Kerajaan Khulafa' al-Rasyidin
terbentuk secara rasmi pada tahun 632 apabilaAbu Bakar al-Siddiq dipilih oleh
umat Islam sebagai khalifah pertama.Kerajaan ini diperintah oleh
empat orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w, iaitu Khalifah Abu Bakar
al-Siddiq,Khalifah Umar bin al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah
Ali bin Abi Talib.Gelaran Khulafa' al-Rasyidin
digunakan kerana mereka meneruskan dasar kepimpinan NabiMuhammad s.a.w.
Struktur pentadbiran
kerajaan Islam Madinah pada zaman Khul afa' al-Rasyidin
Madinah menjadi pusat
pemerintahan dan pentadbiran. Masjid Nabawi menjadi lokasi perbincangan dan
penggubalan dasar pemerintahan dan pentadbiran; amalan syura dilaksanakan untuk
membincangkan dasar pemerintahan dan pentadbiran negara.
Khalifah merupakan individu
yang paling berkuasa. Walau bagaimanapun
kekuasaannya
tidak bersifat mutlak. Khalifah
boleh membuat ijtihad seatdainya ada perkara penting yang perlu diputuskan yang
tidak terdapat di dalam al-Quran dan hadis.
Sesuatu dasar diputuskan
melalui kaedah syura, iaitu keputusan yang dibuat berdasarkan suara majoriti
(mewarisi apa yang dipraktikkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w). Semasa
pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi
dan berfungsi secara formal.
Anggotanya dilantik daripada
kalangan para sahabat yang berpengalaman dan berperanan sebagai badan penasihat
khalifah.
Selain berperanan sebagai
ketua eksekutif dan perundangan, khalifah juga merupakan panglima tertinggi
dalam Pentadbiran. Pada peringkat pusat, ibu pejabat baitulmal telah didirikan.
Segala sumber pendapatan dan laporan kewangan daripada tanah jajahan akan
dihantar melalui gabenor setiap wilayah kepada khalifah setiap tahun.
.
Pada peringkat wilayah,
pentadbiran diketuai oleh gabenor. Setiap wilayah akan diketuai oleh gabenor
yang akan dibantu oleh pegawai-pegawai lain seperti setiausaha dan pegawai
tertentu di beberapa buah jabatan seperti Setiausaha Tentera, Pegawai Cukai
(Sahib al-Kharaj), Pegawai Polis (Sahib al-Syurtah), Pegawai Perbendaharaan
Negara (Bait al-Mal) dan seorang kadi.
Individu berkenaan dilantik memegang jawatan diperjelaskan tentang bidang kuasa mereka agar tidak berlaku kekeliruan kelak.
Mereka juga wajib melaporkan
jumlah harta sebelum dan setelah selesai menjalankan tanggungiawab.
Di setiap wilayah, didirikan cawangan baitulmal bagi memudahkan urusan pendapatan dan perbelanjaan negara. Selain itu, pentadbiran baitulmal juga diwujudkan pada peringkat pusat bagi mengendalikan urusan kewangan negara.
Kesimpulannya,.sistem
pentadbiran yang dipraktikkan pada zaman Khulafa' al-Rasyidin merupakan sistem
yang dikemaskinikan daripada apa yang pernah diamalkan pada zaman Nabi Muhammad
s.a.w.Struktur pentadbiran kian
sistematik apabila Khalifah Umar bin al-Khattab menerajui pemerintahan negara
Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan