Khamis, 12 April 2018

SENI BINA-Andalusia abad ke - l3M dan India abad ke-16 hingga 17M.


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
a) Ciri-ciri senibina di Andalusia.
Pengenalan kesenian Islam
Kesenian  tidak bercanggah  dengan Islam selagi tidak disalahgunakan.  Sebaliknya,  ke senian  Islam dapat membawa dan membimbing  manusia  ke arah ketaqwaan  dan pengabdian diri kepada Allah SWT.

Seni yang diterima  oleh Islam adalah berdasarkan  kepada nilai-nilai akidah, syarak dan akhlak.Seni di dalam Islam tidak berslogan'seni untuk seni  tetapi sebagai 'seni kerana Allah untuk manusio,  makhluk dan alam sekitar.
. Seni bina membawa  maksud  keindahan  yang dicetuskan daripada  kemahiran dalam binaan,  reka bentuk binaan  dan pertukangan.
Seni bina merupakan  sebahagiandaripada  bidang seni dan salah satu cabang kebudayaan  dan tamadun yang dihasilkan oleh manusia.
Ibn Khaldun  menyatakan  bahawa  seni bina adalah salah satu ciri ketamadunan  yang penting kerana ia merupakan  lambang dan tanda kegemilangan sesuatu bangsa aatat tamadun.
Binaan terawal dalam Islam adalahKaabah yang merupakan binaan  terpenting dalam proses  permulaan  Islam.[1]
Ciri-ciri seni bina di Andalusia  :
a. Reka bentuk Islam
- istana, kota-kota  dan kubu khasnya Alhambra  (The Artistic Genius of Muslim Spain).
b. Binaan yang unik - menara
c. Reka bentuk masjid- mihrab  dan dinding
d. Konsep  ruang dalam pembinaan  bangunan – ciri keterasingan ruangan al-Hukmi (Baitul Hukmi)ruangan Bani Siraj (Baitul Bani Siraj),Taman  Singa (Hausyus Sibb), ruangan dua perempuan bersaudara (Baitul al-Ukhtain) dan ruangan bersiram  (Hausy  ar-Raihan). Ruangan lain termasuk ruang istirehat sultan dan permaisuri, ruangan duta, ruangan as-Safra, ruangan Barkah dan ruang Masjid al-Mulk.[2]
e. Kesenian  Granada
f.  Kesenian Mudejar
g. Binaan  yang berkualiti tinggi sehingga bertahan berabad lamanya.
h. Pengaruh asing dalam  senibina - pengaruh Kristian
i.  Dihiasi dengan reka bentuk  geometri yang halus dan kompleks  serta disulami  dengan motif flora dan tulisan khat atau kaligrafi  ayat-ayat quran  yang indah.

SENI BINA ISLAM DI INDIA ABAD KE-16-17
Pada abad ke-19 India diperintah oleh kerajaan Islam Mughal yang mengambil alih kerajaan Kesultanan Delhi. Kerajaan Mughal memerintah India dari tahun 1526 sehingga tahun 1857 apabila British membuang negeri pemerintah terakhir Bahadur Shah II. Tokoh terhebat kerajaan Mughal, Syah Jehan  1627-1658 telah menyumbang kemajuan dalam bidang seni bina di India. Pada zaman Syah Jehan, pelbagai bangunan telah didirikan yang menggambarkan kemajuan bidang seni bina pada era tersebut. Antaranya Istana Taj Mahal, Masjid Moti, Istana Fathpur, kompleks-kompleks kerajaan, kubu di Agra dan taman-taman bunga di Delhi, Lahore dan Kashmir.[3]
Ciri-ciri  seni bina di India
Seni bina India abad ke 16 hingga  l7M.
Monumen  seni bina terkenal  di India  seperti Taj Mahal  di Agra, Kota Merah di Delhi, Masjid Jama di Delhi dan Makam Humayun di Delhi.
o ciri-ciri paling menonjol dalam  seni bina Islam di India ialah binaannya  banyak yang berkonsepkan masjid.
 Ciri-ciri  seni bina India :
a. Bahan binaan - batu dan kayu sebagai  sumber asas.
b. Senibina tempatan - dipengaruhi oleh budaya dan persekitaran, agama dan cuaca.
c. Pengaruh parsi,
Turki dan Arab dalam  seni bina tempatan.
d.Motif corak hiasan
- ukiran dan karigra fi ayat-ayat  arQuran di istana dan masjid. Juga dihiasi dengan ukiran
geometri dan ukiran berasaskan  alam seperti bunga dantumbuhan.
e.Binaan  kubah
- kebanyakan  binaan masjid atau istana di India memakai  kubah berbentuk  bawang.
f.  Unsur  air dalam  seni bina India pengaruh tamadun Islam.
g. Pembinaan menara dalm seni bina India
h. Seni bina masjid khasnya Masjid Jama Delhi
- dua menara, tiga pintu gerbang, tiga kubah, ruang solat terbuka, lantai mannar dan batu merah, kolam takungan air dan dihiasi  kaligrafi  al-Quran khasnya pada mimbar di mihrab.
i.  Senibina  Taj Mahal
- merangkumi bahagian makam,dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain.
j.  Seni bina Kota Merah / Kubu Merah
- Dewan Umum
(Ruang Diwan - i- Aam),  D ew an Khu sus (D ew an - i -Khas),
Ruang peribadi maharaja (Nahr-i-Behrsft),  Ruangan Maharani (Zenana),  Masjid Moti, Hayat Bakhsh Bag,tempat bersiram diraja (Hammams),  Menara  Melati (Muthammam Bur), tempat  tinggal gundik-gundik dan isteri-isteri maharaja (Rang Malah), tempat tinggal peribadi maharaja  (Khas Mahal), Naqqar Khana dan ruang  kerja maharaja  (Shahi Burj).
k. Seni bina Makam Humayum
- mengandungi kubah, mihrab, ukiran  ayat-ayat al-Quran dan kedudukan makam  mengarah  ke kiblat. Terdapt juga beberapa monumen lain sepertiNai-ka-Gumbad,  makam dan Masjid Isa Khan, makam  dankebun Bu Halima, makam dan Masjid Afsarwala danArab sarai.[4]



[1]“Seni Bina”, dalamModul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),101.
[2]Ibid,102
[3]Mahayudin Hj Yahya et, al, Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,151
[4]“Seni Bina”, dalamModul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,102

Tiada ulasan: