Sebagai individu yang tekun menuntut dan
ilmu pengetahuan, beliau telah berjaya menguasai pelbagai cabang ilmu seperti
usuluddin, usul fiqh, mantik, membaca hikmah dan yang
paling terkenal ialah falsafah.
Kelebihan tersebut membolehkan beliau menulis dan menyusun kitab-kitab daripada
pelbagai aspek ilmu yang telah dipelajarinya.
Imam al-Ghazali membahagikan golongan
yang membahaskan falsafah kepada tiga, iaitu ateis,natural. dan teologi.
Golongan pertama, iaitu ateis ialah golongan yang mengingkari wujudnya pencipta
yang mentadbir seluruh alam ini. Golongan kedua, iaitu natural ialah golongan
ilmuwan yang banyak mengkaji berkaitan dengan tabiat, kejadian dan anatomi
manusia, tumbuhan serta haiwan. Golongan ketiga ahli teologi, iaitu ahli yang
membincangkan soal-soal ketuhanan seperti Plato, Aristotle, dan Socrates.
Golongan ini membahaskan perkara-perkara berkaitan tuhan dengan bersumberkan
akal.
Imam al-Ghazali merupakan orang pertama
yang mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada enam bahagian, iaitu
matematik, mantik, fizik, ketuhanan, siasah, dan akhlak.Matematik menurut Imam
al-Ghazali adalah berkaitan dengan ilmu hisab dan kejuruteraan. Ia tidak
berkaitan dengan perbahasan dari sudut agama.
Mantik pula ialah ilmu yang berkaitan
dengan logik akal dan bagaimana akal sebagai agen penyusun hujah-hujah yang
dikemukakan.Ilmu fizik pula berkaitan dengan kajian alam, langit, bintang, air,
udara, dan alam seluruhnya.
Ilmu ketuhanan dalam falsafah mengkaji
aspek ketuhanan daripada perspektif akal. Ilmu ketuhanan ini didasari
perbincangan mantik dan logik. Ilmu ini menurut Imam al-Ghazali tersimpang daripada
falsafah ketuhanan yang sebenar.
Siasah menurut Imam al-Ghazali adalah
perkara yang berkaitan dengan unsur-unsur keduniaan yang membantu manusia
menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.Ilmu yang terakhir dalam
falsafah menurut beliau ialah akhlak. Akhlak merupakan ilmu yang berkaitan cara
seseorang menjalani kehidupan seharian dengan sikap dan peribadi yang mulia.
Metodologi yang diasaskan oleh Imam
al-Ghazali adalah lebih jelas dan terperinci. Antara
penulisan beliau yang terkenal
dalam bidang falsafah ialah Maqasid al-falasifuh, al-Munqiz min aldhalal, dan
Tahafut al-falasifah.
Imam al-Ghazali memainkan peranan yang
penting dalam perkembangan ilmu falsafah Islam.Beliau dapat menyelamatkan
akidah umat Islam daripada terus direntap oleh fahaman falsafah ketuhanan
Yunani yang tidak bertauhid kepada agama yang suci, iaitu Islam. Imam
al-Ghazali berjaya mempertahankan kemurnian Islam sekali gus mengelak amalan
mengagung-agungkan falsafah Yunani tanpa menyedari ia bertentangan dengan
akidah Islam.
Kesimpulannya,kemampuan Imam
al-Ghazali memanfaatkan ilmu yang dipelajari daripada tokoh-tokoh ulama serta
kebijaksanaan beliau berhujah dengan mengemukakan pandangan-pandangan yang
bernas menyebabkan beliau disanjung tinggi oleh umat Islam.Gelaran hujjatul
Islam yang diberikan kepada beliau sememangnya amat tepat berdasarkan sumbangan
yang telah diberikan oleh beliau.
Sumber rujukan-Mohd Zaki Ahmad,Score in STPM Penggal 2 Sejarah Islam (500-1918)
Kertas2 940/4 Kertas Model, (Shah Alam: Oxford Fajar.2013) ,76-77.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan