Jumaat, 13 April 2018

SUMBANGAN IBN SINA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Latar belakang
Nama sebenar beliau ialah Abu Ali al-Hussayn bin Abd Allah bin al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau berketurunan Turki. Beliau dikenali sebagai Ibn Sina di Timur dan Avicenna di Barat. Beliau dilahirkan pada tahun 980 di Bukhara, Turkestan. Ibn Sina merupakan seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu. Umpamanya beliau pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali.[1]

      Beliau seorang yang taat beragama. Buktinya beliau sering berdoa kepada Allah SWT apabila menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan masalah. Beliau berjaya menguasai pelbagai ilmu naqli (agama) ketika berusia 18 tahun dan seorang yang berinovatif. Buktinya, beliau banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai ilmu, terutama dalam bidang perubatan.[2]

      Semasa berusia 16 tahun, beliau telah dapat menguasai ilmu perubatan. Berkat kesungguhan beliau yang tidak mengenal jemu, akhirnya Ibn Sina telah muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka.Beliau meninggal dunia pada tahun 1037 di Hamazan ketika berumur 58 tahun.[3]

Sumbangan lbn Sina
BIDANG PERUBATAN
Pengiktirafan dan penghargaan
(a) Beliau merupakan tokoh perubatan yang terkemuka pada abad ke-ll. Beliau mendapat sanjungan di Barat sehinggakan lukisan wajahnya masih tergantung di Dewan Besar Fakulti Perubatan, Universiti Paris.
(b) Para penulis Barat telah menganggap Ibn Sina sebagai 'Bapa Doktor Perubatan' kerana Ibn Sina telah berjaya menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen serta pengalaman daripada ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi di samping pengalaman beliau sendiri.
(c) Ibn Sina pemah diberi gelaran sebagai "Medicorum Principal' atau Raja Doktor Diraja oleh kaum Latin Skolastik.
(d) Gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya ialah Raja Ubat. (e) Dalam dunia Islam, beliau dianggap sebagai "Zenith", iaita tahap tertinggi dalam ilmu kedoktoran. (-
f) Khidmat Ibn Sina yang berjaya menyembuhkan Sultan Nuh , bin Mansur di Bukhara pada tahun 997 menyebabkan beliau diangkat sebagai doktor diraja.
(g) Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan beliau tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).[4]

 Penghasilan karya teragung, Qanun fi al-Tibb
 (a) Merupakan khazanah perubatan yang amat bernilai dan menjadi sumber rujukan utama di universiti-universiti di Eropah. Segala rumusan yang terdapat di dalam karya tersebut masih diterima dalam dunia perubatan moden pada hari ini. Gerard Cremona telah menterjemahkan buku Ibn Sina ke dalam bahasa Latin.

(b) Buku yang menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga tahun 1500 ini telah dicetak sebanyak 16 kali; 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew).
(c) Di samping itu, buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Itali.
(d) Karya ini juga membincangkan mengenai penyakit saraf yang menjadi punca manusia menjadi lumpuh.[5]
Penghasilan ensiklopedia perubatan
(a) Pada usia 2l tahun, ketika berada di Kawara.an, beliau mula menulis karya pertamanya berjudul al-Majmu yang mengandungi pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang lengkap dan diikuti dengan buku-buku lain.
 (b) Segala karya atau cetusan idea Ibn Sina termasuk berbentuk risalah berukuran kecil, dimuat dan dihimpun dalam satu buku besar yang berjudul Essai de Bibliographie Avicenna yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Cairo.
(c) Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah sebuah karyayang amat terkenal, iaitu al-Qanunfi al-Tibb.[6]

Teori anatomi dan fisiologi.
(a) Ibn Sina merupakan individu terawal yang mengemukakan teori-teori anatomi dan fisiologi. Teori-teori yang terdapat di dalam buku beliau menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikro kosmos (dunia kecil) terhadap alam semesta sebagai makro kosmos (dunia besar).
(b) Misalnya, digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi. Dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun. Dengan itu, manusia memiliki empat tangkai lengan (anggota badan) dan mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) ialah raja tubuh manusia, sementara paru-paru ialah menterinya. Leher merupakan jendela badan, manakala hempedu sebagai markas pusatnya. Limpa dan perut sebagai bumbung sementara usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.
(c) Pengetahuan anatomi Ibn Sina jelas dilihat dalam karyanya yang menggambarkan keterangan-keterangan yang lengkap di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa tertentu.
(d) Melalui pengetahuan dalam bidang anatomi, Ibn Sina mendapati jantung manusia mengandungi tiga injap yang terbuka dan tertutup dengan sendirinya semasa ia mengepam darah.
Impak penyelidikan yang dilakukannya
(a) Ibn Sina menemui penyakit baharu serta puncanya dan pengaruh kuman dalam penyakit, jangkitan virus seperti tibi, penyakit rubella, alahan (allerg), cacar (smallpox), penyakit jiwa dan seumpamanya.
(b) Ibn Sina mendedahkan bahawa penyakit batuk kering merupakan sejenis penyakit berjangkit. Beliau juga mengenal pasti bahawa air ialah pembawa segala kuman yang berbahaya dan menganggap ia menjadi punca penularan kebanyakan penyakit.
(c) Ibn Sina juga telah mengajarkan cara-cara pembedahan yang mana telah menekankan keperluan pembersihan luka.
(d) Penyelidikan dan penemuan dalam bidang farmasi telah menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit. Sebagai individu yang giat melakukan penyelidikan, beliau telah menemui dan menjelaskan kepentingan ubat bius. Selain itu, beliau telah mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan, picagari dan lainlain.
(e) Hasil daripada penyelidikannya, Ibn Sina telah menjelaskan simpton-simpton penyakit kencing manis dan masalah yang akan timbul daripadanya.

Memperkembangkan ilmu psikologi
(a) Ibn Sina telah menemui ilmu yang dikenali sebagai psikosomatis, iaitu perkaitan antara psikologi dengan kesihatan.
(b) Ibn Sina juga telah menjelaskan pentingnya emosi dalam memulihkan individu yang mengalami gangguan psikologi'
(c) Minatnya yang mendalam dalam bidang yang berkaitan dengan kesan akal ke atas jasad menyebabkan banyak daripada karyanya berkisarkan gangguan psikologi.

BIDANG FALSAFAH
Pandangan falsafah Ibn Sina yang terpenting dapat dibahagikan kepada tiga aspek utama, iaitu logik, psikologi dan metafizik.Beliau telah menghasilkan karya falsafahnya untuk dimuatkan bersama-sama persoalan lain dalam karya yang bercorak ensiklopedia, iaitu Kitab al-Shifa'.

      Pandangannya itu mewakili tradisi Aristotle yang diperkemas oleh idea neo-Plato dan pada masa yang sama dikawal oleh ilmu kalam. Kitab ini amat berpengaruh dalam kalangan para sarjana dalam bidang falsafah di Eropah. Ibn Sina cuba mengharmonikan antara falsafah dengan agama. Beliau menjelaskan dogma-dogma agarna dengan menggunakan akal dan yakin bahawa roh tidak pernah musnah.

BIDANG GEOGRAFI
Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Beliau juga mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu yang gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari zaman Heredotus, Aristotle sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibn Sina, kesan daripada hakisan aliran sungai terhadap kawasan berbukit/bergunung-ganang telah menyebabkan terbentuknya kawasan lembah sungai yang produktif.

BIDANG GEOLOGI DAN KIMIA
 Sumbangan Ibn Sina dalam bidang geologi, kimia serta kosmologi memang tidak dapat disangsikan lagi. MenurutA. M. A. Shushtery karangan Ibn Sina mengenai ilmu mineral menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia, ia juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanfaat. Menurut Reuben Levy, Ibn Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri daripada pelbagai jenis.
Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabir bin Hayyan, iaitu "Bapa Kimia Muslim.”[7]


MEMPERKENALKAN ILMU PSIKOLOGI
Ibnu Sina telah menemui ilmu yang dikenali sebagai psikosomatis, iaitu perkaitan antara psikologi dengan kesihatan. Ibnu sina juga telah menjelaskan pentingnya emosi dalam memulihkan individu yang mengalami gangguan psikologi.Minatnya yang mendalam dalam bidang yang berkaitan dengan kesan akal ke atas jasad menyebabkan banyak banyak daripada karyanya berkisarkan gangguan psikologi.[8]



[1] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,(Shah Alam:Oxford Fajar,2013),129.

[2] Ibid,129.
[3] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini(Shah Alam:Oxford Fajar,2014),139.
[4] Ibid,139.
[5] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Ketiga (Shah Alam:Oxford Fajar,2017),154.
[6] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini,140
[7] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,131
[8] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Ketiga,156.

Tiada ulasan: