OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pemerintahan Pusat dan wilayah
kerajaan Andalusia abad ke-13M
Pemerintahandi Andalusia
ditadbir oleh amir atau khalifah. Ami berkuasa melantik wakil-wakilnya untuk
mentadbir wilayah. Gabenor Jeneral adalah wakil amir yang bertangungjawab
melantik para pegawai untuk membantu pentadbiran.[1]
Pemerintahan Bani Umayyah di Andalusia
terbahagi kepada dua peringkat;
a)Peringkat pertama para
pemerintah bergelar Amir (756-912)
b)Peringkat kedua para
pemerintah bergelar khalifah. 912-1002M.
Selepas tahun 1002M, kerajaan
Bani Umayyah di Andalusia mengalami kemerosotan dan berakhir pada 1031M.
Kesannya muncul kerajaan-kerajaan kecil yang berpusat di pelbagai kota.
Pemerintahan di Andalusia
Pemerintahan di Andalusia ini
ditadbi oleh amir atau khalifah. Mereka berkuasa melantik wakil-wakilnya untuk
mentadbir wilayah-wilayah yang berada di bawah kekuasaannya. Gabenor Jeneral
iaitu wakil bagi khalifah bertanggungjawab melantik para pegawainya untuk
membantu mengendalikan urusan pentadbiran di Andalusia. Kerajaan Bani Umayyah
di Andalusia berakhir pada abad ke 11.Selepas ituAndalusia berpecah kepada 30
negara kecil yang berpusat di pelbagai kota seperti Cordova, Sevilla dan
Toledo.Pada abad ke-13 kerajaan Islam di Andalusia berada dalam keadaan
kelemahan dan menghadapi asakan hebat daripada pihak Kristian yang berusaha
merebut kembali wilayah-wilayah di Andalusia daripada umat Islam.[2]
1.Pemerintahan dan pentadbiran pusat kerajaan
al-Muwahhidun
Sistem pemerintahan amir dalam
kerajaan Muwahhidun :
Pusat pemerintahan di Maghribi.Para amir kerajaan al-Muwahhidun
menggunakan gelaran berunsur
Syiah seperti al-Mahdi,
al-Imam, alNasir dan al-Mansur.Amir
dilantik secara warisan (monarki).
Kerajaan al-Muwahhidun telah memerintah Andalus sehingga kerajaan ini
dikalahkan oleh tentera-tentera Kristian pada tahu 1212M.[3]
Pentadbiran kerajaan
al-Muwahhidun di peringkat pusat dan wilayah berasaskan perundangan daripadaMazhabMaliki Sistem pentadbiran
adalah teratur termasuklah sistem
pengurusan kewangan, perbendaharaan dan kehakiman.[4].Al-Mahdi
dibantu 10 orang berfungsi sebagai kabinetPemerintahan Dewan 50 orang (penasihat) dan Dewan 70 orang (Majlis Rakyat).Majlis tentera ditubuhkan
untuk menyelia hal ehwal ketenteraan.Amir menjalinkan hubungan
diplomasi.Akhir pemerintahan Muwahhidun, sebuah kementerian diwujudkan
untuk menguruskan hal ehwal para
penyair.[5]
Pentadbiran
kerajaan Nasriyah :
Kerajaan Nasriyah diasaskan
oleh Muhammad Yusuf bin Nasr yang dikenal sebagai Ibn al-Ahmar pada tahun
1235M.Pusat pemerintahan di Granada,
selatan Sepanyol. Granada ialah wilayah yang didiami oleh orang Islam Sepanyol
apabila wilayah lain didduduki oleh pemerintah Kristian dan Yahudi.[6]Ibn
al-Ahmar menggunakan gelaran Amir. Amir mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kerajaan Kristian bagi memastikan kestabilan
pemerintahannya. Kerajaan Nasriyah diperintah oleh 22 orang
amir (sultan).[7]
[1]
“Pemerintahan Pusat dan Wilayah”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),24.
[2] Mohd
Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong
,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,
(Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 106.
[3]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014) ,63.
[4]Mohd
Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong
,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,
(Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 108.
[5]Bentuk Pemerintahan”, dalam Modul Pengajaran dan
Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia,2013),25.
[6]Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam
Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 113.
[7]“Bentuk Pemerintahan”, dalam Modul Pengajaran dan
Pembelajaran STPM Sejarah,25.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan