PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH KHALIFAH UTHMANIAH ABAD KE-16-17M.
LATAR BELAKANG KERAJAAN UTHMANIAH
Kerajaan Uthmaniyah memerintah
dari tahun l28l hingga 1924. Pada tahun 1453, pemerintahannya berpusat di
Istanbul. Kerajaan ini ditubuhkan selepas tentera Mongol berjaya menakluk
kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin
Ertughrul. Setelah itu, pemerintahan kerajaan ini diteruskan oleh 38 orang
khalifah lagi. Antara pemerintah Uthmaniyah yang terkenal ialah Urkhan,
Muhammad II dan Sulaiman II.[1]
STRUKTUR PEMERINTAHAN KHALIFAH TURKI UTHMANIYAH
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Sultan merupakan individu yang
mempunyai kuasa tertinggi. Pada peringkat awal, sultan terdiri daripada para
amir yang menjadi tuan tanah dalam kerajaan Saljuk. Umpamanya, ialah Murad II,
yang menggunakan gelaran Sultan al-Baraiun wa al-Bahrain. Sultan memegang kuasa
tertinggi dalam bidang agama,politik, pentadbiran dan kewangan.
Sultan dibantu oleh Wazir Agung
yang bertindak sebagai ketua pentadbir dan penasihat sultan. Dalam Kanunname,
bidang kuasa Wazir Agung dinyatakan amat luas. Beliau merupakan ketua segala
hal ehwal pentadbiran. Beliau juga memiliki cop mohor sebagai simbol wakil
sultan.
Wazir Agung dibantu pula oleh:
(a) tiga orang hakim tentera.
(b) dua orang Beylerbey (ketua
turus tentera sultan).
(c) dua orang Defterdar
(bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran kewangan).
(d) seorang Agha (waktl tentera
darat).
(e) seorang Laksamana.
(f) seorang Nishanji bagi
monogram sultan.[2]
Pada zaman pemerintahan Sultan
Salim I, jawatan mufti (Shaykh al-Islam) telah diwujudkan. Tugas utamanya ialah
mengeluarkan fatwa dalam semua aspek agama termasuk keputusan
berperang sesama orang Islam.
Mufti juga diberikan hak melantik pegawai-pegawai istana di ibu kota Istanbul.
Kadangkala sultan turut
campurtangan daram soal fatwa, misalnya ketika menentang ajaran Syiah bagi
tujuan menjaga keamanan negara.Mufti juga diberikan hak merantik
pegawai-pegawai istana di ibu kota Istanbul.
Penubuhan kerajaan Uthmaniyah
telah diasaskan mengikut sistem feudal yang ditiru daripada kerajaanByzantine.
Sistem pemerintahannya juga turut dibantu oleh golongan tentera yang dikenali
sebagai fief. Fief merupakan tentera asasi kerajaan Uthmaniyah.
Fief yang berjasa dikurniakan tanah.
Tanah-tanah tersebut dikendalikan oleh para petani. Tanah kurniaan ini telah
menghasilkan antara 3000-20 000 asper. Asper ialah mata wangperak.[3]
Fief yang berkhidmat secara peribadi
dengan sultan diberikan tanah yang lebih luas (ziamet) dan hasilnya mencapai
100 000 asper. Tanah kurniaan yang lebih
luas (khass) diberikan kepada gabenor wilayah. Tanah kurniaan di Eropah
menyediakan sebanyak 80 000
ekor kuda, sementara di Asia 50
000 ekor kuda.
Senjata yang.digunakan oleh fief ialah
tombak, pedang, panah dan perisai. Pakaian mereka ialah baju dan serban serta
menunggang kuda.Mereka ini dikelompokkan di bawah beberapa orang ketua yang
membawa bendera (Sanjak atau Liwa,). Ketua ini dilanggil bey.
Antara bey ada beberapa orang beylerbey;
terbesar iaiah beylerbey Anatolia dan kedua ialah Beylerbey Rumali di
Eropah.Beybey ini juga memakai gelaran Pasha.Beylerbey merujuk kepada ketua
turus tentera sultan yang mempunyai kuasa yang sangat luas, malah putera
mahkota terpaksa tunduk kepadanya.
Sistem feudal runtuh setelah kerajaan
Uthmaniyah bertambah luas dan sultan terpaksa menyerahkan kuasa tanah fief
kepada Belerbey. Pihak Belerbey telah menyalahgunakan kuasa dengan bertindak
memberikan tanah fief kepada mereka yang
menyokongnya dan merampas fief daripada orang yang melakulan kesalahan
kecil.
Penyalahgunaan kuasa ini telah dihapuskan
semasa pemerintahan sulaiman al-Qanuni menerusi Kaiunname (1530 M). Walau
bagaimanapun, sistem tanah fief ini diteruskan tetapi syarat syaratnya
diketatkan.
Lama-kelamaan tentera feudal
telah digantikan dengan tentera upahan yang menggunakan senjata yang lebih
canggih termasuk menggunakan meriam
besar bermula pada akhir abad ke-16 M. Tentera thmaniyah di peringkat awarnya
terdiri daripada empat pasukan (skuadron menyamai 120-200 orang) yang diasaskan
oleh Orkhan sendiri. Bilangannya kemudian bertambah sehingga 11500 orang bagi setiap skuadron
(1534 M).[4].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan