Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kerajaan Nasriyah diasaskan
oleh Muhammad Yusuf bin Nasr yang dikenal sebagai Ibn al-Ahmar pada tahun
1235M.Pusat pemerintahan di Granada,
selatan Sepanyol. Granada ialah wilayah yang didiami oleh orang Islam Sepanyol
apabila wilayah lain didduduki oleh pemerintah Kristian dan Yahudi.[1]Ibn
al-Ahmar menggunakan gelaran Amir. Amir mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kerajaan Kristian bagi memastikan kestabilan
pemerintahannya. Kerajaan Nasriyah diperintah oleh 22 orang
amir (sultan).[2]
a)Pusat pemerintahan di
Granada.
Ibn Amar telah mengistiharkan
dirinya sebagai amir dan memilih granada sebagai pusat pemerintahannya.Kemudian
beliau berpindah ke Granada dan sedikit demi sedikit beliau meluaskan sempadan
sehingga menjadi negara yang mengandungi tiga wilayah besar iaitu Granada,
Almeria dan Malaga. Kawasan ini sempadannya memanjang hingga ke Laut Mediterranean
dan Selat Gibaltar dengan Granada dijadikan ibu negara.
Penguasaan terhadap Almeria dan
Malaga memperkukuhkan kedudukan negara ini kerana kedua-dua bandar tersebut
memainkan peranan yang penting dalam aktiviti perdagangan dan marin.[3]
b)Pengasas kerajaan Nasriyah
adalah Muhamad bin Yusof bin Nasr (Ibn al-Ahmar)
Kerajaan Nasriyah diasaskan
oleh Muhammad bin Yusuf bin Nasr yang dikenali sebagai Ibn al-Ahmar pada tahun
1235M berpusat di Granada, Selatan Sepanyol.
c)Ibn al-Ahmar menggunakan
gelaran Amir.
d)Amir mengamalkan dasar
berbaik-baik dengan kerajaan Kristian bagi memastikan kestabilan
pemerintahannya.Oleh sebab cabaran pihak Kistian amat hebat, akhirnya pada
tahun 1246, Ibn al-Ahmar telah menandatangani perjanjian dengan pihak Kristian.
Menurut perjanjian tersebut, Ibn al-Ahmar sanggup membayar ufti dan bersetuju menyerahkan Jaen, Arjona,
Porcuna, Priego, Higuera dan La Fontera kepada Castille di bawah Ferdinand II.
Tindakan yang diambil oleh Ibn al-Ahmar ini bertujuan
menyelamatkan kedudukannya sebagai pemerintah tunggal di Granada dan menjamin
pengekalan pemerintahan kerajaan Nasriyyah di Andalus.[4] Pada zaman pemerintahannya antara tahun
1344-1396M, kerajaan Nasriyah mencapai zaman kegemilangan dengan terbinanya
Istana alHambra yang menjadi lambang seni bina Islam di Sepanyol.[5]
e)Kerajaan Nasriyah diperintah
oleh 22 orang Amir (sultan).[6]
Kerajaan Bani Nasr atau
Nasriyyah dipenrintah oleh seramai 22 orang sultan bermula dari tahun 1232 M
hingga 1492M. Pada peringkat awal sultan-sultan kerajaan Nasriyyah berusaha
bersungguh-sungguh untuk menstabilkan kedudukan politik dan pentadbian negara.Bermula
abad ke-14M, kerajaan Nasriyyah mengalami keruntuhan yan berpunca daipada
peebutan kuasa. Akibatnya kerajaan Nasriyyah berpecah kepada dua kumpulan iaitu
golongan yang anti-Kristian dan golongan elit, petani dan pedagangan yang
bencikan peperangan. Kemuncak permasalahan berlaku dalam kerajaan Nasriyyah pada
tahun 1390-an.Orang Kristian mengambil kesempatan melancarkan gerakan
menyelamat Sepanyol daripada kekuasaan Islam di bawah pimpinan Isabella dai
Aragon dan Ferdinand dari Castile. Pada tahun 1492M, kerajaan Nasriyyah
menyerahkan Ganada kepada orang Kristian. Dengan ini, tamatlah pemerintahan
kerajaan Islam di Sepanyol.[7]
[1]Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam
Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 113.
[3] Mohd
Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong
,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,
(Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2015), 109.
[4] Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014) ,66.
[5]Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam
Penggal 2, 113
[7] Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam
Penggal 2, 113.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan