LATAR BELAKANG IBN MAJID
Nama beliau ialah Shihab al-Din
bin Majid al-Najdi. Beliau merupakan seorang pelayar Arab yang terkermuka pada
abad ke-9 H/15 M.Begitu juga bapa dan datuk beliau merupakan ahli pelayaran yang
terkenal di kawasan Laut Merah dan Lautan Hindi. Bapa dan datok beliau digelar mu'allim al-Baruain (guru di dua
daratan, Laut Merah dan Laut Arab). Walaupun bapa dan datuk beliau dianggap
sebagai guru ilmu pelayaran, tetapi kebolehan lbn Majid melebihi kebolehan
mereka. Oleh itu beliau digelar "Singa Laut" dan sangat mahir di
kawasan Lautan Hindi. Tarikh lahir dan tarikh kematian Ibn Majid tidak
dinyatakan dengan jelas dalam sumber-sumber Arab, tetapi dianggarkan tarikh
lahir beliau sekitar tahrm 1432.[1]
Ibn Majid terkenal dalam kalangan bangsa
Eropah kerana beliau telah memandu Vasco da Gama, iaitu ahli pelayaran Portugis
dalam pelayaran dari pantai Afrika ke India. Ibn Majid telah menghasilkan lebih
daripada 40 buah kitab dan kebanyakannya tentang ilmu pelayaran, dan sebanyak
40 judul kitab tersebut telah disenaraikan oleh G. R. Tibbetts dalam Arab
Navigation in the Indian Ocean Before the Coming of the Portuguese. [2]
Sumbangan Ibn Majid
a. Bidang pelayaran
Digelar 'Singa Laut' disebabkan
keberaniannya dalam mengharungi lautan. Mengkritik kesilapan peta yang dibuat
oleh Claudius Ptolemaeus berhubung selat yang menghubungkan Lautan Hindi dan
Lautan Pasifik. Mencipta peta dan kompas yang mempunyai 32 arah mata angin.
Kompas ini jauh lebih terperinci berbanding kompas moden kini. Kemahirannya
dalam pelayaran menyebabkan Vasco Da Gama telah mengajaknya menyertai dan mengendalikan
penjelajahan dari Malindi, pantai timur Afrika ke Calicut di India. Kejayaan
Ibn Majid membantu Vasco Da Gama menjadikan beliau terkenal di dunia Islam dan
Barat.[3]
b. Geografi
Pelbagai kawasan laut telah
dijelaskan secara terperinci seperti Laut Arab, Laut Hindi, Selat Melaka, Laut
Jawa dan Laut China Selatan.Catatan terperinci dari aspek sosiobudaya, politik,ekonomi,
agama dan alam sekitar terhadap kawasan yang dilawati.
Melakukan kajian geografi fizikal iaitu satu
bidang yang mengkaji 'geografi astronomi' tentang planet bumi, alam semesta dan
hubungan antara keduannya.
Mengkaji ciri-ciri fenomena yang
ada hubungan dan pengaruh kosmik seperti air pasang surut.Mencipta
konsep-konsep tentang atmosfera.Mencipta teori sebab musabab pasang surut air,
asal kejadian lautan dan kemasinan air laut.
c. Hasil karya
Kitab al-Fawaidfi Usul llm
al-Bahrwal-Qawaid buku pedoman untuk pemandu kapal laut tentang prinsip dan
peratur an pelay aran. Dianggap ensiklopedia pelayaran. Karya ini diiktiraf
sebagai rujukan terpenting pada zaman renaissance dan sebelumnya, dalam bidang
astronomi dan geografi nautika. Ia memberi inspirasi dan semangat bagi pelaut
pada zamannya untuk melakukan penjelajahan. Hawiyat al-Ikhtisarfi Usul 'Ilm
all-Bihar -mengenai ilmu laut, antaranyatanda tentang hampirnya daratan yang
perlu diketahui oleh ahli pelayaran, ilmu bintang,ilmu astronomi, pelabuhan dan
lain-lain. Al-(Jrjuzah al-Mu'arrabah -
tentang pelayarannya di Teluk'Aden. . Qailah al-Islamfi Jami' al-Dunya - kaedah
penentuan arah kiblat dari mana-mana bahagian darat dan laut. . Urjuzah Bir
al-'Arab - pelayaran di sepanjang pantai Laut Arab dan Teluk Parsi. t Kanz al-Mu'alimah
- mengenai khazanah ahli pelayaran dan sains laut, bintang, planet dan kutub yang
belum diketahui.[4]
[1] Mahayudin
Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini(Shah
Alam:Oxford Fajar,2014),141.
[2] Ibid.
[3] “Penerokaan”,dalam
Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah,(Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013), 95.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan