Oleh-AHMAD
BIN YAAKOB
a)Konsep khalifah
Selepas zaman Nabi Muhammad
s.a.w, pemerintahan dan pentadbiran negara Islam diterajui oleh empat orang
khalifah iaitu Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan dan
Ali bin Abi Talib. zaman tersebut dikenali sebagai “Zaman Khulafa al-Rasyidin'.PemerintahanKhulafa,al-Rasyidin
merupakan contoh terbaik dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Islam
selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w.[1]
Khilafah ialah
institusi pemerintahan dan pentadbiran Islam yang bermula selepas kewafatan
Nabi Muhammad s.a.w.Orang yang mengetuai institusi ini dipanggil
khalifah.Khalifah membawa maksud pengganti Nabi Muhammad SAW oleh sebab tugas
menerima wahyu sudah selesai dengan kewafatan baginda,maka tugas seorang
khalifah adalah:
(a)menurut al-Mawardi dalam
kitab al-Ahknmal-Sultaniyyah, memelihara agama (syariah) dan
mentadbir dunia.
(b) menurut Ibn Khaldun
dalam kitab Muqaddimah- menegakkan agama dan mentadbir dunia mengikut
hukum syariah untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.
Hampir semua mazhab dalam
lslam,kecuali serpihan mazhab Khawarij dan Muktazilah, mewajibkan
masyarakat Islam mewujudkan institusi khilafah,atau dalam istilah Syiah disebut
Imamah bagi memelihara
agama Islam dan mentadbir negara dan masyarakat Islam.
Pelaksanaan sistem
berkhalifah bermula pada zaman Khulafa al- Rasyidin, diikuti oleh khilafah
Umayyah,Abbasiyah,Fatimiyyah dan berakhir pada pemerintahan Uthmaniyah dengan
tertubuhnya Kerajaan Republik Turki pada tahun 1923.[2]
a)Sistem khilafah –institusi
pemerintahan Islam berdasarkan al-Quran dan Hadis.
b)Hukum menegakkan khilafah
Umat Islam bersepakat
bahawa menegakkan atau melantik khilafah atau imamah adalah wajib.Dalil
kewajipan menegakkan khalifah adalah berasaskan kepada ijmak para sahabat, para
tabiin dan ulamak-ulamak Islam.
c)Jawatan penggantian
khalifah.
Semasa kewafatan Abu Bakar
dan perlantikan Umar, tiada seoang pun dalam kalangan mereka yang menyatakan
tidak perlu kepada khalifah,imam atau pemimpin. Inilah ijmak paa sahabat yang
merupakan dalil yang kuat untuk menetapkan kewajipan meneggakkan khilafah atau
imamah.[3]
d)Pelaksanaan sistem
khilafah dengan sepenuhnya berlaku pada zaman Khulafa al-Rasyidin.
e)Institusi khilafah
berakhir pada zaman Mustafa Kemal Attatuk apabila beliau mengistiharkan
kerajaan Republik Turki pada tahun 1924.
[1]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 , (Shah Alam: Oxford Fajar.2014) ,43.
[2]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Ketiga , (Shah Alam: Oxford
Fajar.2017) ,50.
[3]Mohd
Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong
,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014),
57.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan