti dalam The History
of the Arabs menyatakan penaklukan ke atas Parsi merupakan
penaklukan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq yang Pertama di
luar Semenanjung Tanah Arab.
Selain penaklukan ke atas Parsi
dan Rom, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq melakukan penaklukan ke atas
Syria. Penaklukan ke atas Syria berpunca daripada kekejaman
pemerintah Syria terhadap umat Islam Syria. Setelah wafatnya Nabi
Muhammad s.a.w., Hercules mempengaruhi orang Badwi untuk melancarkan
pemberontakan ke atas orang Islam.[10]
Oleh kerana Parsi
pernah membunuh utusan Islam, khalifah Abu Bakar telah menghantar
empat pasukan tentera ke Syria.Pasukan pertama dipimpin oleh
panglima Ubaidah al-Jarrah,pasukan kedua dipimpin oleh panglima Amr al-As
ditugaskan untuk menawan Palestin, pasukan ketiga dipimpin oleh
panglima Yazid bin Abu Sufyan ditugaskan untuk menawan
Damsyik, dan pasukan keempat dipimpin oleh panglima Syurahbil bin
Hasanah ditugaskan untuk menawan Jordan.
Keempat-empat
pasukan tentera tersebut diketuai oleh panglima agung, Khalid
al-Walid. Dengan tentera berjumlah 9 000 orang, panglima
Khalid al-Walid melancarkan serangan ke atas Syria. Raja Syria,
Hercules melarikan diri ke Antioch (Antakya) dan Syria dengan
mudahnya jatuh kepada tentera Islam dan membolehkan Islam
berkembang pesat di Syria.[11]
e)Memulakan usaha pengumpulan ayat-ayat
al-Quran.
Pengumpulan al-Quran pada mulanya telah dicadangkan oleh
Umar bin al-Khattab kepada Sayidina Abu Bakar apabila ramai penghafaz al-Quran
terkorban dalam peperangan bagi memerangi golongan al-Riddah. Abu
Bakar menerima cadangan tersebut setelah yakin dengan hujah-hujah Umar.
Idea ini dibuat apabila
melihat 70 orang Huffaz telah gugur syahid dalam Perang Yamamah. Oleh itu
timbul kesedaran dan keperluan untuk menghimpun ayat-ayat al-Quran ini. Atas
cadangan Umar al-Khattab kemudian dipersetujui oleh Sayidina Abu Bakar, maka
Zaid bin Thabit telah ditugaskan untuk melaksanakan usaha-usaha pembukuannya.
Selain itu, tujuan
al-Quran dibukukan ekoran banyat ayat al-Quran yang ditulis pada kulit-kulit
pokok kurma , batu-batu dan kayu sudah banyak yang rosak sehingga perlu diselamatkan.Pembukuan
al-Quran juga dilakukan dengan tujuan dapat dijadikan pedoman bagi umat Islam
sepanjang masa.[12]
Al-Quran disimpan di rumah Abu Bakar al-Siddiq.
f)Melaksanakan dasar dan ekspedisi
ketenteraan
Sebelum Nabi Muhammad SAW wafat, baginda telah membentuk
pasukan tentera yang diketuai oleh Usamah bin Zaid ke sempada Syam untuk
menyerang Ghassan yang ketika itu berada di bawah jajahan Byzantine.Tidakan
tersebut dilakukan kerana beberapa orang utusan Nabi Muhammad SAW telah
dibunuh.
Selepas kewafatan Nabi
Muhamad s.aw Khalifah Abu Bakar berhasrat menyambung semula usaha baginda.
Walau bagaimanapun cadangan tersebut kurang dipersetujui oleh sesetengah para
sahabat. Mereka mencadangan siupaya ekspedisi ke sempadan Syam
ditangguhkan kerana ancaman al-Riddah lebih berbahaya dan memerlukan
penyelesaian segera. Namun Khalifah abu Bakar tetap tegas dengan keputusan
beliau.[13]
Selepas berperang selama
40 hari, pasukan Usamah bin Zaid memperolehi kemenangan. Kemenangan ini menyedarkan
kaum yang berhasrat menyerang Madinah, tentera Islam adalah kuat dan tidak
mudah untuk dikalahkan.
Setelah pasukan Usamah
kembali ke Kota Madinah, pasukan beliau ditugaskan menjaga keselamatan Kota
Madinah. Tindakan ini dapat menghindarkan Kota Madinah daripada ancaman kaum
Zubyan dan lain-lain. Khalifah Abu Bakar juga telah menghantar misi ketenteraan
yang diketuai oleh Khald al-Walid ke Iraq bagi memerangi Parsi serta ke Syam
bagi memerangi Byzantine yang sering mengancam kerajaan Islam.
g.Menentukan bakal khalifah.
Ketika sakit, Abu Bakar mengadakan perundingan dengan
para sahabat untuk melantik Umar al-Khattab sebagai Khalifah. Uthman Affan
diarahkan oleh khalifah Abu Bakar untuk menulis keputusan tersebut. Dengan cara
ini, Khalifah Abu Bakar telah berjaya mengukuhkan kedudukan politik Islam.[14]
[1]“Institusi
Khalifah”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),17
[2]Mahayudin Hj.
Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2
Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014) ,49.
[3] Mahayudin
Yahya, Tamadun Islam, (Shah Alam: Fajar Bakti, 1998),114.
[6]Mahayudin Hj.
Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,
(Shah Alam:Oxford Fajar.2014) ,47.
[8]Mahayudin Hj.
Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2
Edisi Kemaskini,51.
[10]Mahdi Shuid,
Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah
Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014),
78.
[12] Mohd
Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah
Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 74.
[13]Mahayudin Hj.
Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi
Kemaskini,50.
[14] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace
Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,50.