Rabu, 26 April 2017

2.JELASKAN KONSEP DAN PERANAN JIHAD DALAM PERKEMBANGAN ISLAM PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW PADA KURUN KE-7 MASIHI.

Pendahuluan

1.      Konsep ketahanan dalam Islam dilihat pada Islam itu sendiri. Agama Islam yang datangnya daripada Allah S.W.T telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah untuk membawa manusia ke arah  kesejahteraan, dan keamanan sebagai khalifah Allah di muka bumi. Konsep pertahanan dalam Islam ialah bagaimana umat Islam mempertahankan kedudukan dan kesucian agama Islam daripada dicabul oleh musuh-musuh Islam.
2.      Islam berasaskan dua prinsip yang utama. Pertama, yang berkaitan akidah, iaitu kepercayaan kepada Allah S.W.T dan mentauhidkanNya dan kedua, syariah, iaitu undang-undang yang diwahyukan.
3.      Konsep ketahanan dan pertahanan dalam Islam dimantapkan lagi dengan pengenalan jihad bagi menyemarak semangat tentera Islam dalam menyebarkan agama Islam.

ISI
A.    Konsep Jihad
§  Perkataan jihad berasal dari kata akar ‘jahada’ bererti berusaha keras, bersungguh-sungguh dan berjuang. Dalam istilah syarak, bererti berjuang iaitu berjuang dalam peperangan, berjuang menentang hawa nafsu, berjuang untuk menegakkan keadilan dan kebenaran bagi menegakkan kalimah Allah. Dari sudut bahasa pula, jihad bermaksud penumpuan segala tenaga dan usaha untuk mencapai satu cita-cita iaitu menegakkan syiar Islam. Menurut Abu’ a’la al-Maududi, erti jihad dalam Islam bukan sekadar suatu perjuangan, ia adalah perjuangan di jalan Allah dan fisabilillah merupakan syarat utama bagi jihad dalam Islam. Jihad memperkukuhkan ketahanan dan pertahanan angkatan tentera Islam pada zaman awal Islam.

§  Menurut Abdul Aziz Mat Zin dalam bukunya ‘Penghantar Dakwah Islamiah’, walaupun jihad itu adalah pelbagai jenis dan pengertian, namun selalunya ia dirujuk khusus kepada peperangan melawan musuh untuk menegakkan Islam. Dalam keadaan ini, beliau menegaskan bahawa jihad merupakan satu kemuncak kepada usaha dakwah iatiu menyebarkan syiar Islam terutama semasa zaman Nabi s.a.w. dan zaman sahabat yang dapat disaksikan dalam perang Badar, Perang Uhud, Ahzab, pembukaan Makkah. Dengan itu jihad telah memperkukuhkan ketahanan dan pertahanan umat Islam.

B. Peranan Jihad
1.   Pengabdian kepada Allah SWT.
Islam menekankan perang jihad fisabilillah semata-mata satu pengabdian kepada Allah, suatu perang untuk memenuhi tuntutan syariat Islam seperti mana dalam perang Badar bilamana tentera Islam telah berjuang bersungguh-sunguh dengan mengenepikan segala kesenangan. Maka peranan jihad telah memperkasakan ketahanan dan pertahanan  tentera Islam.

2.   Sebahagian daripada tuntutan agama.
Golongan ulama berpendapat bahawa ia adalah satu tuntutan sama ada fardu ‘ain mahu pun fardu kifayah. Jika tujuan jihad adalah untuk mempertahankan diri daripada serangan orang bukan Islam, maka hukumnya fardu’ ain, sementara jika ia bertujuan untuk menyebarkan Islam ia adalah fardu kifayah. Justeru jihad berperanan dalam memperkukuhkan ketahanan dan pertahanan Islam seperti yang terdapat dalam Surah At-Taubah ayat 73.

2.      Menjadi daya pendorong dan iltizam dalam menghadapi musuh
Semangat jihad menuntut supaya tentera Islam melawan musuh yang bilangannya besar tanpa rasa takut dan gentar. Sikap jihad, keberanian dalam kebenaran dan taktik peperangan yang baik membolehkan mereka mendapat kejayaan dalam perang Badar walaupun bilangan musuh tiga kali ganda seperti yang terkandung dalam Surah Faathir ayat 6.
3.      Ganjaran syurga
           
Kematian dalam satu perang jihad membolehkan mereka syahid, satu ketetapan dan jaminan hidup bahagia di akhirat kelak seperti yang dinyatakan al-Quran dalam Surah Ali-Imran ayat 169-170. Malah orang yang mati syahid kerana jihad fisabilillah menentang orang kafir bagi menegakkan kalimah Allah tidak dimandikan dan disembahyangkan, tetapi cukup dengan pakaian yang dipakai semasa berperang dan dikebumikan di tempat berlakunya peperangan tersebut. Dalam Surah at-Taubah ayat 111, Allah menjanjikan balasan syurga kepada mereka yang berjuang kepada jalan Allah. Kesemua perkara ini telah menjadi pendorong dan penguat semangat tentera –tentera Islam bagi melaksanakan jihad.

4.      Mempertahankan Islam, maruah diri dan negara.

Dalam zaman Nabi S.A.W berlaku pelbagai peristiwa peperangan terutama menentang golongan kaum Quraisy dan Yahudi. Tentera Nabi s.a.w. dapat menewaskan mereka dengan semangat jihad yang tinggi. Jihad berjaya menanam semangt perjuangan yang tinggi bukan sahaja untuk mempertahan diri malah untuk agama dan negara.   Konsep jihad fisabillah turut dapat diperhatikan semasa dan selepas zaman Nabi Muhammad. Umt Islam hanya boleh mengangkat senjata untuk membela diri untuk mereka yang terlebih dahulu menyerang dan apabila umat Islam terttindas dan teraniaya seperti dalan Surah al-Hajj ayat 39.

6.  Memastikan perjuangan umat Islam sentiasa berteraskan kehendak agama.
Menerusi jihad umat Islam memahami bahawa Jihad itu ialah mencurahkan segala usaha dan pengorbanan untuk membentuk masyarakat Islam agar agama Islam berada di tempat tertinggi dan syariat Allah menguasai seluruh alam.

Kesimpulan
Jelaslah bahawa Jihad memainkan peranan penting dalam perkembangan syiar Islam dan pembentukan umat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman selepasnya.

SUMBER-SKEMA SEJARAH STPM P2 PAHANG

Tiada ulasan: