Isnin, 28 November 2016

1.Jelaskan reaksi masyarakat Mesir terhadap perluasan kuasa Barat pada abad ke-19 dan ke-20. 20m.

Pendahuluan
- Tentera Perancis di bawah Napoleon Bonaparte telah menceroboh Mesir pada pertengahan tahun 1798 setelah menewaskan tentera kerajaan Mamluk yang memerintah Mesir ketika itu. Perancis menduduki Mesir selama tiga tahun.
- Selepas itu, British menceroboh Mesir pada tahun 1882.
Isi-isi penting
- Perancis yang muncul sebagai satu kuasa revolusi yang agresif telah berjaya menundukkan sebahagian daripada kerajaan beraja di Eropah. Namun begitu, Napoleon berasa belum puas selagi musuh utama Perancis iaitu Britain, sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan monarki ditewaskannya.
- Napoleon telah mengambil langkah untuk menakluk Mesir yang terletak di tengah-tengah jalan pelayaran bagi melemahkan ekonomi Britain. Dengan menundukkan Britain, Napoleon berharap menjadi pemimpin teragung di dunia. Bagaimanapun, kekalahannya di tangan Duke of Wellington menghancurkan cita-citanya itu.
- Pada bulan Mac 1801, tentera Turki Uthmaniyah yang turut dianggotai penduduk Mesir di samping bantuan daripada pihak British berjaya mengusir keluar tentera Perancis dari bumi Mesir. Tanpa bantuan tentera British, mungkin Perancis dapat bertahan lebih lama di Mesir.
- Sebelum meletusnya Pemberontakan Urabi (1881), di Mesir telah muncul dua golongan penentang terhadap penguasaan asing. Pertama, penentang yang terdiri daripada golongan awam yang terdiri daripada golongan bangsawan (pasha), ulama, dan tuan tanah. Kedua, ialah pegawai tentera Mesir (yang berketurunan Mesir asli yang dikenali sebagai Fellaftin ).
- Golongan awam berhasrat untuk menentang penguasaan asing ke atas bumi Mesir. Bagaimanapun, golongan kedua iaitu, pegawai tentera pegawai tentera Mesir menentang kepimpinan Turki-Circassia yang mempunyai taraf istimewa dalam bidang pentadbiran dan
ketenteraan.

- Apabila ada usaha untuk mengehadkan saiz tentera Mesir, ramai daripada pegawai berketurunan Fellahin yang diberhentikan perkhidmatan berbanding dengan pegawai tinggi tentera berketurunan Turki-Circassia yang dikekalkan jawatan mereka.
- Dua golongan ini (golongan awam dan pegawai tentera Mesir) telah bergabung mendokong dasar nasionalisme Mesir apabila bangsa Eropah menunjukkan permusuhan terhadap mereka.
Pergerakan ini bersatu di bawah pimpinan Kolonel Ahmed Urabi yang bercita-cita mengusir bangsa Eropah seluruhnya dari bumi Mesir.
- Urabi menubuhkan sebuah pertubuhan sulit dalam tentera bagi mengatasi masalah diskriminasi sosial, kemelesetan ekonomi dan keruntuhan akhlak masyarakat Mesir.
- Urabi dengan galakan daripada wakil pemerintah Turki Uthmaniyah di Mesir iaitu Khedif Ismail telah menubuhkan sebuah parti yang dikenali sebagai Parti Kebangsaan (Hizb al-Watani) yang berjuang menghapuskan pengaruh asing dalam pentadbiran Mesir, menjamin agar hutang piutang asing dibayar dengan syarat harta rakyat Mesir tidak dirampas serta menyeru agar kuasa Khedif dipulihkan kembali serta segala pendapatan daripada perkhidmatan kereta api Mesir dipulangkan kepada Kerajaan Mesir.
- Usaha tersebut tidak beriaya apabila pihak British dan Perancis bertindak balas hingga menyebabkan Sultan Abdul Hamid II' Sultan Turki Uthmaniyah didesak menfngkirkan Khedif Ismail dan digantikan puteranya sebagai Khedif baru, iaitu Taufik pada tahun 1879.
- Biarpun percubaan pertama menghadapi British tidak berjaya, tetapi golongan nasionalis ini tidak berputus asa. Pihak tentera terus mendapat sokongan daripada pegawai kerajaan, ulama yang tertindas, dan golongan Petani.
- Pada mulanya golongan nasionalis menuntut kepada pihak British hal-hal yang menjadi sungutan Pihak tentera, pemerintahan sistem perlembagaan, dan penubuhan sebuah parlimen yang tetap.
- Keadaan berubah menjadi lebih radikal apabla segolongan ahli Majlis menuntut supaya belaniawan Mesir dibahaskan dalam Majlis Para Pembesar Negara (Parlimen Mesir)' Kuasa Eropah yang diketuai British menolak tuntutan tersebut kerana bimbang kadar pemotongan cukai daripada pendapatan Mesir kepada kuasa-kuasa Eropah akan dicabar oleh golongan nasionalis Mesir.
- Sehubungan itu, British mendesak supaya Khedif Taufik menerima ketetapan pihak Barat. Perkembangan ini menimbulkan ketegangan. Rusuhan berlaku di hilir Mesir dan beberapa orang Kristian dibunuh.
- Pada akhir tahun 1881, Ahmed Urabi dan para penyokongnya telah mengambil alih kuasa daripada KhedifTaufik dan akhirnya Taufik meminta perlindungan daripada pihak British. Bagi
memulihkan keamanan dan menjaga kepentingan perdagangan dan pertahanannya, British mengambil keputusan untuk menceroboh Mesir secara langsung pada tahun 1882.
- Pada bulan Julai 1882, pihak berkuasa British telah menghantar Laksamana Seymor dengan angkatan tentera lautnya memaksa pihak nasionalis membubarkan pertahanan mereka di
iskandariah. Apabila tuntutan itu ditolak, tentera laut British pun membedil Iskandariah dan seterusnya menakluk Port Said, lsmailiah, dan bandar Suez.
- Urabi dan tenteranya cuba bertahan tetapi tidak dapat menahan asakan British. Mesir terus meniadi tanah British. Taufik kembali ke Mesir dan dilantik semula sebagai Khedif Mesir.
- Pemimpin nasionalis Mesir seperti Urabi telah dibuang negeri di Sri Langka. Muhammad Abduh yang menyokong perjuangan Urabi pula telah diusir ke Perancis.Dengan itu, Perlembagaan Mesir digubal pada tahun 1923, dan Ahmad Fuad memakai gelaran sultan iaitu Raja Fuad I. Melalui pilihan raya, Saad Zaghlul dilantik sebagai Perdana Menteri Mesir.
Kesimpulnnya,Pihak British berjaya membendung penentangan penduduk Mesir kerana kerajaan British terpaksa memberi keutamaan kepada isu-isu di Mesir disebabkan penguasaan Terusan Suez

yang merupakan laluan antarabangsa.

Bincangkan ciri-ciri sistem pendidikan Islam pada zaman kerajaan Umayyah dan Abbasiyah.20m

Rangka Jawapan
Pendahuluan
. Pendidikan dalam perspektif Islam merupakan suatu proses yang berlaku sepanjang hayat.
. Tidak dinafikan pendidikan Islam mengalami perkembangan pesat pada zaman kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah. Hal ini disebabkan penglibatan dan sikap pemerintah yang mencintai ilmu pengetahuan sama ada ilmu agama mahupun ilmu-ilmu berkaitan dengan keduniaan.
Isi-isi penting
. Sebagaimanazaman awal Islam, sumber utama pendidikan Islam ialah al-Quran yang merupakan suatu sumber yang sah dan hakiki, diikuti sunnah atau hadis. Selain itu, pendidikan Islam juga berpandukan kepada sumber akal dalam bentuk ijtihad dan qias bagi menjelaskan perkara yang tidak diterangkan secara jelas oleh sumber al-Quran dan sunnah.

      Sesuai dengan perkembangan semasa, pendidikan Islam pada zamar. kerajaan Umayyah dan
kerajaan Abbasiyah bertujuan untuk mewujudkan pembangunan yang seimbang antara aspek aqliah dan naqliahbagi membolehkan manusia mengenali pencipta-Nya serta mentaati segala perintah dan suruhan-NYa.

      Pendidikan Islam pada kedua-kedua kerajaan tersebut berlangsung secara forma| dan tidak
formal. pendidikan tidak formal berlaku dimasjid, manakala pendidikan formal berlangsung di
institusi yang didirikan oleh kerajaan seperti kuiabdan institusi pengajian tinggi serta madrasah
seperti Bait al-Hikmah di Baghdad.

      Kandungan kurikulum pendidikan yang terdapat pada kedua-dua kerajaan ini merangkumi ilmu naqli dan llmu aqli.Aniara ilmt naqli sepertitafsir, hadis, fikah, dan usuluddin' manakala ilmu aqii seperrifalsaiah, sejarah, bahasa (nahu), matematik dan ilmu alam.

    Ciri seterusnya pendidikan Islam pada zaman kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah ialah munculnya ulama-ulama tersohor yang menjadi tenaga pengajar di institusi pendidikan seperti Abdullah bin Abbas, Hassan al-Basri, wasil uin Ata" Imam Malik bin Anas' Imam Syafie'
Imam Abu Haniffah dan Imam Ahmad bin Hambal.

      Ciri pendidikan Islam lain yang ketara pada kedua-dua kerajaan ini ialah kewujudah kaedah
halaqah.Melalui kaedah ini, murid-murid akan berkumpul membentuk bulatan yang mengelilingi
guru; mendengar apa yang disampaikan oleh guru sambil menadah kitab yang menjadi bahan pembelajaran.

      Pada zaman kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah, pendidikan Islam mendapat sokongan padu daripada para pemerintah. Umpamanya , pada zaman kerajaan Umayyah, Khalifah umar bin Abdul Aziz telah mendirikan banyak masjid dan meneruskan pendidikan percuma di kuttab bagi golongan yang tidak berkemampuan. Pada zaman kerajaan Abbasiyah pula, muncul tokoh-tokoh pemerintah yang mencintai ilmu pengetahuan seperti Khalifah Harun al-Rasyid dan Khalifah al-Makmun.

      Ciri lain yang ketara pada sistem pendidikan kedua-dua kerajaan ini ialah kewujudan aktiviti
penterjemahan karya-karya asing khasnya daripada bahasaYunani. Di Baghdad,aktiviti tersebut giat dilakukan di bait al-Hikmah manakala di Nisabur, Universiti Nizamiyyah bukan sahaja berperanan sebagai institusi pengajian tinggi bagi umat Islam mendalami ilmu pengetahuan malah juga sebagai pusat penterjemahan.
Kesimpulan
Faktor utama yang membawa kepada perkembangan pesat sistem pendidikan pada zaman kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah ialah sokongan padu daripada pemerintah di sampingkemunculan golongan ulama yang menjadi tenaga pengajar.
Sumber ujukan-Mohd Zaki Ahmad, Score in SPM Sejaah Islam (500-1918) Keas 2 940/2 Keas Model, , (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,52-53.

Pendidikan di Zaman Kerajaan Umaiyah
 peranan institusi pendidikan pada zaman Kerajaan Umaiyah
          Pendidikan Islam menekankan pertumbuhan manusia yang seimbang dalam melaksana tugas sebagai seorang khalifah di muka bumi. Imam al Ghazali menjadikan ilmu pengetahuan sebagai antara syarat yang perlu dipatuhi seseorang calon khalifah. Khalifah Bani Umaiyah juga berminat dengan perkembangan pendidikan. Khalifah Muawiyah misalnya, akan membaca sampai sepertiga malam untuk mempelajari cerita-cerita bangsa Arab, peperangan dan cerita-cerita bangsa asing. Pelbagai institusi pendidikan dibina pada zaman pemerintahan kerajaan ini.
          Institusi pendidikan yang ditubuhkan pada awalnya ialah masjid. Banyak masjid dibina dan dijadikan pusat pendidikan seperti Masjid Amawiyin/Umawi di Damsyik, masjid di Kufah, Basrah dan Fustat. Khalifah Walid al Walid contohnya berusaha mengembangkan ilmu pengetahuan dengan menghapuskan buta huruf dalam kalangan umat Islam melalui pembinaan masjid dan kuttab. Masjid Amawiyin dibina selama lapan tahun dan dijadikan tempat beribadat serta tempat belajar kaum muslimin. Bilik-bilik disediakan sebagai tempat menyalin dan perbincangan pelajar. Guru-guru berkhidmat secara sukarela dan ada juga yang dibayar gaji. Kurikulum yang dipelajari ialah fardhu ain dan fardhu kifayah (bahasa, kesusasteraan, ilmu hisab).
         Istana khalifah juga dijaduikan pusat pendidikan ketika ini khasnya istana di Damsyik, Syria. bahan-bahan bacaan dalam bahasa Yunani diterjemah ke bahasa Arab. Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan contohnya sering mengundang para ulama dan cendekiawan ke istananya bagi membicarakan ilmu sejarah Arab, sejarah peperangan serta hal pentadbiran. Tumpuan diberi kepada pendidikan putera-putera khalifah dan anak-anak pembesar. Guru berpengalaman dijemput untuk mengajar di istana berkaitan sejarah, kesusasteraan, tatasusila, pidato serta moral.
          Seterusnya ialah institusi kuttab yang terbahagi kepada dua iaitu kuttab untuk orang awam yang dikenakan yuran pengajian dan Kuttab al Sabil khas untuk kanak-kanak miskin yang tidak dikenakan yuran pengajian. Fokus utama pembelajaran ialah pengajian al Quran serta asas-asas ilmu agama sebagai persediaan memasuki peringkat pendidikan lebih tinggi iaitu halaqah.
          Pengajian halaqah diadakan di masjid. Sistem pengajian tradisional ini berlangsung apabila pelajar berkumpul dalam bentuk bulatan mengelilingi guru sambil menadah kitab. Jangka masa pembelajaran tidak terhad namun semakin lama belajar, semakin tinggi ilmu seseorang. halaqah telah berkembang ke negara-negara Islam lain termasuk Nusantara.
          Jika dilihat dari aspek tenaga pengajar, guru-guru yang dipertanggungjawabkan memiliki tahap pengetahuan yang berbeza. Guru-guru yang kurang berpengalaman akan mengajar di kuttab. Di istana pula, ‘muaddib’ yang lebih berpengalaman akan mengajar putera-putera khalifah dan anak-anak pembesar tentang ilmu pengetahuan, budi bahasa, moral dan sahsiah. Di masjid, para ulama terkenal yang mengajar, misalnya Hassan al Basri, Abdullah bin Abbas dan Khatib al Baghdadi.
          Terdapat pelbagai faktor yang mendorong perkembangan pendidikan di zaman bani Umaiyah. Antaranya ialah pemberia pendidikan secara percuma serta agresifnya dasar peluasan kuasa.


Huraikan pelaksanaan jizyah pada zaman Khulafah al-Rasyidin. 20m

Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang-orang kafir dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan harta.benda mereka.
. Walau bagaimanapun, bukan semua orang kafir dhimmi yang dikenakan jizyah, sebaliknya mereka yang wajib membayar jizyah mestilah sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka serta bukan ahli agama seperti paderi atau pendeta.
Isi-isi Penting
(a) Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
. Pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, jizyah dilaksanakan sebagaimana zaman NabiMuhammad s.a.w. Buktinya, ketika menghantar ekspedisi ke Byzantine dan Parsi, sebelum berperang, panglima Islam telah menawarkan tiga tuntutan, iaitu menerima Islam, berperang ataupun membayar jizyah.
. Pemimpin kawasan Hirah telah bersetuju membayar 19 000 dirham setahun, manakala penduduk kawasan Anbar serta Ain al-Tamar bersetuju membayar I dinar per individu sewaktu ekspedisi ke Daumat al-Jandal.
(b) Zaman Khalifah Umar bin al-Khattab
. Sumber pendapatan daipada jizyah semakin meningkat pada zaman Khalifah Umar bin
al-Khattab berikutan banyak kejayaan dicapai dalam ekspedisi ketenteraan.
. Pemimpin Baitulmuqaddis sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Khalifah Umar bin al-Khattab dengan menyatakan persetujuan membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu memberikan jaminan keselamatan harta dan nyawa mereka. '
. Penduduk Qibti di Mesir menjemput Amru bin al-As menghalau orang-orang Rom dan mereka
bersetuju membayar jizyah 2 dinar per individu setahun, di Syam pula dikenakan 1-4 dinar per
individu bergantung kepada status individu.
. Penduduk Azerbaijan pula walaupun dilerikan kelonggaran membayar jizyah pada tahtn 22 H,
namun pada tahun berikutnya dikenakan dengan kadar tertentu.
(c) Zaman Khalifuh Uthman bin Affan
. Susulan kejayaan menguasai Mesir, beberapa kawasan di utara Afrika berjaya dikuasai pada zaman ini.
. Jizyah dikenakan ke atas wilayah-wilayah yang dikuasai seperti Tripoli, Nubah dan Qairawan
setelah termeterainya perjanjian damai.
(d) Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib
. Walaupun berlaku kegawatan politik, jizyah tetap dilaksanakan. Buktinya, surat Ali kepada al-Asytar al-Nakhai supaya beliau tidak menolak perjanjian damai yang dihulurkan oleh orang kafir dhimmi yang bersetuju membayar jizyah.

Kesimpulannya,peningkatan sumber jizyah yang dikumpul pada zaman ini telah dimanafaatkan untuk memajukan negara seperti penyediaan infrastruktur dan juga membantu golongan yang tidak bernasib baik sekaligus berjaya mewujudkan iklim politik yang stabil.


Huraikan kesan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Uthmaniah dengan kuasa-kuasa lain antara abad ke-17 hingga 19. [20m]

Selepas pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih,kerajaan Uthmaniyah mula mengalami zaman kemerosotan.Keadaan semakin ketara antara abad ke-17 hingga 19. Kerajaan Uthmaniyah mula menghadapi tekanan kuasa-kuasa Barat termasuk menandatangani beberapa perjanjian bagi menamatkan konflik yang timbul.
      Pada tahun 1672, Sultan Muhammad IV (1648-1687) telah menerajui ekspedisi menentang poland yang berakhir dengan perjanjian damai (1796).Dalam perjanjian ini, Poland bersetuju menyerahkan Ukraine kepada kerajaan Uthmaniyah. Namun,perj'anjian damai ini telah membawa kepada konflik dengan Rusia. Kerajaan Uthmaniyah terpaksa campur tangan ke atas wilayah Ukraine yang membawa kepada peperangan dengan Rusia. Setelah kedua-duanya mengalami kerugian teruk, akhimya mereka berdamai pada tahun 1681.
      Sultan Muhammad IV telah menandatangani perjanjian dengan Rusia (1681) setelah kalah teruk dalam peperangan. Melalui perjanjian ini, kerajaan Uthmaniyah terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Rusia dan membuka perniagaan Cossack di Laut Hitam. Ini bermakna, orang Turki, telah kehilangan kuasa mereka di Laut Hitam.

      Sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad III (1703), kerajaan Uthmaniyah terdedah kepada serangan tentera Kristian di bawah pimpinan Tsar Peter yang sebelum ini berperang dengan tentera Uthmaniyah pada zaman Sultan Mustafa II. peperangan ini berakhir dengan Perjanjian Karlowitz (1710). Kesan daripada perjanjian ini, sebahagian besar dari wilayah Uthmaniyah di Hungary dan kawasan Laut Hitam termasuk Azov diserahkan semula kepada Habsburg dan Poland. .

      Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh Venice dan Austria tetah berjaya mengalahkan tentera Uthmaniyah pada tahun 1716 dalam Perang Petewarden. Melalui Perjanjian passarowit, kerajaan Uthmaniyah telah kehilangan Timsuar, Belgrade, sebahagian besar Serbia dan Romania. Manakala Venice menduduki kawasan pantai Dalmatia.

      Walau bagaimanapun, dalam satu lagi siri peperangan yang berlaku, kerajaan Uthmaniyah memperoleh semula wilayah Serbia Utara dan Belgrade setelah termeterainya perj anjian Belgrade pada tahun 1739.

      Pada tahun 1770, sewaktu kerajaan Uthmaniyah berada di bawah pemerintahan Sultan Mustaffa III, tercetus Perang Chesme di pantaiAsia Kecil dengan Rusia. Peperangan yang ditamatkan dengan suatu perjanjian pada tahun 1774 mertyaksikan kerajaan Uthmaniyah kehilangan wilayah-wilayah seperti Kinbum, Venikala dan Kertoh di Crimea. Keadaan kerajaan Uthmaniyah semakin parah apabila wujud jalinan kerjasama antara Rusia dan Austria yang berusaha mewujudkan semula kerajaan Greek-Byzantine. Ini terbukti apabita perikatan ini berjaya merampas Moldovia dan Wallachia. Sewaktu pemerintahan Sultan Salim III pula,termeterai Perjanjian Jassy antara kerajaan Uthmaniyah dengan Rusia. Moldovia dan Wallachia diserahkan semula kepada kerajaan Uthmaniyah dan Sungai Dnister diisytiharkan sebagai kawasan sempadan.

      Pada tahun I 876, menyaksikan kerajaan Uthmaniyah diperintah oleh Sultan 'Abd al-Hamid II. Setahun selepas itu, Rusia telah mengisytiharkan perang ke atas kerajaan Uthmaniyah. Konflik ini diselesaikan melalui Perjanjian San Stefeno pada tahun l878 . Perjanjian ini menguntungkan Rusia sedangkan kerajaan Uthmaniyah semakin mengecil ekoran pembebasan wilayah kekuasaannya yang kini berpindah milik kepada Rusia. Justeru, kehilangan kuasa dan kerugian besar dialami oleh kerajaan Uthmaniyah.

Kesimpulannya kegagalan kerajaan Uthmaniyah menyerap tekanan kuasa-kuasa Barat telah membawa kepada kebangkitan golongan Turki Muda yang menuntut agar kuasa sultan dihadkan dan mengamalkan prinsip demokrasi. . Keengganan Sultan Abdul al-Hamid II melayan permintaan perjuangan gerakan Turki Muda yang mendapat sokongan golongan tentera telah menyebabkan baginda digulingkan

Huraikan perlaksanaan sistem naungan pada zaman Khulafah al-Rasyidin dan kerajaan Umayyah pada abad ke-7 hingga 19 [20m]

Kewujudan sesebuah negara yang dinaungi oleh kerajaan Islam berkait rapat dengan jizyah.Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas golongan kafir dhimmi.Tujuan pelaksanaan cukai ini adalah sebagai balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa orangorang bukan Islam.Sumber jizyah ini sebenamya telah pun dipraktikkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, namun pelaksanaannya lebih formal pada zaman Khulafa' al-Rasyidin.

      Pelaksanaan cukai jizyah ini sememangnya amat ketara pada zaman Khulafa' al-Rasyidin berikutan banyak ekspedisi dakwah dan ketenteraan dijalankan sama ada dalam mahupun luar Semenanjung Tanah Arab.Melalui ekspedisi yang dijalankan ini, golongan kafir yang enggan menerima agama Islamdiwajibkan membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah naungan kerajaan Islam.

      Zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, kejayaan mengalahkan beberapa buah kawasan yang diperintah oleh Parsi di Iraq telah menyebabkan penduduk seperti di Hirah, Anbar dan Ain al-Tamar sanggup membayar jizyah sebagai simbol.berada di bawah naungan kerajaan Islam Madinah.

    Zaman Khalifah Umar bin al-Khattab pula menyaksikan semakin banyak negara menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam.Mesir contohnya, sanggup berada di bawah naungan kerajaan Islam setelah Amru bin al-As menghapuskan penjajahan Byzantine di sana. Penduduk Baitulmuqaddis melalui pemimpinnya telah menandatangani perjanjian damai dengan Khalifah Umar bin al-Khattab dengan menyatakan kesanggupan membayar jizyah dengan syarat kerajaan Islam memberi jaminan keselamatan jiwa,nyawa, harta benda, jaminan kebebasan beragama serta amalan ibadat bagi semua penduduk di Baitulmuqaddis di samping bersedia menyerahkan segala masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh penduduk BaitulmuQaddis kepada pemerintahan Islam.

   Selain itu, Syam, Palestin dan Jordan turut sama menyatakan kesanggupan membayar jizyah berikutan kejayaan tentera Islam di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid dan Abu Ubaidah al-Jarrah mengalahkan Byzantine dalam beberapa siri peperangan.

      Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan pula, beberapa buah kawasan di utara Afrika menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam serta sanggup membayar jizyah. Umpamanya, penduduk di kawasan Qairawan, Tripoli dan Nubah.

    Pada zaman kerajaan Umayyah terutama sewaktu pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik, kejayaan ekspedisi ketenteraan merentasi benua Asia, Afrika dan Eropah telah menyebabkan beberapa buah kawasan menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam.

      Kempen ketenteraan di India di bawah pimpinan Muhammad al-Qasim, bukan sahaja telah berjaya mengalahkan Raja Dhaha, iaitu pemerintah Sind, malah kemaraan tentera Islam ke Multan telah menyebabkan penduduknya menyerah diri dan bersetuju membayar jizyah dengan kadar  tertentu.

      Begitu juga dengan kejayaan ekspedisi ketenteraan di Asia Tengah, Marw, Karminiyah dan Bukhara. Penduduknya yang enggan menganut agama Islam sanggup membayar jizyah sebagai balasan atau jaminan keselamatan daripada kerajaan Umayyah melalui Gabenomya, Qutaibah bin Muslim dan saudaranya, Bahar bin Muslim.
.
      Di Afrika Utara pula, kejayaan panglima Musa bin Nusair mengalahkan bangsa Barbar dan Zeutes membolehkan beliau menguasai Tangier dan Ceuta sekaligus membolehkan kerajaan Islam memungut cukai jizyah dan menjadi batu loncatan kemaraan tentera Islam ke Andalus.


      Kesimpulannya naungan yang diperoleh daripada kerajaan Islam amnya akan membawa kepada pengiktirafan negara-negara lain termasuk Parsi dan Byzantine meskipun kerajaan ini mempunyai sikap anti-Islam.Melalui hubungan yang dijalankan ini, legasi atau keunggulan kerajaan Islam telah terserlah melangkaui sempadan geografi

FOKUS STPM P2U 2016 ZAKAT ZAMAN KHULAFAH AL-RASYIDIN

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
a.Definisi zakat
Dari segi bahasa bermaksud penyucian atau penyuburan. Penyucian dikaitkan dengan menghapuskan sifat-sifat kedekut atau bakhil dalam diri seseorang individu.Penyuburan pula dikaitkan dengan penambahan pahala serta keberkatan dalam harta yang dimiliki.Dari segi syarak pula, zakat dikaitkan dengan pemberian atau pengeluaran yang diwajibkan ke atas umat Islam termasuk dalam rukun Islam.[1]
Kefarduan zakat telah disyariatkan pada tahun kedua setelah Nabi Muhammad saw berhijrah ke Kota Madinah. Zakat ialah satu daripada rukun Islam kelima. Keengganan membayar zakat boleh membawa kepada hukuman bunuh atau mereka juga dipaksa membaa zakat oleh pemerintah.[2]
b.Syarat wajib zakat
      Zakat wajib dikeluarkan bagi mereka yang mampu dan memenuhi syarat-syarat tertentu dan fardu ain ke atas orang yang cukup syaratnya. Namun kedudukan mereka yang tidak mengeluarkan zakat dikategori kafir sekiranya ingkar dengan kefarduan zakat dan fasiq sekiranya enggan mengeluar zakat kerana sifat bakhil dan kedekut. Zakat wajib dikeluarkan sekirana seseorang itu Islam, cukup nisab iaitu kadar tertentu ang diwajibkan zakat dan genap haul iaitu setahun mengikut bulan hijrah.[3]

c.Jenis zakat
Zakat terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah yang diwajibkan ke atas semua individu Muslim bermula daripada bulan Ramadhan hingga sebelum solat sunat Aidilfitri.Manakala zakat harta hanya diwajibkan ke atas individu yang mampu apabila harta yang dimiliki cukup kadar (nisab) serta haulnya (genap setahun dimiliki).
      Zakat harta terbahagi kepada zakat pertanian, zakat binatang temakan, zakat pemiagaan, zakat emas dan perak dan harta rikaz (harta karun).Harta yang dikeluarkan sebagai zakat akan diagihkan kepada lapan golongan asnaf.[4]

d.Kadar zakat
Kadar zakat fitrah ialah sebanyak segantang  kira-kira 2.7 kilogram yang dikeluarkan daripada jenis bahan-bahan makanan yang mengenyangkan dan makanan asasi penduduk sesebuah negara seperti beras, gandum, barli dan seumpamanya. Imam Abu Hanifah dan Mazhab Hanafi mengharuskan zakat fitrah dikeluarkan melalui mata wang dengan mengikut kadar atau nilai harga bahan makanan asasi tersebut. Manakala kadar zakat harta pula dikeluakan dengan kadar yang di tetapkan oleh syarak. Contoh kadar nisab pertanian ialah lima ausuq.Kadar ausuq ialah kira-kira 900 liter secara timbangan. Manakala kadar zakat tanaman ialah 1/10 jika menggunakan air hujan atau air sungai dan 1/20 jika diusahakan sendiri menggunakan ala penyiram.[5]
e.Asnaf zakat
(a) golongan fakir
(b) golongan miskin
(c) musafir
(d) mualaf
(e) hamba yang membebaskan diri
(f1 orang yang berhutang
(g) orang yang bejihad
(h) amil

f.Pelaksanaan zakat zaman Khulafah al-Rasyidin
Pelaksanaan zakat pada zaman ini diteruskan sebagaimana pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Sumber zakat diagihkan kepada lapan golongan asnaf. Pada zaman pemerintahan
Zaman Abu Bakar
Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, timbul kontroversi berhubung dengan pelaksanaan zakat disebabkan wujudnya golongan al-Riddah yarag enggan membayar zakat. Golongan yang enggan membayar zakat ini ialah penduduk Yaman, Yamamah dan Oman. Mereka menganggap zakat sebagai cukai yang dipaksa. Sementara itu ada yang enggan membayar zakat kerana tersalah tafsir terhadap ayat-ayat al-Quran yang mewajibkan zakat. Mereka menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW sahaja yang berhak mengutip zakat, jadi apabila baginda wafat, maka dengan sendiri zakat tidak wajib dibayar. Antara yang termasuk dalam golongan ini ialah Malik bin Nuwairah iaitu ketua Bani Hanzlah yang memberi bantuan kepada Sajah.

Khalifah Abu bakar al-Siddiq bersikap tegas ke atas orang yang cuba memisahkan antara kewajipan sembahyang dengan kewajipan zakat kerana sembahyang merupakan tiang agama, manakala zakat pula jambatannya. Walaupun Umar al-Khattab cuba menasihatinya supaya berbincang terlebih dahulu, tetapi Khalifah Abu Bakar  tetap dengan pendiriannya yang tegas berdasarkan dalil al-Quran dan hadis. Khalifah Abu Bakar bertindak  tegas menggempur golongan tersebut. Golongan ini telah ditangani melalui pembentukan 11  buah pasukan tentera. Misi ini telah bejaya termasuklah membunuh golongan yang mengaku merjadi nabi.

Zaman Umar
Zaman Khalifah Umar, pelaksanaan zakat diteruskan.Pada zaman. pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pula, sumber zakat meningkat disebabkan kesan kejayaan kempen dakwah dan ketenteraan yang dijalankan. Contohnya selepas menyerang Parsi dan syiar Islam berkembang di Parsi kerana mendapat layanan yang baik daripada pemerintahan Khalifah Umar.  Rakyat Parsi dibenarkan menjalankan upacara keagamaan dan ibadat mengikut agama mereka dan membayar jizyah. Mereka diberi jaminan keselamatan harta benda. Kesannya mereka memeluk agama Islam dan dikenakan bayaran zakat.Hasil zakat telah dihantar ke seluruh tanah jajahan yang dikuasai Islam dan sumber zakat  telah dapat diagihkan kepada lapan  golongan asnaf yang layak menerimanya.

Zaman Uthman
Zakat dilaksanakan dengan  jayanya zaman Khalifah Uthman. Khalifah Uthman memperkenalkan zakat ternakan kepada pemilik kuda. Pengenalan zakat kuda ini tidak pernah dilakukan sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Namun Khalifah Uthman menjelaskan perkembangan ekonomi yang dinikmati oleh masyarakat Islam sehingga berjaya memiliki kuda wajar dikenakan zakat sejajar dengan zakat yang dikenakan ke atas binatang unta. Segala sumber zakat dimasukkan  ke dalam Baitulmal sebagaimana zaman Khalifah Umar.

      Masalah timbul apabila Khalifah Uthman dituduh menyalahgunakan pengagihan wang zakat ketika dana perbendaharaan merosot. Tindakan ini tidak dipersetujui oleh sebilangan pihak dan menganggap Khalifah Uthman sebagai bidaah. Namun, Khalifah Uthman menjelaskan bahawa wang tersebut diambil sebagai wang pendahuluan yang akan dikembalikan.
Zaman Ali
Pada zaman Ali, walaupun menghadapi konflik dalaman, namun pelaksanaan zakat tetap dijalankan seperti biasa.[6]




[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kemaskini,(Shah Alam:Oxford Fajar.2015)  ,103
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,208.
[3] Ibid,209.
[4]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kemaskini,113.
[5] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,210.
[6] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kemaskini,114.

FOKUS STPM P2U 2016-Sistem ekonomi zaman Kesultanan Melaka (abad ke-15).

FOKUS  STPM P2U 2016-Sistem ekonomi zaman Kesultanan Melaka (abad ke-15).
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
1.Ekonomi saradiri dan  ekonomi perdagangan
      Ekonomi sara diri melibatkan kegiatan seperti bercucuk tanam, menanam padi,mengerjakan dusun,memungut hasil hutan, berburu dan menternak binatang. Kegiatan pertanian di Melaka dilihat menerusi aktiviti penanaman padi. Fasal 20 Undang-Undang Melaka ada menyatakan  wujudnya tanah perhumaan, bendang sawah dan ladang.

2.Pertanian-becucuk tanam ,penanaman padi
      Kegiatan penanaman padi dikatakan wujud di Melaka bermula dengan kemunculan kerajaan Melaka.Oleh sebab pengeluaan beras di Melaka tidak mencukupi bagi menampung penduduknya Melaka telah mengimpot beras dari Siam, Palembang dan Jawa.[1]
3.Berdusun-pisang, pinang
Orang Melaka juga berdusun. Tanaman yang diusahakan ialah anaman seperti pisang, jagung,ubi kayu dan buah-buahan.
4.Menternak binatang- kerbau,lembu dan kambing.
     Masyarakat Melayu Melaka juga menternak binatang. Binatang yang diternak ialah kerbau, lembu dan kambing.Semasa pemerintahan Sultan Mahmud, Bendahara Seri Maharaja menternak berkandang-kandang kerbau di Kayu Ara.Malahan . fasal 11.4 Hukum Kanun Melaka menanyaakan hukuman ke atas oramg yang mencuri binatang ternakan seperti kerbau, lembu dan kambing.[2]  
5.Memungut hasil hutan- rotan, damar dan getah jelutung
     Aktiviti memungut hasil hutan juga merupakan salah satu aktiviti ekonomi sara diri yang dilakukan oleh masyarakat Melayu Melaka. Kegiatan ini memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Melayu Melaka ketika itu kerana mereka bergantung hidup dengan persekitaran sungai, bukit dan hutan. Antara hasil hutan ang dikutip ialah makanan seperti pucuk-pucuk kayu dan buah-buahan serta keperluan lain seperti ubat-ubatan daripada akar-akar kayu ,damar, rotan dan getah jelutung.

      Apabila masyaakat Melayu Melaka sudah terdedah dengan aktiviti perdagangan hasil damar, rotan dan getah jelutong mendapat permintaan yang tinggi daripada pedagang luar.[3]    
6.Memburu-kegiatan tradisi Raja-raja Melayu.
Kegiatan berburu juga dijalankan oleh masyaakat Melayu Melaka sebagai aktiviti sara diri,malah menjadi aktiviti sampingan untuk menambah pendapatan. Kegiatan memburu juga merupakan aktiviti tradisi raja-raja Melayu Melaka.[4]
7.Menangkap ikan
      Masyarakat Melayu Melaka juga menjalankan kegiatan menangkap ikan. Ikan dijadikan sumber proin utama bagi masyarakat Melayu. Oleh itu, Raja Iskandar Syah dan para pengikutnya menjadi nelayan semasa berada di Muar. Aktiviti perikanan elah dijalankan oleh Orang Laut di Melaka sebelum ketibaan Parameswara. Catatan Ma Huan turut menyokong
aktiviti  menangkap ikan di Melaka. Beliau menyatakan pada tahun 1433, ramai penduduk Melaka bergantung hidup dengan menangkap ikan. Mereka ke laut menangkap ikan dengan menggunakan sampan ang diperbuat daripada sebatang kayu bulat bertebuk.[5]



[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kedua,188
[2] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 168.
[3]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, 189
[4] Ibid, 188.
[5]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, 168.