Kewujudan sesebuah negara yang
dinaungi oleh kerajaan Islam berkait rapat dengan jizyah.Jizyah merupakan cukai
politik yang dikenakan ke atas golongan kafir dhimmi.Tujuan pelaksanaan cukai
ini adalah sebagai balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa orangorang
bukan Islam.Sumber jizyah ini sebenamya telah pun dipraktikkan pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w, namun pelaksanaannya lebih formal pada zaman Khulafa'
al-Rasyidin.
Pelaksanaan cukai jizyah ini sememangnya
amat ketara pada zaman Khulafa' al-Rasyidin berikutan banyak ekspedisi dakwah
dan ketenteraan dijalankan sama ada dalam mahupun luar Semenanjung Tanah
Arab.Melalui ekspedisi yang dijalankan ini, golongan kafir yang enggan menerima
agama Islamdiwajibkan membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah naungan
kerajaan Islam.
Zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar
al-Siddiq, kejayaan mengalahkan beberapa buah kawasan yang diperintah oleh
Parsi di Iraq telah menyebabkan penduduk seperti di Hirah, Anbar dan Ain
al-Tamar sanggup membayar jizyah sebagai simbol.berada di bawah naungan
kerajaan Islam Madinah.
Zaman Khalifah
Umar bin al-Khattab pula menyaksikan semakin banyak negara menyatakan
kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam.Mesir contohnya, sanggup
berada di bawah naungan kerajaan Islam setelah Amru bin al-As menghapuskan
penjajahan Byzantine di sana. Penduduk Baitulmuqaddis melalui pemimpinnya telah
menandatangani perjanjian damai dengan Khalifah Umar bin al-Khattab dengan
menyatakan kesanggupan membayar jizyah dengan syarat kerajaan Islam memberi
jaminan keselamatan jiwa,nyawa, harta benda, jaminan kebebasan beragama serta
amalan ibadat bagi semua penduduk di Baitulmuqaddis di samping bersedia
menyerahkan segala masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh penduduk
BaitulmuQaddis kepada pemerintahan Islam.
Selain itu, Syam, Palestin dan Jordan turut
sama menyatakan kesanggupan membayar jizyah berikutan kejayaan tentera Islam di
bawah pimpinan Khalid bin al-Walid dan Abu Ubaidah al-Jarrah mengalahkan
Byzantine dalam beberapa siri peperangan.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman
bin Affan pula, beberapa buah kawasan di utara Afrika menyatakan kesanggupan
berada di bawah naungan kerajaan Islam serta sanggup membayar jizyah.
Umpamanya, penduduk di kawasan Qairawan, Tripoli dan Nubah.
Pada zaman kerajaan Umayyah terutama
sewaktu pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik, kejayaan ekspedisi
ketenteraan merentasi benua Asia, Afrika dan Eropah telah menyebabkan beberapa
buah kawasan menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam.
Kempen ketenteraan di India di bawah
pimpinan Muhammad al-Qasim, bukan sahaja telah berjaya mengalahkan Raja Dhaha,
iaitu pemerintah Sind, malah kemaraan tentera Islam ke Multan telah menyebabkan
penduduknya menyerah diri dan bersetuju membayar jizyah dengan kadar tertentu.
Begitu juga dengan kejayaan ekspedisi
ketenteraan di Asia Tengah, Marw, Karminiyah dan Bukhara. Penduduknya yang
enggan menganut agama Islam sanggup membayar jizyah sebagai balasan atau
jaminan keselamatan daripada kerajaan Umayyah melalui Gabenomya, Qutaibah bin
Muslim dan saudaranya, Bahar bin Muslim.
.
Di Afrika Utara pula, kejayaan panglima
Musa bin Nusair mengalahkan bangsa Barbar dan Zeutes membolehkan beliau
menguasai Tangier dan Ceuta sekaligus membolehkan kerajaan Islam memungut cukai
jizyah dan menjadi batu loncatan kemaraan tentera Islam ke Andalus.
Kesimpulannya
naungan yang diperoleh daripada kerajaan Islam amnya akan
membawa kepada pengiktirafan negara-negara lain termasuk Parsi dan Byzantine
meskipun kerajaan ini mempunyai sikap anti-Islam.Melalui hubungan yang
dijalankan ini, legasi atau keunggulan kerajaan Islam telah terserlah
melangkaui sempadan geografi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan