Peranan Golongan Intelektual -Muhammad
Rashid Rida
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Gerakan pembaharuan di Mesir juga
turut didukung oleh Muhammad Rashid Rida (1865-1935 M), yang juga merupakan
seorang revivalis dan reformis Islam. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Rashid
bin 'Ali bin Muhammad Shams al-Din bin Muhammad Baha'al-Din bin Munla
al-Khalifa. Beliau dilahirkan pada 23 September 1865 M di Qalamun, Tripoli,
Lubnan.[1]
Pada zaman kanak-kanak, beliau belajar di
kuttab. Setelah lancar membaca dan menulis, beliau belajar di Madrasah al-Rashidilyah
dan mempelajari ilmu alam, ilmu hisab, nahu, saraf serta ilmu-ilmu agama lain
seperti akidah dan ibadah. Ketika berumur 18 tahun, beliau melanjutkan
pengajian ke Madrasah al-Wataniyyah al-Islamiyyah yang didirikan oleh Shaykh
Husayn al-Jisr. Di sini, beliau mempelajari mantit falsafah dan juga ilmu-ilmu
agama lain. Shaykh Husayn al-Jisr memainkan peranan dalam menanamkan semangat
ilmiah dan idea pembaharuan dalam diri Muhammad Rashid Rida. [2]
Di sini juga, Rida mendalami ilmu alam,
bahasa Turki dan Perancis serta mempelajai karya-karya Imam al-Ghazali dan Ibn
Taymiyyah. Selain menekuni pembelajarannya, Rida juga mengikuti perkembangan
dunia Islam ketika itu dengan menelaah akhbar al-'Urwah al-lluthqa. Melalui
akhbar ini, beliau mengenali gagasan pemikiran dua orang tokoh pembaharuan yang
sangat dikaguminya, iaitu al-Afghani dan Muhammad'Abduh. Idea pembaharuan yang
terdapat dalam al:Urwah al-Wuthqa membuahkan keinginan yang sangat tinggi
kepada Rida untuk bertemu dengan dua orang tokoh tersebut.
Keinginan Rida untuk bertemu dengan
al-Afghani tidak tercapai kerana tokoh- tersebut meninggal dunia sebelum Rida
dapat bertemu dengannya. Manakala, Muhammad Abduh, sempat ditemui ketika tokoh
tersebut berada dalam buangan di Beirut. Rida meninggal dunia pada tahun 1935 M
ketika dalam perjalanan pulang ke Suez, Mesir setelah mengiringi Putera Su'ud
al-Faysal. Kenderaan yang dinaiki beliau mengalami kemalangan dan beliau
menderita gegaran otak yang membawa kepada kematiannya.[3]
Rida merupakan seorang penulis yang
prolifik dan berpengaruh dengan reformasi Islam, Pan-Arabisme serta
nasionalisme Arab. Penelitiannya terhadap karya Imam al-Ghazali dan Ibn
Taymiyyah memberikannya inspirasi mengenai kepentingan memperbaiki kemunduran
umat Islam dan memumikari ajaran Islam dalam kalangan umatnya. Sepanjang karier
intelektualnya, Rida mendukung reformasi dan meyakini bahawa kemunduran umat
Islam adalah kesan daripada kebekuan ulamanya dan kezaliman para pemimpin.[4]
Rasyid Rida juga menulis dalam akhbar
Salafiya telah banyak membuka minda rakyat Mesir. Beliau yang merupakan orang
kanan kepada Muhammad Abduh banyak menulis persoalan yang menyenfuh soal
modenisasi Islam.Rasyid Rida menyemai dan menyemarakkan semangat nasionalisme
dalam penulisan beliau dengan mengkritik dan menganggap penjajah adalah
penyebab kepada kemunduran umat Islam. Beliau bersama penyokongnya telah
mempopularkan konsep modenisasi Islam dan cuba menegakkan warisan dan
keperibadian Arab terutamanya dalam memperkukuhkan bahasa Arab Mesir (Lanjah Misriyah).[5]
Namun begitu, Rida juga menyeru kepada
umat Islam agar mengambil iktibar daripada peradaban Barat dan mengambil
aspek-aspek yang positif seperti ilmu pengetahuan dan juga teknologi. Rida juga
menekankan pendidikan dakwah dan bimbingan dengan menyerasikan pendidikan moden
dan pendidikan agama menerusi penubuhan Madrasah al-Da'wah al-Irshad pada l9l2
M di Kaherah.[6]
Selain peranan dalam aspek pendidikan,
Rida juga aktif dalam dunia politik dengan memegang jawatan Presiden Kogres
Syria pada tahun 1920M, di samping sebagai wakil delegasi Palestin-Syria ke
Geneva pada tahun 1921 M. Rida turut menghadiri Persidangan Islam di Makkah
pada tahun 1926. Dan di Jerusalem pada tahun 1931M.
Beliau berpendapat, penjajahan kuasa
Barat terhadap umat Islam adalah akibat daripada kelemahan umat Islam yang
tidak menguasai ilmu pengetahuan, menyusun organisasi politik dan membatasi
kekuasaan pemerintahan. Penyelesaian kepada perkara di atas adalah dengan cara
menekankan aspek pendidikan yang menjadi prasyarat kepada pembaharuan dan
kemerdekaan.[7]
[1]
Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,(Shah Alam:Oxford
Fajar,2013),194
[2]
Ibid,195.
[3]
Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi
Kemaskini(Shah Alam:Oxford Fajar,2014),210.
[4] Ibid.
[5] “Gerakan
Nasionalisme”,dalam Modul Pengajaran dan
Pembelajaran STPM Sejarah,(Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia,2013), 119.
[6] Mahayudin
Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Ketiga(Shah
Alam:Oxford Fajar,2014),242.
[7] Mahayudin
Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,(Shah Alam:Oxford
Fajar,2013),196.