Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Pendidikan fardu ain dan fardu kifayah :
a. Pendidikan fardu ain :
Fardu bermaksud kewajipan yang dituntut oleh agama.Ilmu fardu ain ialah ilmu-ilmu tentang kebenaran objektif untuk pedoman manusia. Ilmu asas ajaran lslam seperti akidah, syariat dan akhlak.Ilmu ini wajib dipelajar dan diamalkan oleh setiap umat Islam yang mukallaf. Sumber utama ialah al-Quran dan sunnah, manakala sumber kedua ialah ijmak dan qias.1] Ilmu-ilmu fardu ain terbahagi kepada beberapa bahagian yang utama iaitu tauhid, fiqah dan asawuf.[2]
b. Pendidikan fardu kifayah :
Ilmu fardu kifayah pula bermaksud Ilmu pengetahuan yang wajib dituntut oleh sebahagian umat Islam. Ilmu fardu kifayah adalah semua disiplin ilmu yang diperlukan bagi menyempurnakan keperluan hidup manusia samada berbentuk keagamaan atau keduniaan seperti perubatan, sains dan teknologi, astonomi, kejruteraan, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.
Ilmu-ilmu fardu kifayah merupakan ilmu yang bersandarkan akal.Oleh itu ilmu ini berada di tempat kedua selepas ilmu fardu ain.Ilmu ini sebagai pelengkap kepada umat Islam dalam menangani persoalan-persoalan kepentingan masarakat semasa dan ilmu ini dapat difahami dengan mudah oleh setiap akal yang sempurna.Sumber ilmu ini ialah al-euran dan as-Sunnahsebagai dasar, akal, pancaindera, pengkajian,eksperimen dan lain-lain.Ilmu fardu kifayah terbahagi kepada tiga : ilmuindera, ilmu sains dan ilmu falsafah.
o Pendidikan fardu ain dan kifayah di Mesir :
a. tentera pembukaan Islam di Mesir erdiri daripada para sahabat besar.Sebahagian daripada mereka menetapdi Mesir setelah pembukaannya.Mereka benih utama bagi pergerakan ilmu Islam di Mesir dengan ilmu-ilmu yang mereka ajar kepada masyarakat seperti ilmu tafsir ,hadis,feqah, lughah dan sebagainya.
Di Mesir, ilmu fardu ain dan kifayah amat ditekankan dan dipelajari di institusi pendidikan meskipun pada peringkat awal penekanan berkisar tentang akidah dan keimanan. Abdullah ibn Amru ibn al-As antara para sahabat yang paling tekenal yang meyertai tentera pembukaan terlibat dalam penyebaran ilmu di Mesir.
b. Perkembangan pendidikan, interaksi dengan luar,pertembungan budaya dan sebagainya menyebabkan sistem kurikulum asal Mesir dicampuri dengan ilmu fardu kifayah seperti falsafah, perubatan, astronomi dan sebagainya.
c. Lahir tokoh-tokoh ilmuan Islam terkemuka di Mesir.
Antara tokoh ilmuan dari kalangan para sahabat di Mesir ialah Abdullah ibn Amru al-As. Tokoh dari generasi tabiin ialah azid bin Abi Habib ang diserahkan tanggungjawab berfatwa di Mesir oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.Beliau telah menunaikan tanggungjawab tersebut dan meninggal dunia di Mesir pada tahun 128H.
Madrasah al-Dirasat al-Syariyyah di Mesir telah imam besar dalam ilmu fiqh, iaitu al-Layth ibn Said. Setelah itu muncul Imam al-Syafii untuk menziarahi Mesir dan beliau menghabiskan bahagian akhir daripada kehidupannya di sana hingga meninggal pada tahun 204H. Mazhabnya dikembangkan oleh Abu yaakob yusuf al-Buwayti dan al-Rabi ibn Sulayman a-Jizi. Tokoh- tokoh terkemuka lain yang lahir dari Madrasah Diasat Syariyyah di Mesir ialah Uthman bin Said. Beliau berasal dari kaum Qibti. Beliau menunjol secara khusus dalam ilmu qiaati dan meninggal pada tahun 197H.
Penyebar Pendidikan Bahasa Arab.
Penyebaran bahasa Arab di Mesir bermula sama dengan pembukaan Islam di sana.Keadaan ini dibantu oleh pergaulan orang Arab Islam dengan penduduk Mesir dan perkahwinan dalam kalangan mereka.Penduduk Mesi yang menganut Islam wajib mempelajari bahasa Arab untuk mengenali pengajaran-pengajaan agamanya yang baharu. Penterjemah antologi syair pada zaman Abdul Malik bin Marwan mempunyai kesan yang besar dan praktikal dalam penyebaran bahasa Arab di Mesir.
Penyebar ilmu Bahasa dan Sejarah.
Selain Madrasah al-Dirasat al-Syariyyah di Mesir, sekolah-sekolah lain untuk bahasa Arab dan Kesusasteraanya serta sekolah untuk ilmu sejarah turut dibina. Contoh terbaik bagi tokoh yang mewakili kedua-dua sekolah ialah Abdul Malik ibn Hisyam, penulis kitab al-Sirah al-Nabawiyyah yang terkenal dan Ibn Abdul Hakam,penulis Futuh Misra wa Akhbaruha. Antara ahli sejarah Mesir paling terkenal pada waktu itu.
Ilmu Sains Alam
Sekolah ilmu sains alam juga erdapat diMesir. Contohnya seperti ilmu perubatan dan kimia. Antara tokoh yang giat dalam ilmu-ilmu ini ialah Ibn Abjar al_ tayyib dan ahli sufi terkenal yang juga merupakan ahli falsafah dan ahlikimia iaitu Zunnun al-Masri.[3]
Pendidikan fardu ain dan kifayah di Acheh :
a. Di Acheh, ilmu fardhu ain amat ditekankan pada peringkat awal pendidikan, pengajian al quran, al Hadis di ajar di semua institusi,serta ilmu-ilmu lain sepertifekah, tauhid dan tasawuf.
b. Pengajian fardhu kifayah diajar pada peringka tmenengah dan tinggi. Di peringkat Dayah ilmu fardhu kifayah di ajar menggunakan kitab-kitab dari Arab.Antara ilmu tersebut ialah geografi, sejarah, dan matematik.
c. Pendidikan khusus untuk wanita dalam bidang pertanian, pertukangan, ilmu perniagaan turut diajar diDayah.Di peringkat Dayah ilmu fardhu kifayah di ajar menggunakan kitab-kitab dari Arab.Antara ilmu tersebut ialah geografi, sejarah, danmatematik.[4]
[1] “Pendidikan”, ”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),70.
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, 245.
[3] Ibid,245.
[4]“Pendidikan”, ”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,),70.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan