Selasa, 26 Januari 2016

Sumbangan Khalifah Umar Abdul Aziz

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
c)menilai sumbangan khalifah/ tokoh.
Khalifah Umar Abdul Aziz 683-720M
Khalifah Umar bin Abdul Aziz dilahirkan pada tahun 682/63 H di Madinah. Umar bin Abdul Aziz mempunyai pertalian darah keturunan Khalifah Umar bin al-Khattab melalui sebelah ibunya.Baginda meninggal dunia pada tahun720/l0l H.Baginda terkenal sebagai seorang yang warak dan patuh kepada ajaran agama Islam. Oleh itu, baginda berusaha melaksanakan dasar pemerintahan Islam seperti yang dilakukan oleh datuknya. Khalifah Umar bin al-Khattab.Umar dilantik menjadi pemerintah Umayyah kelapan pada tahun 717 hingga720M.[1]

Sumbangan Khalifah Umar Abdul Aziz
Pentadbiran berdasarkan al-Quran dan Hadis.
Beberapa perubahan berkaitan dasar pemeintahan kerajaan Umayah telah berlaku semasa pentadbiran beliau, terutama yang berkaitan  dengan pelaksanaan undang-undang Islam. Dasar pemerintahan beliau adalah bedasarkan al-Quran dan sunnah.Dasar pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz banyak dipengaruhi sifat beliau yang warak .Beliau juga tidak mengutamakan kemewahan duniawi. Pemerintahan beliau yang cemerlang disifatkan setanding dengan pemeintahan Khalifah Uma al-Khattab.Beliau dianggap oleh ahli-ahli sejarah sebagai Khulafa’ al-Rasyidin yang kelima.

      Dasar pemerintahan Umar Abdul Aziz dikatakan hampi sama dengan dasar pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, iaitu sangat mementingkan keadilan tanpa membezakan antara orang Arab dan bukan Arab. Semasa pemeintahan beliau kehidupan rakyat aman damai serta tidak ada pertelingkahan kaum yang terjadi seperti pada awal pemeintahan kerajaan Umayyah. [2]

Menghidupkan kembali amalan syura dalam pentadbiran.
Khalifah Umar Abdul Aziz menghidupkan kembali amalan syura dalam pentadbiran. Melalui konsep syura, beliau mengadakan mesyurat dalam membuat sesuatu keputusan. Khalifah Umar Abdul Aziz terlalu teliti dalam menguruskan  penjalanan pentadbiran agar tidak terpesong daripada konsep al-Quran dan Hadis. Segala keputusan dilakukan melalui mesyurat yang dihadiri oleh pegawai dan kakitangan kerajaan dan para sahabat.[3]

Dasar pelantikan gabenor dan pegawai kerajaan
Khalifah Umar Abdul Aziz berusaha menghapuskan segala bentuk kezaliman dalam pemerintahan Bani Umayyah. Contohnya mengambil semua harta rampasan perang yang dikuasai oleh keluarga Bani Umayyah dan dijadikan hak milik kerajaan. Beliau memecat pegawai dan kakitangan kerajaan yang zalim yang memerintah tidak mengikut al-Quan dan Hadis. Contohnya   Usman bin Zaid al-Tabikhi, Gabeno Mesir, Yazid bin Muslim, Gabenor Afrika Utara, Saleh Abdul Rahman Gabenor Iraq dan al-Harith bin Abdul Rahman, Gabenor Sepanyol.

Mengemaskini dasar luar negara dan polisi perluasan wilayah.
Sebaik sahaja Khalifah Umar dilantik sebagai khalifah, beliau telah mengarahkan supaya semua kegiatan peperangan dan penaklukan dihentikan. Tentera-tentera kerajaan yang sedang mengepung kota Constantinople diarahkan pulang. Begitu juga dengan tentera yang berada di kawasan bekas jajahan Byzantine. Dasar penarikan tentera dari medan peperangan dan memberhentikan peperangan serta penaklukan ini amat berbeza dengan dasar pemerintahan khalifah Umayyah sebelumnya.
Antara tujuan Khalifah Umar bertindak demikian adalah;untuk mewujudkan keamanan serta memberi peluang kepada tentera kerajaan berehat dan pulang ke pangkuan keluarga mereka.[4]

Pembaharuan ekonomi.
Beberapa dasar ekonomi baharu yang dijalankan oleh baginda juga telah berjaya memakmurkan masyarakat Islam pada zamannya. Pertama, melalui cukai tanah (kharaj). Tanah yang diperoleh melalui penaklukan akan menjadi hak milik bersama orang Islam. Hasil tanamannya pula akan dikenakan cukai oleh kerajaan.

Kedua, membezakan antara cukai jizyah dengan kharaj. Sebelum ini, seseorang individu perlu membayar kedua-dua cukai tersebut, namun semasa Khalifah Umar, cukai jizyah hanya
dikenakan ke atas orang bukan Islam manakala kharaj dikenakan kepada sesiapa yang memiliki tanah. Ketiga, memansuhkan semua jenis perayaan, upacara rasmi kerajaan, hadiah serta perbelanjaan lain yang membazir. Pelaksanaan dasar ekonomi baharu ini telah menjadikan kedudukan kewangan negara semakin kukuh.[5]

Mengadakan projek kebajikan untuk rakyat.
Khalifah Umar Abdul Aziz telah menyediakan kemudahan tertentu untuk rakyat seperti tali air, jalan raya, rumah rehat, rumah tumpangan, hospital dan rumah orang tua.Beliau berusaha menamkan sifat tolong-menolong dan kerjasama dalam kalangan umat Islam tanpa mengira status manusia. Semua kemudahan kerajaan tidak bolehdipergunakan untuk kegunaan peribadi atau keluarga, kecuali untuk rakyat.[6]  

Menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali bin Abi Talib dalam khutbah Jumaat.
Bagi mewujudkan hubungan baik dan perpaduan antara Bani Umayyah dengan keluaga Nabi Muhammad SAW dan golongan Shiah, Khalifah Umar Abdul Aziz menghapuskan cacian terhadap Khalifah Ali yang bermula sejak pemeintahan KhalifahMuawiyah bin Abu Sufyan. Cacian tersebut dibuat dalam khutbah Jumaat di masjid-masjid. Cacian ini sangat memalukan dan menjatuhkan martabat keluarga Nabi Muhammad SAW dan golongan Syiah.Kesannya golongan Shiah tidak berputus asa untuk menggulingkan pemerintahan Bani Umayyah. Perbuatan saling mencaci merupakan perbuatan keji yang ditegah oleh Islam kerana boleh memecah-belahkan perpaduan ummah Dengan penghapusan cacian tersebut, hubungan baik terjalin antara keluaga Nabi Muhammad SAW dengan Bani Umayyah dan penentangan  daripada golongan Syiah mulai berkuangan.[7]
k)Menghapuskan jawatan pengawal peribadi khalifah.
Pada zaman Rasulullah SAW dan Khulafa’ al-Rasyidin tidak terdapat pengawal peribadi yang bertugas menjaga keselamatan mereka. Keadaan membuka peluang kepada orang ramai untuk menemui mereka di mana-mana sahaja. Semasa pemerintahan Muawiyah, beliau telah mewujudkan pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan pemimpin. Namun pada zaman Umar Abdul Aziz penggunaan perkhidmatan tersebut telah dimansuhkan. Oleh itu rakyat boleh menemuinya pada bila-bila masa.[8]
l)Perkembangan ilmu pengetahuan.
Khalifah Umar Abdul Aziz amat menekankan dan mementingkan ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Selain itu beliau memberi penghormatan kepada golongan ilmuan. Beliau mengarahkan aga masjid dijadikan pusat penyebaan ilmu. Di sini beliau sering mengadakan majlis ilmu dan pertemuan dengan golongan ilmuan untuk mendapatkan pandangan dari mereka. Beliau turut mengarahkan pegawai-pegawainya supaya meluangkan masa bersama ulamak dan majlis-majlis ilmu yang dianjurkan.

      Bagi misi dakwah beliau menghantar 10 pakar perundangan Islam ke Afrika Utaa bagi mengajarkan ilmu Islam dan menyebarkan dakwah Islam di sana. Sebagai contoh Ismail bin Ubaidullah dihantar ke Afrika. Usaha dakwahnya berjaya dan berjalan dengan lancar apabila beliau dapat mengislamkan kaum Barbar.

      Beliau mengarahkan ahli bijak pandai supaya menterjemah ilmu-ilmu daripada bahasa Greek, Siryani dan latin ke dalam bahasa Arab.Beliau juga menggalakkan rakyat menuntut ilmu. Beliau memberi bantuan biasiswa kepada sesiapa yang ingin mendalami ilmu dan menyambung pelajaan meeka. Beliau mengarahkan para gabenor memberikan biasiswa kepada rakyat bagi menghidupkan budaya ilmu. Beliau kahlifah pertama yang meminta supaya hadis-hadis Rasulullah ditulis dan dibukukan sehingga lahir tokoh sepeti Urwah Ibn az-Zubair dalam bidang ilmu Hadis.[9]
m)Menggalakkan asimilasi perkahwinan antara Arab dan bukan Arab.[10]
Beliau juga menggalakkan asimilasi perkahwinan antara orang Arab dengan bukan Arab. Tujuannya adalah untuk memastikan masyarakat berada dalam keadaan aman dan stabil. Ini kerana, sebelum ini kedua-dua golongan sering bermusuhan akibat daripada dasar perkauman kerajaan Umayyah.[11]




[1] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini,55..
[2] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,53.
[3] Mahdi Shuid. Et.al, Teks STPM Sejarah Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi :Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd,2013),92..
[4] Ibid,55.
[5] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini,55.
[6 Mahdi Shuid. Et.al, Teks STPM Sejarah Islam Penggal 2,94
[7] Ibid,94.
[8]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,87.
[9] Ibid,,87.
[10] “Sumbangan Khalifah/Tokoh”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),17.
[11Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini,55..

Tiada ulasan: