Ahad, 22 Januari 2017

Tanggungjawab khalifah

. Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kuasa dan Tanggungjawab Khalifah
Menurut Ibn Khaldun, tugas khalifah ialah "menegakkan agama dan mentadbir dunia mengikut hukum syariah untuk kebaikan dunia dan akhirat".
Seorang khalifah bertanggungiawab dalam mengendalikan urusan pentadbiran negara dan juga melaksanakan hukum-hukum agama dengan adil. Pelaksanaan hukuman tersebut pula mestilah mengikut hukum seperti yang telah terkandung di dalam al-Quran. Di samping itu, perkara-perkara yang berkaitan dengan perundangan seperti pelantikan hakim, saksi dan pelaksanaan hukuman mesti dikawal dengan betul.
3 Dalam membuat sebarang keputusan berhubung urusan negara, seorang khalifah juga mesti berdasarkan syura (permesyuaratan)
Dalam membuat sebarang keputusan berhubung urusan negara, seseorang khalifah mesti berlandaskan syura. Dalam melantik pegawai untuk menjalankan tugas pula, khalifah perlu menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada individu yang amanah dan jujur dalam melaksanakan tugasnya. Tujuannya supaya tugas yang dilakukan berjalan dengan sempurna.
Dalam aspek ekonomi, khalifah perlu melaksanakan sistem ekonomi yang selaras dengan kehendak Islam. Tujuannya adalah untuk menjamin sumber pendapatan yang diperoleh kerajaan dan rakyat bersih mengikut syariat. Beliau juga bertanggungjawab memungut cukai, zakat serta menguruskan pendapatan baitulmal secara berhemat
      Khalifah bertanggungjawab menyebarkan ilmu kepada rakyat di samping menyediakan kemudahan awam untuk kebajikan rakyat seperti sekolah, masjid dan hospital. Selain itu, beliau juga perlu memastikan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah utuh.Khalifah juga bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan rakyat serta negara daripada ancaman musuh sama ada dari dalam mahupun luar negara. Untuk itu, khalifah perlu mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengukuhkan keselamatan negara. Contohnya, ketika pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, beliau telah memperkemas pasukan tentera Islam bagi melindungi keselamatan negara daripada ancaman kuasa asing, iaitu Byzantine dan Parsi.[1]
Pentadbiran agama-menegakkan agama dan memimpin rakyat mengikut ajaran Islam untuk kebaikan dunia dan akhirat.Pentadbir  negara seperti mengetuai pentadbiran negara, membangunkan negara, memajukan ekonomi dan sebagainya.[2]




[1] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini,48.
[2] “Intitusi Khalifah”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),17.

Tiada ulasan: