Oleh-AHMAD
BIN YAAKOB
Pelantikan khalifah
memenuhi ciri-ciri kelayakkan tertentu
1 Khalifah merupakan ketua
negara. Sebagai khalifah, kuasa beliau tidak terhad pada aspek keagamaan
sahaja, malahan juga aspek keduniaan.
2 Dalam melaksanakan
tanggungjawabnya mentadbir negara lslam, khalifah mesti menjadikan al-Quran dan
as-sunnah sebagai panduan, seperti semasa pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w.
3 Oleh itu, pemilihan
seorang khalifah atau calon khalifah mestilah berdasarkan kepada beberapa ciri.
Antaranya ialah:
(a) beragama Islam
(b) lelaki merdeka
(c) adil
Keadilan dalam semua aspek
atau perkaa seperti percakapan, perbuatan atau tindakan dengan berpaksikan
al-Quan dan sunnah. Seseorang pemimpin yang adilialah pemimpin yang bercakap
benar, bersikap amanah, sabar, menjaga batas pergaulan, menjauhi dosa dan
menjaga mauah. Keadilan akan mmewujudkan kemajuan, kesejahteraan dan
keharmonian rakyat dan negara.
(d) berilmu
Ilmu membolehkan seseorang
khalifah memutuskan sesuatu hukum atau membuat keputusan tepat terhadap masalah
agama dan masalah duniawi. Khalifah bukan sahaja memerlukan ilmu agama tetapi
juga memiliki ilmu keduniaan seperti ilmu perundangan,kewangan dan
sosial.Ilmu akan melicinkan urusan pemerintahan dan pentadbiran.
(e) mempunyai pemikiran
yang waras dan tajam
(f) mempunyai wawasan yang
jelas terhadap masa depan negara (siasah)
(g) tidak cacat/sihat
Seseorang khalifah
hendaklah memiliki tubuh atau fizikal yang sihat atau tidak
berpenyakit.Kesihatan seseorang khalifah sangat perlu bagi menjamin pelaksanaan
pemerintahan dan pentadbiran berjalan dengan lancar demi kemajuan dan
kesejahteraan rakyat dan negara.[1]
(h) warak
(i) berani
Kepentingan seorang ketua negara dalam Islam tidak hanya dari aspek siasah,
tetapi juga mengutamakan soal akhlak. Ini kerana, beliau akan menjadi contoh
kepada takyatnya.[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan