Ahad, 28 Februari 2016

Huraikan kesan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Uthmaniah dengan kuasa-kuasa lain antara abad ke-17 hingga 19. [20m]

Selepas pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih,kerajaan Uthmaniyah mula mengalami zaman kemerosotan.Keadaan semakin ketara antara abad ke-17 hingga 19. Kerajaan Uthmaniyah mula menghadapi tekanan kuasa-kuasa Barat termasuk menandatangani beberapa perjanjian bagi menamatkan konflik yang timbul.
      Pada tahun 1672, Sultan Muhammad IV (1648-1687) telah menerajui ekspedisi menentang poland yang berakhir dengan perjanjian damai (1796).Dalam perjanjian ini, Poland bersetuju menyerahkan Ukraine kepada kerajaan Uthmaniyah. Namun,perj'anjian damai ini telah membawa kepada konflik dengan Rusia. Kerajaan Uthmaniyah terpaksa campur tangan ke atas wilayah Ukraine yang membawa kepada peperangan dengan Rusia. Setelah kedua-duanya mengalami kerugian teruk, akhimya mereka berdamai pada tahun 1681.
      Sultan Muhammad IV telah menandatangani perjanjian dengan Rusia (1681) setelah kalah teruk dalam peperangan. Melalui perjanjian ini, kerajaan Uthmaniyah terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Rusia dan membuka perniagaan Cossack di Laut Hitam. Ini bermakna, orang Turki, telah kehilangan kuasa mereka di Laut Hitam.

      Sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad III (1703), kerajaan Uthmaniyah terdedah kepada serangan tentera Kristian di bawah pimpinan Tsar Peter yang sebelum ini berperang dengan tentera Uthmaniyah pada zaman Sultan Mustafa II. peperangan ini berakhir dengan Perjanjian Karlowitz (1710). Kesan daripada perjanjian ini, sebahagian besar dari wilayah Uthmaniyah di Hungary dan kawasan Laut Hitam termasuk Azov diserahkan semula kepada Habsburg dan Poland. .

      Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh Venice dan Austria tetah berjaya mengalahkan tentera Uthmaniyah pada tahun 1716 dalam Perang Petewarden. Melalui Perjanjian passarowit, kerajaan Uthmaniyah telah kehilangan Timsuar, Belgrade, sebahagian besar Serbia dan Romania. Manakala Venice menduduki kawasan pantai Dalmatia.

      Walau bagaimanapun, dalam satu lagi siri peperangan yang berlaku, kerajaan Uthmaniyah memperoleh semula wilayah Serbia Utara dan Belgrade setelah termeterainya perj anjian Belgrade pada tahun 1739.

      Pada tahun 1770, sewaktu kerajaan Uthmaniyah berada di bawah pemerintahan Sultan Mustaffa III, tercetus Perang Chesme di pantaiAsia Kecil dengan Rusia. Peperangan yang ditamatkan dengan suatu perjanjian pada tahun 1774 mertyaksikan kerajaan Uthmaniyah kehilangan wilayah-wilayah seperti Kinbum, Venikala dan Kertoh di Crimea. Keadaan kerajaan Uthmaniyah semakin parah apabila wujud jalinan kerjasama antara Rusia dan Austria yang berusaha mewujudkan semula kerajaan Greek-Byzantine. Ini terbukti apabita perikatan ini berjaya merampas Moldovia dan Wallachia. Sewaktu pemerintahan Sultan Salim III pula,termeterai Perjanjian Jassy antara kerajaan Uthmaniyah dengan Rusia. Moldovia dan Wallachia diserahkan semula kepada kerajaan Uthmaniyah dan Sungai Dnister diisytiharkan sebagai kawasan sempadan.

      Pada tahun I 876, menyaksikan kerajaan Uthmaniyah diperintah oleh Sultan 'Abd al-Hamid II. Setahun selepas itu, Rusia telah mengisytiharkan perang ke atas kerajaan Uthmaniyah. Konflik ini diselesaikan melalui Perjanjian San Stefeno pada tahun l878 . Perjanjian ini menguntungkan Rusia sedangkan kerajaan Uthmaniyah semakin mengecil ekoran pembebasan wilayah kekuasaannya yang kini berpindah milik kepada Rusia. Justeru, kehilangan kuasa dan kerugian besar dialami oleh kerajaan Uthmaniyah.


Kesimpulannya kegagalan kerajaan Uthmaniyah menyerap tekanan kuasa-kuasa Barat telah membawa kepada kebangkitan golongan Turki Muda yang menuntut agar kuasa sultan dihadkan dan mengamalkan prinsip demokrasi. . Keengganan Sultan Abdul al-Hamid II melayan permintaan perjuangan gerakan Turki Muda yang mendapat sokongan golongan tentera telah menyebabkan baginda digulingkan.
sumber-Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,274..

Selasa, 16 Februari 2016

1.8.3 Perjanjian

Unit 1.8 Perhubungan luar
1.8.3  Perjanjian
Hasil Pembelajaan-membincangkan benuk perhubungan luar zaman Khalifah Abbasiah abad ke-9M-13M dan Khalifah Uhmaniyah abad ke-17M-19M.
Perjanjian
Pada zaman Abbasiyah berlaku perluasan kuasa dan hubungan diplomaik dengan negara luar.Namun hubungan inilebih kepada menjaga pengaruh kekuasaan dan kedudukan kerajaan Abbasiyah ke aas negara wilayahnya.[1]
1.Perjanjian-perjanjian pada zaman Khalifah Abbasiyah.
A.Perjanjian Khalifah Abbasiyah dengan kerajaan  Byzantine (Rom Timur) iaitu musuh tradisi kerajaan Islam. Byzantine membayar cukai tahunan kepada kerajaan Abbasiyah.
b.Perjanjian Khalifah Abbasiyah dengan Kerajaan Umayyah di Andalusia.
c.Perjanjian  Khalifah Abbasiyah dengan kerajaan Karolonji di Laut Adriaik di Selatan Perancis.
   Perlantikan dua kedua-dua pihak dan perukaran hadiah.
   Berlaku interaksi ilmu Islam ke dunia Barat ang berada  pada zaman kegelapan.

Perjanjian-perjanjian zaman khalifah Uhmaniyah
a.Perjanjian Carlowiz (1699m) isi perjanjian dan kesannya
b.Perjanjian Passarowit 1718M- isi perjanjian dan kesannya
c.Perjanjian Radsin- isi perjanjian dan kesannya
d.Perjanjian Kainnarji/Perjanjian Kucuk Kanarcea/Perjanjian Cahaina 1774M- isi perjanjian dan kesannya
e.Perjanjian Sisova 1791M - isi perjanjian dan kesannya
f.Perjanjian Jass 1792M- isi perjanjian dan kesannya
g.Perjanjian Dardanela 1809M - isi perjanjian dan kesannya
h.Perjanjian San Sefano 1878- isi perjanjian dan kesannya
i.Perjanjian Berlin 1887M- isi perjanjian dan kesannya.[2]


[1] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 170.
[2] “Perjanjian”, ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),31.

Isnin, 15 Februari 2016

Peperangan

1.7.1     Oleh-ahmad bin yaakob
Peperangan
Sesungguhnya Islam tidak menggalakkan peperangan, namun setelah turunnya wahyu yang membenarkan umat Islam mengangkat senjata, Nabi Muhammad s.a.w telah membentuk angkatan tentera Islam yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar. Matlamat penubuhan angkatan tentera hanyalah untuk mempertahankan negara, maruah serta kesucian agama daripada dinodai gleh musuh khususnya golongan musyrikin Quraisy, Yahudi, serta Rom dan Parsi.

Pada, zaman Rasulullah s.a.w peperangan dalam lslam dapat dibahagikan kepada dua, iaitu sariyah merujuk kepada tindakan menyekat rombongan para pedagang ataupun musuh-musuh Islam serta ghazwah yang melibatkan peperangan secara besar-besaran dan disertai olen Nabi Muhammad s.a.w sendiri.

Terdapat banyak sariyah dilancarkan begitu juga peperangan yang tercetus seperti Perang Badar, Perang Uhud, Perang Ahzab dan sebagainya yang ada memberikan kemenangan dan ada yang meninggalkan kesan yang mendalam ke atas masyarakat dan negara Islam.[1]
sebab dan tujuan peperangan mengikut Islam.  
  1. Mempertahankan diri dan hak
  2. Mempertahankan kemuliaan agama
  3. Mempertahankan kedaulaan negara
  4. Menegakkan keamanan dan keadilan
  5. Menghapuskan golongan riddah
  6. Penyebaran dakwah.[2]

Etika Peperangan dalam lslam
Etika Peperangan dalam lslam ialah mematuhi perintah Allah swt serta mencari keredaannya.[3]
1.Secara amnya, etika peperangan dalam Islam terbahagi kepada tiga mengikut situasi, iaitu:
(a) etika sebelum peperangan.
(b) etika semasa peperangan.
(c) etika selepas peperangan.
2 Dalam usaha memenuhi misi-misi peperangan, Islam telah menggariskan beberapa prinsip dan kaedah umum dalam jihad atau dengan perkataan lain etika yang wajar dipatuhi oleh tentera Islam sewaktu di medan perang.
Antara etika tersebut adalah:
(a) Harus mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya.
Hal ini telah dilaksanakan ketika zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sewaktu menggempur wilayah  Hirah. Beliau telah memberi  tiga pilihan kepada musuh Islam, iaitu menganut Islam, berdamai ataupun berperang.
(b) Membayar cukai jizyah
Pihak musuh yang enggan menerima Islam tetapi sanggup berada di bawah naungan kerajaan Islam dikehendaki membayar c:ukai jizyah. Ia sebagai simbol balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa mereka.
(c) Memerangi musuh seandainya mereka diperangi terlebih dahulu
Islam hanya membenarkan umatnya mengangkat senjata seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Hal ini dapat dilihat terutamanya ketika Perang Badar. Sewaktu itu, tentera
Islam hanya memrnggu serangan musuh yang menceroboh, barulah peperangan secara besar-besaran dilaksanakan.
(d) Mentaati arahan pemimpin atau ketua
Merupakan salah satu etika yang amat penting tatkala peperangan berlaku. Hal ini bertujuan memastikan segala perancangan memberikan impak yang positif. Contoh yang paling jelas ialah kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud pada tahun 3 H akibat daripada tentera Islam tidak akur dengan arahan pemimpin (kecuaian pasukan pemanah meninggalkan
posisi yang ditetapkan).
(e) Tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya
Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam, golongan kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta tidak boleh diperangi. Berdasarkan etika inilah golongan-golongan ini tidak dikenakan jizyah pada zaman Khulafa' al-Rasyidin kerana dianggap tidak mengancam keselamatan negara Islam.
(f) Dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali darurat
Ini menunjukkan betapa Islam mementingkan keamanan serta kesejahteraan kepada masyarakat seluruhnya. Ini terbukti ketika peristiwa Rasulullah s.a.w mengepung kota Ta'if, harta-harta musuh Islam langsung tidak diusik.
(g) Tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah
Sesuai dengan pilihan-pilihan yang diberikan kepada seteruseteru Islam, maka Islam menetapkan etika tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir dhimmi atau
mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.
(h) Melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh
Antara larangan tersebut ialah tentera tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang terbunuh, sebagaimana tindakan yang dilakukan oleh Hindun binti Utbah terhadap jasad Saidina Hamzah, bapa saudara Rasulullah s.a.w di medan Perang Uhud.
(i) Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati
Oleh sebab itulah ketika Perjanjian Hudaibiyah dimeterai pada tahun 6 H, meskipun fasal-fasal dalam perjanjian itu seolah-olah memberikan kelebihan kepada musuh Islam, namun Rasulullah s.a.w mempunyai misi yang tersendiri.Sikap musuh Islam yang melanggar gencatan senjata yang dipersetujui membolehkan Rasulullah s.a.w mengetuai tentera Islam membuka kota Makkah pada tahun 8 H.
j. Tawanan perang akan dilayan dengan baik
Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Meskipun ada cadangan daripada para sahabat agar musuh-musuh Islam yang ditawan dalam Perang Badar dibunuh, Rasulullah s.a.w tidak menerima cadangan itu sebaliknya baginda menggunakan kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta sejumlah wang tertentu. Ternyata kaedah inilah yang berjaya menarik ramai musuh Islam menerima agama Islam.





[1]Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini(Shah Alam:Oxford Fajar,2014),78.
[2] “Peperangan”, ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),31.
[3] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 122.

Selasa, 9 Februari 2016

Huraikan perlaksanaan sistem naungan pada zaman Khulafah al-Rasyidin dan kerajaan Umayyah pada abad ke-7 hingga 19 [20m]

Kewujudan sesebuah negara yang dinaungi oleh kerajaan Islam berkait rapat dengan jizyah.Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas golongan kafir dhimmi.Tujuan pelaksanaan cukai ini adalah sebagai balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa orangorang bukan Islam.Sumber jizyah ini sebenamya telah pun dipraktikkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, namun pelaksanaannya lebih formal pada zaman Khulafa' al-Rasyidin.

      Pelaksanaan cukai jizyah ini sememangnya amat ketara pada zaman Khulafa' al-Rasyidin berikutan banyak ekspedisi dakwah dan ketenteraan dijalankan sama ada dalam mahupun luar Semenanjung Tanah Arab.Melalui ekspedisi yang dijalankan ini, golongan kafir yang enggan menerima agama Islamdiwajibkan membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah naungan kerajaan Islam.

      Zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, kejayaan mengalahkan beberapa buah kawasan yang diperintah oleh Parsi di Iraq telah menyebabkan penduduk seperti di Hirah, Anbar dan Ain al-Tamar sanggup membayar jizyah sebagai simbol.berada di bawah naungan kerajaan Islam Madinah.

    Zaman Khalifah Umar bin al-Khattab pula menyaksikan semakin banyak negara menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam.Mesir contohnya, sanggup berada di bawah naungan kerajaan Islam setelah Amru bin al-As menghapuskan penjajahan Byzantine di sana. Penduduk Baitulmuqaddis melalui pemimpinnya telah menandatangani perjanjian damai dengan Khalifah Umar bin al-Khattab dengan menyatakan kesanggupan membayar jizyah dengan syarat kerajaan Islam memberi jaminan keselamatan jiwa,nyawa, harta benda, jaminan kebebasan beragama serta amalan ibadat bagi semua penduduk di Baitulmuqaddis di samping bersedia menyerahkan segala masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh penduduk BaitulmuQaddis kepada pemerintahan Islam.

   Selain itu, Syam, Palestin dan Jordan turut sama menyatakan kesanggupan membayar jizyah berikutan kejayaan tentera Islam di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid dan Abu Ubaidah al-Jarrah mengalahkan Byzantine dalam beberapa siri peperangan.

      Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan pula, beberapa buah kawasan di utara Afrika menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam serta sanggup membayar jizyah. Umpamanya, penduduk di kawasan Qairawan, Tripoli dan Nubah.

    Pada zaman kerajaan Umayyah terutama sewaktu pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik, kejayaan ekspedisi ketenteraan merentasi benua Asia, Afrika dan Eropah telah menyebabkan beberapa buah kawasan menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam.

      Kempen ketenteraan di India di bawah pimpinan Muhammad al-Qasim, bukan sahaja telah berjaya mengalahkan Raja Dhaha, iaitu pemerintah Sind, malah kemaraan tentera Islam ke Multan telah menyebabkan penduduknya menyerah diri dan bersetuju membayar jizyah dengan kadar  tertentu.

      Begitu juga dengan kejayaan ekspedisi ketenteraan di Asia Tengah, Marw, Karminiyah dan Bukhara. Penduduknya yang enggan menganut agama Islam sanggup membayar jizyah sebagai balasan atau jaminan keselamatan daripada kerajaan Umayyah melalui Gabenomya, Qutaibah bin Muslim dan saudaranya, Bahar bin Muslim.
.
      Di Afrika Utara pula, kejayaan panglima Musa bin Nusair mengalahkan bangsa Barbar dan Zeutes membolehkan beliau menguasai Tangier dan Ceuta sekaligus membolehkan kerajaan Islam memungut cukai jizyah dan menjadi batu loncatan kemaraan tentera Islam ke Andalus.


      Kesimpulannya naungan yang diperoleh daripada kerajaan Islam amnya akan membawa kepada pengiktirafan negara-negara lain termasuk Parsi dan Byzantine meskipun kerajaan ini mempunyai sikap anti-Islam.Melalui hubungan yang dijalankan ini, legasi atau keunggulan kerajaan Islam telah terserlah melangkaui sempadan geografi

Isnin, 8 Februari 2016

Perhubungan luar Khalifah Umayyah

Oleh-AHMAD YAAKOB
Perubahan dasar pelaksanaan jizyah pada zaman Umaiyyah.
Khalifah Abdul Malik bin Abdul Malik
Jizyah diwajibkan ke atas kafir zimmi (mawali) yang memeluk Islam dan golongan agama atau rahib.Satu bentuk disriminasi Arab dan bukan Arab.
Jizyah sumber kewangan penting negara.
Penubuhan Diwan al-Kharaj.

Perubahan dasar pelaksanaan jizyah zaman Khalifah Umar Abdul Aziz.
Jizyah ke atas kafir zimmi dihapuskan untuk menarik mereka memeluk Islam.
Menghapuskan amalan diskriminasi terhadap golongan mawali dan bukan Arab.
Kadar jizyah dikurangkan.
Namun khalifah-khalifah Umayyah seterusnya telah mengembalikan dasar diskriminasi  terhadap golongan mawali. Mereka dikenakan jizyah.[1]  



[1]“Perhubungan luar, Naungan”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),41.

Unit 1.8 Perhubungan Luar

18.2 Naungan
HP-Membincangkan bentuk perhubungan luar – naugan melalui pembayaran jizyah.
1.Naungan :Zaman Khulafa al-Rasydin abad ke-7M.
Naungan melalui pembayaran jizyah ke atas kafir zimmi dan al-Mustakim.
Defini jizyah.
cukai kepala atau cukai perlindungan yang dikenakan erhadap orang kafir zimmi. 
Kadar jizrah-jizyah secara baik dan jizyah secara paksaan.
Syarat-syarat jizyah.

Naungan
Naungan merujuk kepada perlindungan yang diberikan oleh kerajaan  yang lebih kuat dan berpengaruh  tehadap kerajaan yang lemah.
Naungan yang berhak diterima melalui  jizyah.
a.Hak mendapat perlindungan ancaman luar, kezaliman, nyawa dan harta-benda.
b.Hak mendapat kehormatan diri.
c.Hak kebebasan beragama.
d.Hak memperolehi perlindungan ,kebajikan waktu miskin dan pada hari tua.
e.Hak kebebasan bekerja dan memegang jawatan dalam kerajaan.

Kafir zimmi dan al-Mustakim berkewajipan menunaikan tanggungjawab terhadap negara Islam;
a.Menghormati undang-undang Islam.
b.Menghormati syiar dan umat Islam.
c.Bersama-sama mempetahankan negara Islam.
d.Bersama-sama membangunkan negara Islam.

Perubahan dasar pelaksanaan jizyah zaman Nabi Muhamad SAW dan Khalifah Abu Bakar.
Jizyah diambil daripada wilayah bukan Islam yang bernaumg di bawah negara Islam.
Perubahan dasar pelaksanaan jizyah zaman Khalifah Umar.
Jizyah diambil daripada orang kafir zimmi yang tinggal dalam negara Islam.[1]




[1] “Perhubungan luar, Naungan”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),40.

Ahad, 7 Februari 2016

Menilai kepimpinan dan sumbangan Salahuddin al-Ayyubi-M1138-1193M

1.Latar belakang Salahddin al-Ayyubi
Pendahuluan
Salahuddin al-Ayyubi merupakan tokoh yang bertanggungjawab membebaskan kota Baitulmuqaddis daripada kekuasaan orang Barat.Ketika tercetusnya Perang Salib, nama dan kepimpinan beliau amat digeruni oleh tentera salib terutamanya setelah berjaya menawan semula beberapa buah wilayah kera-jaan Islam. Beliau juga pernah terlibat dalam peperangan di Mesir, Palestin, dan Syria.

 (a) Menentang tentera salib
Pada tahun I 164 M, Salehuddin al-Ayyubi telah menyertai ekspedisi ketenteraan Syria bersama bapa saudaranya, Shirkuh yang dihantar oleh Khalifah Nur al-Din. Mereka berjaya menewaskan tentera Salib yang berada di bawah pimpinan Amaury I Setelah Shirkuh meninggal dunia, Salehuddin al-Ayyubi telah dilantik sebagai panglima angkatan tentera Syria. Pelantikan ini menjadi titik tolak kepada kegemilangan dan kemasyhurannya.
(b) Menawan kota Baitulmuqaddis
Salahuddin al-Ayyubi menjadikan Ra'su al-Ma' sebagai pusat gerakannva menuju ke Busra diikuti Karak, Syubak, dan Tabariah. Ketika pertempuran di Hittin, kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Kemaraan tentera Salehuddin al-Ayyubi tidak dapat dikekang lagi apabila beliau berhadapan dengan Raja Baitulmuqddis yang hanya dikawal oleh 150 orang pahlawannya sahaja.Salehuddin al-Ayyubi mengarahkan Raja Baitulmuqaddis, iaitu Gui of Lusignan dan pemerintah Karak iaitu Raynald supaya menghadapnya. Beliau kemudiannva telah memancung kepala Raynald kerana sikap biadab pemerintah Karak tersebut terhadap Nabi Muhammad SAW dan umat Islam.
(c) Mengamalkan dasar tolak ansur terhadap penganut Kristian
 Meskipun orang Islam berjaya menguasai Baitulmuqaddis, namun orans Kristian tetap diberikan peluang mengunjungi kota suci tersebut.Melalui perjanjian damai yang dimeterai antara Salehuddin al-Ayyubi dengan Richard The Lion Heart di Ramalah pada 2 November l192 M orang Islam bersedia memberikan kelonggaran kepada orang Kristian untuk mengunjungi dan beribadat di Baitulmuqaddis
(d) Memulihkan dan membangunkan negara
Salahuddin al-Ayyubi mengarahkan pembinaan kubu Qal'ah al-Jabal yang terletak di atas bukit bagi membendung saki-baki musuh yang masih berada di dalam kota Kaherah. DiSinai, kubu yang hampir sama juga dibina di samping membangunkan Pulau al-Raudah dan Pulau al-Gizah.

Ibn Jubair pernah menjelaskan pasar minggu yang besar diadakan pada setiap hari Ahad. Bandar ini dilengkapi dengan kemudahan dan tempat bersantai.Salehuddin al-Ayyubi telah mengubah sebuah dewan di istana yang dibina oleh al-Aziz bin al-Muiz dengan menjadikannya sebuah hospital yang dinamakan Bimaristan al-Atiq.Sebuah gedung ubatan disediakan bagi membolehkan ubat diagihkan mengikut gred yang ditetapkan kepada para pesakit. Hospital tersebut juga mempunyai ruangan khas untuk pesakit wanita. Jaring-jaring besi juga dipasang sebagai pemisah bagi mengelak pesakit
mental mengganggu pesakit lain.

Memajukan pendidikan
Sebagai individu yang mencintai ilmu pengetahuan, beliau banyak membina sekolah dan menjemput golongan ulama dan cerdik pandai ke negaranya. . Beliau memperkenalkan sistem pendidikan prasekolah yang dikenali dengan nama sistem al-Katib. Mengikut sistem tersebut, kanak-kanak akan mempelajari al-Quran, menghafal hadis, dan meningkatkan kemahiran seni khat. Selain itu, mereka juga diajar tentang asas ilmu matematik, syair, kata-kata hikmat, dan beribadat seperti solat berjemaah.

Memajukan bidang ekonomi .
Dalam bidang ekonomi, negara memperoleh sumber pendapatan yang pelbagai seperti jizyah yang dikenakan kepada golongan bukan Islam, fidyah yang dibayar oleh tawanan perang untuk menebus diri, harta rampasan perang, dan cukai tanah (kharaj). Cukai-cukai yang membebankan pada zaman kerajaan Fatimiyyah dihapuskan seperti cukai yang dikenakan ke atas jemaah haji.

Beliau juga menumpukan perhatian terhadap sektor pertanian seperti memberi tumpuan kepada penyediaan dan penyelenggaraan sistem terusan serta teknik-teknik pertanian agar berlaku peningkatan produktiviti dan mengelak kekurangan bekalan makanan.

Kesimpulannya,kejayaan Salehuddin al-Ayyubi membebaskan semula Baitulmuqaddis merupakan bukti palingketara yang beliau sentiasa berusaha untuk memartabatkan agama dan negara Islam.Rentetan daripada kejayaan tersebut, beliau telah dapat melaksanakan pelbagai perancanganyang meliputi aspek politik, ekonomi, pendidikan, dan kebajikan sosial.

Jumaat, 5 Februari 2016

SUMBANGAN SALEHUDDIN AL-AYYUBI

OLEH AHMAD BIN YAAKOB 
                      Kepimpinan
            HP-Menilai kepimpinan dan sumbangan tokoh Mesir (Salahudin al-Ayyubi.)
Latar belakang Salahuddin  al- Ayyubi.
Nama penuh beliau ialah Salahuddin Yusof bin Najmuddin Ayub.Di dunia Eropah, beliau digelar sebagai Saladin.Beliau berketurunan Kurdi daripada kaum Quraisy suku Ruwaidhah.
Beliau dilahirkan di benteng Tikrit di wilayah lran pada tahun 1138 dan meninggal di Damsyik pada tahun 1193.Ketika berusia 17 tahun, beliau mula berkhidmat dengan Khalifah
Nur al-Din di Damsyik.
      Salehuddin al-Ayubi merupakan seorang panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang berbakat tinggi dan masyhur pada Zaman Perang Salib. Beliau penentang kuat Perang Salib. Kejayaan terbesarnya ialah menumpaskan tentera Salib dan berjaya mengambil semula Baitulmuqaddis dan Palestin daripada tangan Kristian pada abad ke-12.[1]

SUMBANGAN SALEHUDDIN AL-AYYUBI
Dasar kepemimpinan  dan pentadbiran :
a) Politik
Pengasas dinasti Ayyubiyah
Pemimpin yang warak dan bertoleransi
Memperkuatkan  angkatan tentera
Ekspedisi ketenteraan
menentang  kerajaan Fatimiyyah di Mesir dan tentera Salib di Palestin
Menawan Kota Baitulmuqaddis
Dasar terhadap  penganut agama Kristian dan Yahudi
b) Sosial
Menampilkan  akhlak yang mulia  untuk dicontohi
Memulih  dan membangunkan  negara
Memajukan  bidang pendidikan
c) Ekonomi
Sektor pertanian
Sektor percukaian
d) Agama
Menerapkan  semangat jihad
Menjadikan  ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah  pegangan rasmi negara  Mesir menggantikan fahaman  syiah
Kecintaan terhadap Islam khasnya  al-Quran dan Hadis.[2]


[1]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,83.
[2] “Pertahanan dan Pembukaan Wilayah”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),34.

Khamis, 4 Februari 2016

Jihad zaman Nabi Muhammad SAW, Khalifah al-Rasyidin abad ke-7

1.7O    OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pengertian Jihad
Kamus Dewan mentakrifkan jihad ialah suatu peperangan yang suci melawan orang-orang kafir kerana mempertahankan agama Islam atau perang sabil dan penentangan atau perlawanan terhadap anasir-anasir yang hendak merosakkan agama Islam.[1]
Dari segi bahasa jihad bererti  kesulitan  atau beban atau kesungguhan dan keupayaan terakhir.Perkataan al-Jahdu dan al-Jihad  menurut  pengertian  bahasa Arab adalah  pengerahan  segenap tenaga  manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau menolak sesuatu yang dibenci.

Menurut  istilah  syarak pula, makna jihad ialah perang  dan membantu  semua persiapan perang. Setiap mazhab mempunyai  pandangan  yang berbeza  tentang jihad.Misalnya, Mazhab Hanafi mentakrifkan jihad  sebagai mengajak orang kafir ke dalam pelukan Din al- Haq dan memerangi  mereka jika mereka menolak. Menurut pandangan Mazhab Hanafi  pula,jihad adalah mengerahkan  segala  kemampuan  dan tenaga dengan melakukan  perkara perang fi sabilillah baik dengan diri, harta,mahupun  lidah.

Sementara Mazhab Syafie pula menjelaskan jihad sebagai berperang  dijalan Allah SWT dan mengerahkan  segala  kemampuan untuk memerangi  orang-orang  kafir. Oleh itu, dengan erti kata yang luas, jihad bolehlah dimaksudkan sebagai berjuang menegakkan  kebenaran  melalui cara yang diredai-Nya, diistilahkan juga sebagai fi sabililIah.[2]

  Jenis –jenisjihad:
a) Jihad nyawa dan tenaga
b)  Jihad harta benda
c)  Jihad pemikiran, lisan dan penulisan
d) Jihad mempertahankan  kebenaran
e) Jihad melawan hawa nafsu / syaitan  (zahit dan batin)
0  Jihad melawan musuh kafir harbi dan golongan riddah
g) Jihad menentang  golongan munafik
h) Jihad menuntut ilmu dan menghapuskan  kejahilan
i)  Jihad menentang  kemungkaran dan kezaliman
j)  Jihad ekonomi  - membasmi kemiskinan  dan kemunduran
k)  Jihad politik
- Dawlah  Islamiah - menegakkan  masyarakat dan syiar Islam
 Kepentingan  jihad dalam gerakan  dakwah Islamiah.
 Syahid.[3]

  Jenis –jenis jihad:
a) Jihad nyawa dan tenaga
Jihad nyawa  dan tenaga merupakan jihad yang paling utama, iaitu melalui  pengorbanan  jiwa dan raga.Lazimnya  jihad  sebegini  ialah jihad di medan perang  dan mereka yang terkorban  diistilahkan  sebagai  syahid.Contohnya,  Saidina  Hamzah telah gugur atau syahid  di medan Perang Uhud.
b)  Jihad harta benda
Pengorbanan  wang dan harta juga termasuk  dalam jihad fi sabillah.Bagi golongan  kaya, mereka boleh menyumbang  harta bagi menyokong usaha jihad golongan yang berperang di medan perang.Contohnya, Saidina Abu Bakar al-Siddiq  menyerahkan  semua hartanya demi menegakkan  syiar Islam.
c)  Jihad pemikiran, lisan dan penulisan
Idea yang bernas dan positif  serta memberi manfaat kepada masyarakat dan negara tergolong dalam ciri-ciri jihad di jalan Allah SWT.Contohnya,  Salman  al-Farisi  yang telah menyumbangkan  idea bagi pembinaanparit  dalam Perang  Khandak.[4]
d) Jihad mempertahankan  kebenaran
Umat Islam juga digalakkan menentang kemungkaran  dan kezaliman  dalam  sesebuah pemerintahan.Oleh  sebab  itu, segala  kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah  ditentang  sama ada melalui perbuatan, perkataan ataupun dengan  hati.Terdapat  dalil daripada al-Quran  yang menggesa  umat manusia melakukan  kebaikan,  iaitu surah al-Baqarah  ayat l12,"Tidak,  barang siapa yang menyerahkan  diri sepenuhnya kepada jalan Allah dan dia berbuat baik akan mendapat pahala di sisi Tuhannya  dan tidak  ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati'.
e) Jihad melawan hawa nafsu / syaitan  (zahit dan batin)
  Berjihad melawan  nafsu ialah jihad yang paling tinggi  darjatnya  di sisi Islam.Melaluinya  seluruh tenaga disalurkan  supaya menuruti  jalan (manhaj) yang digariskan  oleh Allah SWT.Perjuangan melawan  nafsu dalam diri setiap individu Muslim adalah fardu ain.Mencari petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu tergolong dalam jihad melawan  nafsu, iaitu berusaha tunduk dan patuh untuk beramal  kepada ajaran Islam, menyebarkan  dakwah Islamiah serta sabar di atas segala ujian dan cabaran  yang diterima.[5]
0  Jihad melawan musuh kafir harbi dan golongan riddah.
Sikap dan keputusan Khalifah Abu Bakar terhadapgolongan murtad  merupakan satu sikap yang sangat terpuji kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam. Keputusan Khalifah Abu Bakar bertegas memang tepat kerana sekiranya berlembut dengan golongan murtad maka ramai lagi kabilah Arab lain tidak akan membayar zakat. Walhal zakat merupakan salah satu rukun Islam yang lima dan sumber utama ekonomi umat Islam.[6]
g) Jihad menentang  golongan munafik
Jihad dalam  kategori ini bermaksud menentang  golongan  yang berselindung  di sebalik  nama Islam.Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan berkenaan golongan  munafik  ini. Misalnya,  dalam  surah ol-Munafiqun  yang menjadi panduan kepada umat Islam sewaktu berhadapan dengan golongan  ini.Antara dalil al-Quran yang  terdapat  surah at-Taubah ayat73 yang menyeru kepadajihad ke atas orang kafir dan munafik ialah"Wahai
Nabi, berjihadlah  menentang orang-orang  knfir dan orang-orang munafik,  dan bertindak keras terhadap  mereka".
h) Jihad menuntut ilmu dan menghapuskan  kejahilan
Selain berjihad di medan perang, umat manusia  juga disyariatkan berjuang  dalam  bidang keilmuan. Ini penting bagi memastikan umat  Islam tidak ketinggalan dalam  setiap lapangan.
Umat Islam digalakkan mempelajari segala ilmu yang bermanfaat sama ada fardu ain seperti fikah dan tauhid atau fardu kifayah seperti sains, perubatan dan kejuruteraan.Tujuannya  supaya  umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain, bahkan fardu kifayah boleh menjadi  wajib sekiranya tidak ada orang Islam yangunempelajarinya.




[1]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 124.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,75.
[3]“Pertahanan dan Pembukaan Wilayah”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),29.
[4]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014)  ,72.
[5]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,76.
[6]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 140.

Rabu, 3 Februari 2016

Huraikan struktur pemerintahan pusat dan wilayah pada zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniah pada abad ke-16M hingga abad ke-17M.[20M]

. Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul pada tahun 1281 M Sepanjang kekuasaan kerajaan ini, terdapat 37 orangpemerintah yang menggunakan gelaran sultan.Antara
sultan yang terkenal ialah Sultan Muhammad al-Fatih dan Sulaiman al-Qanuni. Sepanjang kekuasaan kerajaan ini,banyak aktiviti peluasan kuasa dijalankan.Sejarawan mencatatkan ketika pemeriniahan Sultan Sulaiman al-Qanuni jajahan takluknya meliputi kawasan seluas 644 000 km persegi. Kejayaan kerajaan Uthmaniyah ini disokong dengan pembentukan sistem pentadbiran pusat yang mantap dan pentadbiran wilayah yang sistematik.

Pentadbiran Peringkat Pusat
sultan merupakan individu yang mempunyai kuasa tertinggi dalam bidang- agama politik dan kewangan. Kekuasaan seseorang sultan juga dapat digambarkan melalui penggunaan gelaran seperti 'Khalifah Allah di Muka Bumi oleh Sultan Murad I setelah baginda berjaya menawan Adrianople.
. Sultan dibantu oleh Wazir Agung yang bertindak sebagai ketua pentadbir dan penasihat sultan. Wazir Agung atau Wazir Besar ini merupakan ketua kepada para menteri (wazir) dan amir. Kanunname mencatatkan Wazir Agung merupakan ketua segala hal ehwal pentadbiran. Individu yang dilantik memegang jawatan tersebut akan dianugerahkan cop mohor sebagai simbol wakil sultan.
. Wazir Agung dibantu oleh tiga orang hakim tentera, dua orang Beylerbey (ketua turus tentera sultan), dua orang Defterdar yang bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran kewangan, seorang Agha (wakil tentera darat), seorang Laksamana, dan seorang Nishanji bagi monogram sultan.
. Pada zaman pemerintahan Sultan Salim I, jawatan mufti (Shaykh al-Islam) telah diwujudkan.
Pentadbiran mufti berpusat di Istanbul. Tugas utamanya mengeluarkan fatwa dalam semua aspek agama. Mufti juga bertanggungjawab mengeluarkan fatwa berkaitan dengan peperangan sama ada dengan musuh bukan Islam atau musuh kerajaan (dalam kalangan orang Islam). Mufti juga diberikan hak untuk melantik para pegawai yang berkhidmat di istana.

Pentadbiran peringkat wilayah
Memandangkan sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Uthmaniyah mirip pentadbiran
Byzantine, setiap wilayah akan ditadbir oleh gabenor wilayah yang bertanggungjawab mentadbir tanah kurniaan yang agak luas yang akan dikendalikan oleh para petani.
. Kadi merupakan ketua agama bagi setiap daerah. Tugasan utama pegawai berkenaan mengendalikan hukum jenayah dan sivil berdasarkan syariah Islam yang berpandukan al-Quran dan hadis.
Multezim diberikan tanggungjawab mengutip semua cukai dari kawasan-kawasan tertentu. Kewujudan jawatan ini pastinya akan dapat meningkatkan pendapatan kerajaan sekali gus dapat dimanfaatkan untuk mengekalkan kekuatan dan kestabilan negara serta menjamin ekspedisi perluasan kuasa dijalankan.
Golongan intelektual Muslim bertanggungjawab dalam pengurusan wakaf untuk menyokong perkembangan sekolah, hospital dan pendidikan golongan belia serta pentadbiran keadilan.
Bagi memastikan keselamatan dan kekuatan kerajaan Uthmaniyah pada peringkat pusat, kekuatan tentera tidak diabaikan. Oleh itu, bagi mendapat sokongan, tentera yang berkhidmat
secara peribadi kepada sultan akan dianugerahkan tanah. Contohnya, semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad II.

Kesimpulannya,tidak dinafikan pentadbiran pusat yang sistematik dan mantap khususnya pegawai yang membantu sultan dalam mentadbir kerajaan telah berjaya mengukuhkan kekuatan kerajaan Uthmaniyah.Kepimpinan berwibawa para pemerintah telah menyebabkan kerajaan ini dapat muncul sebagai sebuah kuasa besar sebelum abad ke-19 M.