Ibn Battutah atau nama sebenarnya
Muhammad bin Abd Allah al-Lawati dilahirkan pada 1304 di Tanger, Maghribi.
Sejarah pengembaraannya bermula ketika usianya baru mencecah 21 tahun. Beliau
meninggalkan kampung halamannya untuk mengerjakan ibadat haji di Makkah dan
mendalami ilmu pengetahuan khususnya yang berkaitan dengan hal ehwal agama
Islam. Sepanjang pengembaraan sulunnya, beliau melalui kawasan-kawasan seperti
Maghribi, Palestin, Mesir, Syam dan Madinah.[1]
Dari segi peribadi, beliau dikatakan
seorang yang mempunyai keperibadian yang mulia, berwibawa, pandai berdiplomasi,
berpendirian tegas, gigih dan mahir berkomunikasi dengan menggunakan bahasa
asing seperti bahasa Parsi dan Turki. Sumbangan terpenting Ibn Battutah dalam
bidang pelayaran ialah kemampuannya menghasilkan karya yang berjudul Tuhfat
al-Nazar atau lebih dikenali sebagai al-Rihlah. Sarjana atau orientalis Barat
menyifatkan beliau sebagai The Prince of
Muslim Travellers.[2]
Pengembaraan Ibn Battutah.
a. Peringkat pertama
b. Peringkat kedua
c. Peringkat ketiga
d. Peringkat keempat.[3]
Pelayaran lbn Battutah dapat
dibahagikan kepada empat tahap
(a) Tahap pertama pelayaran
beliau ialah perjalanan dari Maghribi ke kota Makkah yang merentasi bahagian
utara Afrika seperti Mesir, Libya dan Algeria. Dalam perjalanan tersebut,
beliau telah mencatatkan pengalamannya di tempat bersejarah seperti
Baitulmuqaddis. Di Syam, beliau membuat pemerhatian tentang tinggalan kerajaan
Umayyah sehinggalah tercapai hasratnya untuk menunaikan haji di Makkah.
(b) Peringkat kedua pelayaran Ibn
Battutah ialah perjalanan pulang dari kota Makkah, lokasi awal yang ditujuinya
ialah selatan Iraq. Dalam perjalanan ini, beliau telah menempuh pelbagai cabaran
ketika menyeberangi Sungai Furat dan Dajlah. Setelah tiba ditempat yang ditujui,beliau
kembali semula ke kota Makkah.
(c) Tahap ketiga pelayarannya
ialah perjalanan yang bermula dari Makkah ke Yaman, diikuti Afrika Timur, Oman,
Bahrain, Sudan, Mesir lJtara,Turki hinggalah sampai ke constantinople. Di
Turki, beliau telah mengiringi rombongan yang dihantar oleh Uzbek Khan untuk
menemui Kaisar Byzantine dan beliau turut diberikan penghormatan oleh
pemerintah kota tersebut.
(d) Peringkat keempat
pelayarannya bermula dari Turki ke India melalui Bukhara, Samarkand, Khurasan
dan Afghanistan. Di India, beliau telah dilantik sebagai kadi sewaktu
pemerintahan kerajaan Tuhgluq dan sempat meninjau pelbagai adat resam dan
kebudayaan masyarakat India. Pengembaraan ke benua Asia diteruskan ke china.
Dalam perjalanan ke negara tersebut, beliau telah singgah di Sumatera dan Jawa.[4]
Di Pasai, beliau telah diberikan
penghormatan oleh sultan kerajaan tersebut, iaitu Malik al-Zahir serta
menyediakan kelengkapan untuknya bagi belayar ke China.
Setelah pulang mengembara dari China dan
tiba di Maghribi, beliau sekali lagi memulakan perjalanan merentasi Laut
Mediterranean menuju ke Andalus dan balik semula ke Maghribi sebelum menjelajah
sekali lagi merentasi gurun Sahara untuk sampai ke Sudan dan beberapa buah
negeri di Afrika.[5]
[1] Mahayudin
Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Ketiga (Shah
Alam:Oxford Fajar,2017),175.
[3] “Penerokaan”,dalam
Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah,(Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013), 96.
[4] Mahayudin
Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini(Shah
Alam:Oxford Fajar,2014),155.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan