1.7.1 Oleh-ahmad bin yaakob
Peperangan
Sesungguhnya Islam tidak
menggalakkan peperangan, namun setelah turunnya wahyu yang membenarkan umat
Islam mengangkat senjata, Nabi Muhammad s.a.w telah membentuk angkatan tentera
Islam yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar. Matlamat penubuhan
angkatan tentera hanyalah untuk mempertahankan negara, maruah serta kesucian
agama daripada dinodai gleh musuh khususnya golongan musyrikin Quraisy, Yahudi,
serta Rom dan Parsi.
Pada, zaman Rasulullah s.a.w
peperangan dalam lslam dapat dibahagikan kepada dua, iaitu sariyah merujuk
kepada tindakan menyekat rombongan para pedagang ataupun musuh-musuh Islam
serta ghazwah yang melibatkan peperangan secara besar-besaran dan disertai olen
Nabi Muhammad s.a.w sendiri.
Terdapat banyak sariyah
dilancarkan begitu juga peperangan yang tercetus seperti Perang Badar, Perang
Uhud, Perang Ahzab dan sebagainya yang ada memberikan kemenangan dan ada yang meninggalkan
kesan yang mendalam ke atas masyarakat dan negara Islam.[1]
sebab dan tujuan peperangan
mengikut Islam.
- Mempertahankan diri dan hak
- Mempertahankan kemuliaan agama
- Mempertahankan kedaulaan negara
- Menegakkan keamanan dan keadilan
- Menghapuskan golongan riddah
- Penyebaran dakwah.[2]
Etika Peperangan dalam lslam
Etika Peperangan dalam lslam ialah
mematuhi perintah Allah swt serta mencari keredaannya.[3]
1.Secara amnya, etika peperangan
dalam Islam terbahagi kepada tiga mengikut situasi, iaitu:
(a) etika sebelum peperangan.
(b) etika semasa peperangan.
(c) etika selepas peperangan.
2 Dalam usaha memenuhi misi-misi
peperangan, Islam telah menggariskan beberapa prinsip dan kaedah umum dalam
jihad atau dengan perkataan lain etika yang wajar dipatuhi oleh tentera Islam
sewaktu di medan perang.
Antara etika tersebut adalah:
(a) Harus mengajak manusia kepada Islam sebelum
memeranginya.
Hal ini telah dilaksanakan
ketika zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sewaktu menggempur wilayah Hirah. Beliau telah memberi tiga pilihan kepada musuh Islam, iaitu
menganut Islam, berdamai ataupun berperang.
(b) Membayar cukai jizyah
Pihak musuh yang enggan
menerima Islam tetapi sanggup berada di bawah naungan kerajaan Islam
dikehendaki membayar c:ukai jizyah. Ia sebagai simbol balasan kerajaan Islam
melindungi harta dan nyawa mereka.
(c) Memerangi musuh seandainya mereka diperangi terlebih
dahulu
Islam hanya membenarkan umatnya
mengangkat senjata seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Hal ini dapat dilihat
terutamanya ketika Perang Badar. Sewaktu itu, tentera
Islam hanya memrnggu serangan
musuh yang menceroboh, barulah peperangan secara besar-besaran dilaksanakan.
(d) Mentaati arahan pemimpin atau ketua
Merupakan salah satu etika yang
amat penting tatkala peperangan berlaku. Hal ini bertujuan memastikan segala perancangan
memberikan impak yang positif. Contoh yang paling jelas ialah kekalahan tentera
Islam dalam Perang Uhud pada tahun 3 H akibat daripada tentera Islam tidak akur
dengan arahan pemimpin (kecuaian pasukan pemanah meninggalkan
posisi yang ditetapkan).
(e) Tidak boleh memerangi orang
kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya
Dalam ekspedisi peperangan
tentera Islam, golongan kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi
atau pendeta tidak boleh diperangi. Berdasarkan etika inilah golongan-golongan ini
tidak dikenakan jizyah pada zaman Khulafa' al-Rasyidin kerana dianggap tidak
mengancam keselamatan negara Islam.
(f) Dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar
rumah kecuali darurat
Ini menunjukkan betapa Islam
mementingkan keamanan serta kesejahteraan kepada masyarakat seluruhnya. Ini
terbukti ketika peristiwa Rasulullah s.a.w mengepung kota Ta'if, harta-harta musuh
Islam langsung tidak diusik.
(g) Tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah
Sesuai dengan pilihan-pilihan
yang diberikan kepada seteruseteru Islam, maka Islam menetapkan etika tidak
boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir dhimmi atau
mereka yang sudah mengikat
perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.
(h) Melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan
musuh
Antara larangan tersebut ialah
tentera tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang terbunuh, sebagaimana
tindakan yang dilakukan oleh Hindun binti Utbah terhadap jasad Saidina Hamzah,
bapa saudara Rasulullah s.a.w di medan Perang Uhud.
(i) Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib
ditaati
Oleh sebab itulah ketika Perjanjian
Hudaibiyah dimeterai pada tahun 6 H, meskipun fasal-fasal dalam perjanjian itu seolah-olah
memberikan kelebihan kepada musuh Islam, namun Rasulullah s.a.w mempunyai misi
yang tersendiri.Sikap musuh Islam yang melanggar gencatan senjata yang dipersetujui
membolehkan Rasulullah s.a.w mengetuai tentera Islam membuka kota Makkah pada
tahun 8 H.
j. Tawanan perang akan dilayan dengan baik
Ia merupakan salah satu kaedah
berdakwah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Meskipun ada cadangan daripada
para sahabat agar musuh-musuh Islam yang ditawan dalam Perang Badar dibunuh,
Rasulullah s.a.w tidak menerima cadangan itu sebaliknya baginda menggunakan
kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu
pengetahuan serta sejumlah wang tertentu. Ternyata kaedah inilah yang berjaya
menarik ramai musuh Islam menerima agama Islam.
[1]Mahayudin
Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini(Shah
Alam:Oxford Fajar,2014),78.
[2] “Peperangan”,
”, dalam
Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia,2013),31.
[3] Mohd
Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong
,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,
(Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 122.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan