Isnin, 10 April 2017

Unit 3.1 Peluasan kuasa Barat



Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil Pembelajaran
Membincangkan faktor-faktor peluasan kuasa Barat. Zaman Khalifah Uthmaniyah abad ke-18 hingga 20M.
Faktor peluasan kuasa Barat
Politik a. Dasar Imperialisme - meluaskan empayar – kuasa hegemoni
b. Persaingan kuasa-kuasaBaratseperti British, perancis,Rusia dan lain-lain - pakatan Eropah
 c. Dasar campur tangan ekoran pergolakan politik dalam wilayah Uthmaniyah - sebelumnya Dasar persahabatan (Dasar Tidak Campur Tangan / Berkecuali) dan Dasar
Perlindungan terhadap kepentingan perdagangan Barat.
d. Permasalahan Timur (The Eastern Question)
e. Polisi luar terpenting - dasar pecah dan perintah. Bangsa Islam Turki, Arab, Armenia, Kurd dan bangsa-bangsa Islam lain mula membina jenama kebangsaan mereka sendiri.
f. Dasar pembaharuan (Tanzimat) - gerakan reformasi ala Barat

Ekonomi
a. Revolusi industri di Eropah
b. Kepentingan Terusan Suez
c. Krisis kewangan dan ekonomi Mesir yang berpunca daripada usaha pembangunan   
   Terusan Suez, EmpanganAswan dan industri gula yang giat dijalankan.
d. Monopoli bahan mentah dan pasaran
e. Konflik hutang kerajaan Uthmaniyyah[1]

Agama
a. Sentimen agama - kesan Perang Salib
b. Gerakan kristianisasi - peranan pihak gereja di sebalik misi penjajahan kuasa Barat c. Isu layanan kerajaan Uthmaniyyah terhadap pendudukberagama Kristian
Faktor-faktor lain :
a. Perkembangan bidang sains dan teknologi, perhubungan
dan pengangkutan.[2]


[1] “Perluasan Kuasa Barat”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,20.106
[2] Ibid,107

Tiada ulasan: