1.Latar belakang Salahddin al-Ayyubi
Pendahuluan
Salahuddin al-Ayyubi merupakan tokoh yang
bertanggungjawab membebaskan kota Baitulmuqaddis daripada kekuasaan orang Barat.Ketika
tercetusnya Perang Salib, nama dan kepimpinan beliau amat digeruni oleh tentera
salib terutamanya setelah berjaya menawan semula beberapa buah wilayah
kera-jaan Islam. Beliau juga pernah terlibat dalam peperangan di Mesir,
Palestin, dan Syria.
(a) Menentang
tentera salib
Pada tahun I 164 M, Salehuddin al-Ayyubi telah menyertai
ekspedisi ketenteraan Syria bersama bapa saudaranya, Shirkuh yang dihantar oleh
Khalifah Nur al-Din. Mereka berjaya menewaskan tentera Salib yang berada di
bawah pimpinan Amaury I Setelah Shirkuh meninggal dunia, Salehuddin al-Ayyubi
telah dilantik sebagai panglima angkatan tentera Syria. Pelantikan ini menjadi
titik tolak kepada kegemilangan dan kemasyhurannya.
(b) Menawan kota Baitulmuqaddis
Salahuddin al-Ayyubi menjadikan Ra'su al-Ma' sebagai
pusat gerakannva menuju ke Busra diikuti Karak, Syubak, dan Tabariah. Ketika
pertempuran di Hittin, kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Kemaraan
tentera Salehuddin al-Ayyubi tidak dapat dikekang lagi apabila beliau
berhadapan dengan Raja Baitulmuqddis yang hanya dikawal oleh 150 orang
pahlawannya sahaja.Salehuddin al-Ayyubi mengarahkan Raja Baitulmuqaddis, iaitu
Gui of Lusignan dan pemerintah Karak iaitu Raynald supaya menghadapnya. Beliau
kemudiannva telah memancung kepala Raynald kerana sikap biadab pemerintah Karak
tersebut terhadap Nabi Muhammad SAW dan umat Islam.
(c) Mengamalkan dasar tolak ansur terhadap penganut
Kristian
Meskipun orang
Islam berjaya menguasai Baitulmuqaddis, namun orans Kristian tetap diberikan
peluang mengunjungi kota suci tersebut.Melalui perjanjian damai yang dimeterai antara
Salehuddin al-Ayyubi dengan Richard The Lion Heart di Ramalah pada 2 November l192
M orang Islam bersedia memberikan kelonggaran kepada orang Kristian untuk
mengunjungi dan beribadat di Baitulmuqaddis
(d) Memulihkan dan membangunkan negara
Salahuddin al-Ayyubi mengarahkan pembinaan kubu Qal'ah
al-Jabal yang terletak di atas bukit bagi membendung saki-baki musuh yang masih
berada di dalam kota Kaherah. DiSinai, kubu yang hampir sama juga dibina di
samping membangunkan Pulau al-Raudah dan Pulau al-Gizah.
Ibn Jubair pernah menjelaskan pasar minggu yang besar
diadakan pada setiap hari Ahad. Bandar ini dilengkapi dengan kemudahan dan
tempat bersantai.Salehuddin al-Ayyubi telah mengubah sebuah dewan di istana
yang dibina oleh al-Aziz bin al-Muiz dengan menjadikannya sebuah hospital yang
dinamakan Bimaristan al-Atiq.Sebuah gedung ubatan disediakan bagi membolehkan
ubat diagihkan mengikut gred yang ditetapkan kepada para pesakit. Hospital
tersebut juga mempunyai ruangan khas untuk pesakit wanita. Jaring-jaring besi
juga dipasang sebagai pemisah bagi mengelak pesakit
mental mengganggu pesakit lain.
Memajukan
pendidikan
Sebagai individu yang mencintai ilmu pengetahuan, beliau
banyak membina sekolah dan menjemput golongan ulama dan cerdik pandai ke
negaranya. . Beliau memperkenalkan sistem pendidikan prasekolah yang dikenali
dengan nama sistem al-Katib. Mengikut sistem tersebut, kanak-kanak akan
mempelajari al-Quran, menghafal hadis, dan meningkatkan kemahiran seni khat.
Selain itu, mereka juga diajar tentang asas ilmu matematik, syair, kata-kata
hikmat, dan beribadat seperti solat berjemaah.
Memajukan
bidang ekonomi .
Dalam bidang ekonomi, negara memperoleh sumber pendapatan
yang pelbagai seperti jizyah yang dikenakan kepada golongan bukan Islam, fidyah
yang dibayar oleh tawanan perang untuk menebus diri, harta rampasan perang, dan
cukai tanah (kharaj). Cukai-cukai yang membebankan pada zaman kerajaan
Fatimiyyah dihapuskan seperti cukai yang dikenakan ke atas jemaah haji.
Beliau juga menumpukan perhatian terhadap sektor
pertanian seperti memberi tumpuan kepada penyediaan dan penyelenggaraan sistem
terusan serta teknik-teknik pertanian agar berlaku peningkatan produktiviti dan
mengelak kekurangan bekalan makanan.
Kesimpulannya,kejayaan Salehuddin al-Ayyubi
membebaskan semula Baitulmuqaddis merupakan bukti palingketara yang beliau
sentiasa berusaha untuk memartabatkan agama dan negara Islam.Rentetan daripada
kejayaan tersebut, beliau telah dapat melaksanakan pelbagai perancanganyang meliputi aspek politik, ekonomi, pendidikan, dan
kebajikan sosial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan