Ahad, 15 April 2018

SUMBANGAN IBN BATTUTAH II

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Ibn Battutah atau nama sebenarnya Muhammad bin Abd Allah al-Lawati dilahirkan pada 1304 di Tanger, Maghribi. Sejarah pengembaraannya bermula ketika usianya baru mencecah 21 tahun. Beliau meninggalkan kampung halamannya untuk mengerjakan ibadat haji di Makkah dan mendalami ilmu pengetahuan khususnya yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam. Sepanjang pengembaraan sulunnya, beliau melalui kawasan-kawasan seperti Maghribi, Palestin, Mesir, Syam dan Madinah.[1]

      Dari segi peribadi, beliau dikatakan seorang yang mempunyai keperibadian yang mulia, berwibawa, pandai berdiplomasi, berpendirian tegas, gigih dan mahir berkomunikasi dengan menggunakan bahasa asing seperti bahasa Parsi dan Turki. Sumbangan terpenting Ibn Battutah dalam bidang pelayaran ialah kemampuannya menghasilkan karya yang berjudul Tuhfat al-Nazar atau lebih dikenali sebagai al-Rihlah. Sarjana atau orientalis Barat menyifatkan beliau sebagai The Prince of Muslim Travellers.[2]  

Pengembaraan Ibn Battutah.
a. Peringkat pertama
b. Peringkat kedua
c. Peringkat ketiga
d. Peringkat keempat.[3]
Pelayaran lbn Battutah dapat dibahagikan kepada empat tahap
(a) Tahap pertama pelayaran beliau ialah perjalanan dari Maghribi ke kota Makkah yang merentasi bahagian utara Afrika seperti Mesir, Libya dan Algeria. Dalam perjalanan tersebut, beliau telah mencatatkan pengalamannya di tempat bersejarah seperti Baitulmuqaddis. Di Syam, beliau membuat pemerhatian tentang tinggalan kerajaan Umayyah sehinggalah tercapai hasratnya untuk menunaikan haji di Makkah.
(b) Peringkat kedua pelayaran Ibn Battutah ialah perjalanan pulang dari kota Makkah, lokasi awal yang ditujuinya ialah selatan Iraq. Dalam perjalanan ini, beliau telah menempuh pelbagai cabaran ketika menyeberangi Sungai Furat dan Dajlah. Setelah tiba ditempat yang ditujui,beliau kembali semula ke kota Makkah.
(c) Tahap ketiga pelayarannya ialah perjalanan yang bermula dari Makkah ke Yaman, diikuti Afrika Timur, Oman, Bahrain, Sudan, Mesir lJtara,Turki hinggalah sampai ke constantinople. Di Turki, beliau telah mengiringi rombongan yang dihantar oleh Uzbek Khan untuk menemui Kaisar Byzantine dan beliau turut diberikan penghormatan oleh pemerintah kota tersebut.
(d) Peringkat keempat pelayarannya bermula dari Turki ke India melalui Bukhara, Samarkand, Khurasan dan Afghanistan. Di India, beliau telah dilantik sebagai kadi sewaktu pemerintahan kerajaan Tuhgluq dan sempat meninjau pelbagai adat resam dan kebudayaan masyarakat India. Pengembaraan ke benua Asia diteruskan ke china. Dalam perjalanan ke negara tersebut, beliau telah singgah di Sumatera dan Jawa.[4]

Di Pasai, beliau telah diberikan penghormatan oleh sultan kerajaan tersebut, iaitu Malik al-Zahir serta menyediakan kelengkapan untuknya bagi belayar ke China.

      Setelah pulang mengembara dari China dan tiba di Maghribi, beliau sekali lagi memulakan perjalanan merentasi Laut Mediterranean menuju ke Andalus dan balik semula ke Maghribi sebelum menjelajah sekali lagi merentasi gurun Sahara untuk sampai ke Sudan dan beberapa buah negeri di Afrika.[5]

Sumbangan Ibn Battutah
a. Sejarah
Ibn Batuttah meninggalkan catatan sejarah perjalanan dan pengembaraan dalam karyanya Tuhfah al  Nizar fi Gharaib al-Ansar wa 'Ajaib al-Asfar (Rihlah Ibn Batuttah) yang dihasilkan atas permintaan Sultan Maghribi. Rihlah lbn Batuttah merupakan rekod penting sejarah Zaman Pertengahan bagi pelbagai negara yang dilawati termasuk negeri-negeri Afrika, China, India dan Asia Tenggara.

      Buku ini merakamkan sejarah bagi aspek-aspek kehidupan bangsa-bangsa pada abad ke-14M seperti agama, sosial, budaya, politik dan lain-lain. Rihlah lbn Batuttah telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.[6]
b. Pengembaraan, Pelayaran dan Geografi .
Digelar The Prince of MuslimTravellers.Pengembaraan Ibn Batuttah memberi perpsepsi baharu terhadap bidang pelayaran dan geografi. Beliau berkongsi maklumat terperinci melalui hasil catatan dari segi perbandingan tentang budaya,peradaban, sosial dan geografi sesuatu masyarakat setempat berdasarkan pengamatannya. .    
      Pengembaraannya memberi persepsi dan nafas baharu kepada bidang geografi dan pelayaran serta mendorong pengembara Islam dan Barat untuk mengikut jejak langkahnya. . Pengembaranya selama 28 tahun merentasi tiga benua(Afrika, Eropah dan Asia), merangkumi 44 negara dengan jarak perjalanan 117,000 km. Meletakkan beliau setaraf dengan tokoh pengembara lain.[7]
c. Diplomatik .
Sepanjang pengembaraan,Ibn Batuttah telah berinteraksi dengan beberapa pemimpin negara. . Keperibadian, kewibawaan dan mahir berdiplomasi menyebabkan beliau mudah dipercayai apabila memerlukan bantuan untuk meneruskan pengembaraannya.

Ibn Batuttah pernah dilantik sebagai kadi oleh Sultan Muhammad Tughluq di India dan menjadi utusan ke negara China. Di Pasai, Sultan al-Malik al-Zahir memberi penghormatan kepada beliau sebagai ulama dengan menyediakan sebuah tongkang besar untuk pelayaran ke China.[8]
Agama
Ibn Batuttah arif dalam bidang agama terutama dalam bidang perundangan Islam dan mazhab Maliki. Antara matlamat pengembaraannya adalah untuk mendalami ilmu agarna. Hal ini terbukti apabila beliau tinggal di Makkah selama dua tahun. Ibn Batuttah banyak menyumbangkan kepada penyebaran agama Islam sepanjang pengembaraan-nya. Antaranya, beliau menetap selama lapan tahun di India dan dalam tempoh masa tersebut, beliau memegang jawatan Kadi Besar semasa pemerintahan Sultan Muhammad Tughluq.

      Beliau turut dilantik sebagai kadi di kepulauan Maldives selama 18 tahun dan semasa meninggal budaya keagamaan penganut Hindu, aktiviti ritual dan perayaau serta kehidupan sosial masyarakat India beragama Hindu.

Peradaban Islam dan dunia .
Pengembaraan Ibn Batuttah memberi sumbangan besar dalam memperluaskan tamadun manusia khasnya tamadun Islam. Berlaku interaksi antara tamadun apabila beliau membawa ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ajaran Islam, selok belok pelayaran, ilmu perkapalan dan lain-lain ke negara yang dilawati dan turut menimba ilmu dari negara berkenaan.

Dorongan kepada pengembara Islam dan Barat.
Kejayaan pengembaraan Ibn Batuttah menjadi dorongan dan ikutan pengembara Islam dan Barat. Catatan beliau menjadi sumber panduan kepada pelayar Eropah yang berusaha memcari jalan ke Timur pada abad ke-15 dan l6M seperi Vasco da Gamma.[9]




[1] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Ketiga (Shah Alam:Oxford Fajar,2017),175.
[2] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,(Shah Alam:Oxford Fajar,2013),144.
[3] “Penerokaan”,dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,(Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013), 96.
[4] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini(Shah Alam:Oxford Fajar,2014),155.
[5] Ibid,156.
[6] “Penerokaan-Ibn Batutah”,dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,(Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013), 96.
[7] Ibid,97
[8] Ibid,98
[9] Ibid,99

Tiada ulasan: