Isnin, 28 November 2016

FOKUS P2 ULANGAN-Sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid.

oleh -AHMAD BIN YAAKOB
Khalifah Harun al-Rasyid lahir di Rayy (Iran) pada tahun 763/149 H dan meninggal dunia pada tahun 809 di Thus, Khurasan.Baginda merupakan seorang yang mempunyai sifat-sifat seperti gagah, berani, menyukai hal-hal agama, bijak berpolitik dan cinta akan ilmu pengetahuan.Baginda telah dilantik sebagai putera mahkota pada tahun 782/166 H dan menjadi khalifah Abbasiyah kelima pada tahun 786-809/170-193 H.Pemerintahan baginda dianggap sebagai zaman keemasan Islam kerana Baghdad pada ketika itu menjadi pusat perdagangan dan pusat ilmu serta peradaban Islam yang terulung.[1]

Sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid
a) Dasar pemerintahan  dan pentadbiran
b) Hubungan diplomatik
c) Memajukan  bidang pendidikan  dan intelektual  seperti membina Baitul Hikmah,  menjadikan Baghdad  sebagai  pusat perkembangan  ilmu, menggalakkan  kegiatan  penulisan dan penterjemahan.
d) Memperkukuhkan  angkatan tentera
e) Memajukan bidang ekonomi khasnya perdagangan.[2]

SUMBANGAN KHALIFAH HARUN al-RASYID
a) Dasar pemerintahan  dan pentadbiran
Harun al-Rasyid  telah melantik wazir yang bijak  daripada keluarga  Barmaki  dalam pemerintahan  beliau. Salah seorang daripada  keluarga Barmaki,  iaitu Yahya  bin Khalid dilantik sebagai menterinya.Yahya telah memberikan  khidmat yang cemerlang kepada  kerajaan Harun al-Rasyid. Anak-anak  beliau iaitu  Jaafar, Al-Fadhl,  Muhammad,  dan Musa juga dilibatkan dalam  urusan pentadbiran  negara. Namun,  prestasi mereka yang cemerlang telah menimbulkan perasaan dengki pegawai-pegawai  yang lain terhadap mereka.Ekoran daripada itu, fltnah dilemparkan  kepada keluarga Barmaki  sebagai golongan  yang lebih condong  kepada fahaman  Syiah dan membelakangkan  ahli Sunnah.

      Mereka dikatakan  membina  istana yang sama  taraf dengan  istana-istana khalifah Mereka juga dituduh  menggunakan  wang negara dan sering juga membekukan wang negara.Lantaran itu, khalifah Harun al-Rasyid bertindak  keras menghapuskan  keluargaBarmaki dari  kerajaannya.Pada tahun 803 Masihi/187  Hijrah, Khalifah Harun  bertindak memberkas tokoh tokoh Barmaki  termasuk  Yahya bin Khalid, Jaafar,  dan Fadhl bin Yahya.  Jaafar telah dihukum  bunuh sementara Fadhl dipenjarakan seumur hidup.  Dengan  itu lenyaplah  peranan  keluarga Barmaki  dalam kerajaan Abbasiyah.[3]

      Selain  menghapuskan  keluarga Barmaki, Khalifah Harun telah dapat membanteras segala  kekacauan  dan pemberontakan di dalam  negaranya  dengan berhikmah tanpa  pertumpahan  darah.Salah  satu tindakan  yang beliau  lakukan  untuk mengekalkan  kestabilan negara adalah dengan menyusun semula pasukan  tenteranya  agar menjadi  sebuah  pasukan tentera  yang berdisiplin dan teratur. Beliau amat mengambil berat terhadap kredibiliti tentera-tenteranya  dan memberi perlindungan serta keselamatan untuk
kesejahteraan  rakyatnya.[4]
b) Hubungan diplomatik
Dalam bidang politik pula, baginda telah mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing. Pada ketika itu, selain kerajaanAbbasiyah di Baghdad, terdapat tiga buah kerajaan besar lain, iaitu:
(a) kerajaan Byzantine di Constantinople.
(b) kerajaan Umayyah di Andalus.
(c) Perancis di Eropah.[5]
Hubungan kerajaan  Harun  al-Rasyid  dengan kerajaan  perancis adalah baik dan beliau tidak menghadapi banyak  masalah berurusan dengan  negara perancis.Malah, Khalifah Harun  dan rajanya,  Raja charlemenge dikatakan  sering bertukar bingkisan dan baginda pernah membantu  Khalifah Harun menghadapi  Kerajaan Byzantine.

     Demikian juga dengan  kerajaan Umaiyah kerana mereka mengamalkan dasar berbaik-baik dengan  kerajaan Harun al Rasyid.Namun,  ancaman yang sebenar datang  dari negara Byzantine.  Hal ini tercetus akibat Maharaja  Nivephoras I yang menaiki takhta selepas Maharani Irena telah membatalkan  perjanjian taat setia dengan  kerajaan Harun ar-Rasyid.Sebelum ini, raja Byzantine, Ratu Irene meneruskan  bayaran ufti kepada kerajaan Abbasiyah  tetapi  apabila Rom diperintah oleh Nivephoras  I, beliau  telah membatalkan ufti tersebut. Hal ini menyebabkan Khalifah Harun menghantar tentera  menyerang Byzantine.Justeru,  tercetuslah peperangan  antara angkatan tentera  yang dipimpin  oleh Harun al-Rasyid  sendiri  dengan  kekuatan Rom yang menyaksikan kejayaan berpihak kepada tentera Islam.Kemenangan tersebut memaksa Maharaja  Rom berdamai  dan sanggup untuk berada  di bawah naungan  kerajaan Abbasiyah.[6]

      Selain  itu, pembukaan  wilayah-wilayah baharu  diteruskan oleh Khalifah  Harun di benua Asia Kecil. Di Laut Mediterranean, pulau Rhodes, dan Cyprus  telah digempur dan kemudiannya  ditawan  pada  805 dan 807 Masihi.Selain itu, Kerajaan Abbasiyah  turut menjalinkan  hubungan dengan  Maharaja china. Bagi menjaga hubungan baik, mereka saling bertukar  bingkisan.[7]
c) Memajukan  bidang pendidikan  dan intelektual 
Khalifah Harun al-Rasyid memainkan peranan yang besar dalam mengembangkan ilmu pengetahuan. Perkembangan dan kegiatan intelektualisme ini berlaku dalam beberapa peringkat, iaitu pembukuan, penyusunan semula ilmu pengetahuan dan penterjemahan.

      Baitul Hikmah (Perpustakaan Agung) telah diasaskan sebagai institusi kebudayaan dan pusat keilmuan yang kemudiannya berkembang dan mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Khalifah al-Makmun. Melalui penubuhan Baitul Hikmah sebagai institusi penterjemahan, kerja-kerja penterjemahan menjadi lebih sistematik. Banyak karya-karya asing dalam bahasa Sanskrit, Suriani dan khususnya ilmu falsafah dan sains Yunani
telah diterjemahkan bagi dimanfaatkan oleh para cendekiawan Islam.[8]

      Bagi menyebarkan ilmu pengetahuan kepada rakyat, baginda telah mendirikan pusat pengajian seperti sekolah, maktab dan universiti. Keadaan ini juga menyebabkan kegiatan penyelidikan dapat dipertingkatkan. Contohnya, sumbangan al-Khwarizmi dalam bidang matematik dan astronomi. Sesungguhnya, hasil kajian sarjana-sarjana Islam ini kemudiannya telah tersebar ke Eropah sekali gus memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan
keilmuan hingga melahirkan zaman Renaisans di Eropah.[9]

Kegiatan  pembukuan
    Pada peringkat  awal,  ilmu pengetahuan  dikumpulkan dalam bentuk lisan, hafalan,  dan ingatan individu.llmu  itu akan hilang jika individu tersebut  meninggal dunia.  Untuk mengelakkan perkara itu berlaku, penulisan  dan catatan  dilakukan pada kulit binatang dan kayu. Penyebaran  ilmu pengetahuan  turut berlaku secara lisan. Khalifah Harun al-Rasyid telah melakukan  satu pembaharuan,  iaitu menggalakkan  ilmu pengetahuan  dibukukan untuk kegunaan generasi  pada masa itu dan akan datang.
      Pada zaman pemerintahan  Khalifah Harun  al-Rasyid, munculnya ulama yang membukukan  ilmu pengetahuan berkenaan  dengan  sejarah  (tarikh),  kesusasteraan,  lughah, hadis,  fiqah, tafsir, dan lain-lain. Antara ulama yang  terkemuka ialah Imam Malik (menyusun  buku al-Muwatta'), Ibn Ishaq (menyusun  buku  al-Sirah),  dan Abu Hanifah (menyusun  buku Fiqah). Melalui proses pembukuan  ini, ilmu pengetahuan dapat berkembang  luas dalam pemerintahan Bani Abbasiyah.[x]

Penyusunan ilmu pengetahuan  Islam
Perkembangan dan kegiatan  penyusunan semula  ilmu pengetahuan Islam  yang berhubung dengan hukum-hakam telah bermula  sejak pemerintahan  Khalifah Abu
Jaafar al-Mansur  754 - 775 M. (1236 -158 H.).Apabila Khalifah  Harun  al-Rasyid memerintah  negara dan umat Islam  786 -  809 M. (170 -  193 H.), beliau menumpukan  perhatian  yang lebih terhadap perkembangan ilmu pengetahuan  Islam. Untuk tujuan  itu, penyusunan ilmu tersebut  sangat diperlukan  supaya  tidak terkeluar daripada konsep  al-Quran  dan Hadis. Penumpuan  dibuat  kepada ilmu tafsir,  hadis, faraid, usuluddin,  syariah, tauhid,  dan fiqah.
Kegiatan  terjemahan
Bagi memperkayakan  dan memperbanyakkan  sumber  bacaan dan khazanah ilmu pengetahuan,  Khalifah Harun  al-Rasyid menggalakkan  pakar bahasa menterjemahkan buku-buku asing seperti dari China,  India, Yunani,  dan Parsi. Penumpuan diberi kepada menterjemahkan  buku-buku  berkenaan ilmu perubatan, falsafah,  kesenian  dan menterjemahkan bukubuku agama dalam bahasa Arab kepada  bahasa asing untuk menyebarkan ilmu tersebut  di luar tanah  Arab. Contohnya  Jurjis bin Bakhitislu  menterjemahkan  buku Pancatanra,  Mahabhrata dan Sindhanta.

Untuk melicinkan kegiatan penterjemahan, Khalifah  Harun al-Rasyid telah melantik Yuhama bin Musaiwaih  sebagai Setiausaha  Institut  Terjemahan  dan golongan  penterjemah dikenali sebagai intelektualisme  Islam.Prof. Dr. Ahmad  Shalaby  dalam  Sejarah  Kebudayaan  Islam menyatakan  bagi menyebarkan  ilmu pengetahuan  berkenaan agama Islam, Khalifah Harun al-Rasyid mendirikan institusi pengajian  seperti masjid, maktab, dan sekolah.  Ini menjadikan Kota Baghdad  dikenali  sebagai gedung ilmu pengetahuan  dan
dikunjungi  oleh umat Islam dari  seluruh dunia.[10]
d)Memajukan bidang ekonomi
      Dalam bidang ekonomi, Khalifah Harun al-Rasyid telah menjadikan kota Baghdad sebagai pusat perdagangan Timur dan Barat yang terbesar dan tersibuk di dunia. Banyak aktiviti perdagangan dijalankan di situ dan ini menarik kedatangan ramai pedagang asing untuk berdagang di kota tersebut. Contohnya - pedagang dari India membawa kain dan rempah-ratus, pedagang dari China pula membawa teh dan sutera serta pelbagai barangan dagangan lain seperti dari Mesir, Turki, Afrika dan Syria.Selain kegiatan perdagangan, pertanian juga diutamakan. Untuk itu, baginda membuka banyak tanah-tanah pertanian yang baharu serta memberikan benih tanaman kepada para petani.[11]



[1]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,56.
[2]Institusi Khalifah”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),18.
[3]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,90. 
[4] Ibid.
[5] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,57.
[6]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,93. 
[7] Ibid.
[viii]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,56.  
[8] Ibid.
[9] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2,102.
[10] ibid
[11] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 57.

Sabtu, 26 November 2016

ANALISIS TERKINI SEJARAH STPM P2 2013-2016 UNTUK ULANGAN STPM P2

oleh-AHMAD BIN YAAKOB
SEJARAH  ISLAM (500 - 1918)
1 Masyarakat, Pemerintahan,Pertahanan, dan Perhubungan Luar
       1.1    Masyarakat jahiliah
Menjelaskan konsep dan struktur masyarakat jahiliah.
a.Konsep Jahiliah
1.2  1.Bincangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW-STPM 2013
1.Sejauh manakah masyarakat Arab Jahiliah dianggap sebagai masyarakat tidak bertamadun? [20m] STPM 2015
1.3  Masyarakat Islam
Piagam Madinah
1.4  Sistem pemerintahan Nabi Muhammad SAW (abad ke.7)
Tindakan Nabi Muhammad SAW di Madinah
1.Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW selepas baginda berjaya menubuhkan negara Islam di Madinah. STPM 2013
1.5  Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW abad ke 7
Ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW STPM 2016
Pemilihan khalifah
Bincangkan pelaksanaan syura dalam pemilihan Khalifah al-Rasyidin STPM2014U
1.Bincangkan kemunculan golongan bahar u dalam masyarakat Islam pada zaman khulafa al-Rasyidin.STPM 2013U
Sumbangan khalifah
i.Khalifah Abu bakar
Bincangkan sumbangan Khalifah Abu Bakar dalam membenteras golongan al-Riddah. [20m] STPMU2015
ii.Khalifah Umar al-Khattab
2.Bincangkan pembaharuan politik dan ekonomi yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab semasa pemerintahannya. [20m] STPM 2015
iii.Khalifah Umar Abdul Aziz-STPM 2014
iv.Khalifah Harun al-Rasyid.
1.6  Bentuk pemerintahan
1.6.1        Pemerintahan pusat dan wilayah
Menjelaskan sistem pemerintahan raja/sultan dan amir.
Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh Maharaja Akbar bagi memantapkan sistem pemeintahannya. STPMU 2014.
Jelaskan sisem politik dan pentadbiran Akbar dalam mengukuhkan pemerintahan kerajaan Moghul di India. STPM 2016
1.7  Pertahanan dan pembukaan wilayah
Jihad
Peperangan-strategi perang  Khandak, Badar–STPM 2014
Kepimpinan
1.Salahuddin al-Ayyubi
2.Sultan Muhammad al-Fatih. STPM2013U.
Nilaikan kepimpinan Muhammad al-Fatih dalam bidang ketenteraan pada abad ke-15 Masihi. [20m]STPM P2U 2015
1.8  Perhubungan luar
Diplomatik
Bincangkan hubungan diplomatik yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW STPM U2014
Naungan
Perjanjian
2.Pembangunan dan penerokaan
2.1 Ekonomi-
Sistem ekonomi Nabi Muhammad SAW pada abad ke-7
Konsep ekonomi Islam zaman Nabi STPM2014
Sistem ekonomi Abbasiyah abad ke-11-12
Sistem ekonomi Kesultanan Melayu Melaka abad ke-15 –STPM 2013
2.1.2 Institusi ekonomi
i.baitulmal
3.Bincangkan pengurusan sumber baitulmal  pada Zaman Khulafa al-Rasyidin .[20m] STPM 2015
ii.cukai
iii.zakat
2.2 Pendidikan
2.2.1 Falsafah pendidikan Islam.
2.2.2 Perkembangan pendidikan
4.Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam institusi pendidikan dikatakan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Jelaskan. STPM 2015
2.3 Perkembangan intelektual
2.3.1 Perkembangan ilmu
Peranan Acheh sebagai pusat ilmu di Nusantara abad ke-16 STPM2013U
2.3.2 Sumbangan tokoh
b)menilai sumbangan
i.al-Khwarizmi
ii.Ibn Sina –STPM 2013
iii.al-Ghazali
Terangkan sumbangan Imam al-Ghazali dalam bidang falsafah.STPM 2016
iv.Ibn Khaldun
Nilaikan sumbangan pemikian Ibn Khaldun tentang peradaban manusia.STPMU 2014.
2.4 Penerokaan
Menilai sumbangan tokoh
i.al-Masudi
Nilaikan sumbangan al-Masudi dalam bidang penerokaan. [20m]STPM U2015
ii.Ibn Majid STPM U 2013
iii.Ibn Battutah STPM 2014
2.5 Seni bina
Seni bina Andalusia abad ke-13
Huraikan ciri seni bina di Andalusia pada abad ke-13 Masihi. [20m]STPMU 2015
Seni bina India abad ke-16-17
a.menghuraikan ciri-ciri seni bina.Huraikan lima ciri seni bina Islam kerajaan Moghul di India pada abad ke-17 M. STPM 2016.
3 Nasionalisme dan pembentukan Negara Bangsa.
3.1 Perluasan kuasa Barat
Khalifah Uthmaniyah abad ke 18-20
a)membincangkan faktor-faktor perluasan kuasa Barat
i.Faktor politik ii.Faktor ekonomi.
3.2 Reaksi masyarakat tempatan
Reaksi masyarakat tempatan di Mesir
Reaksi masyarakat tempatan di Algeria
a)Menjelaskan reaksi masyarakat tempatan
Jelaskan reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan Perancis di Algeria pada abad ke-19 M STPM 2016
3.3 Gerakan nasionalisme abad ke 20
Gerakan nasionalisme di Mesir ke 20 STPM U -2013
Gerakan nasionalisme di Syria abad ke 20
a)analisis faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria –STPM 2013
Terangkan faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada awal abad ke-20. [20m]STPM U 2015
menerangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir
i.Pengaruh agama
ii.Peranan bahasa dan kesusasteraan
iii.Pengaruh kewartawanan
iv.Peranan pendidikan
v.Peranan golongan intelektual
Peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisma di Mesir STPM2014
Syeikh Muhammad Abduh ialah seorang tokoh intelektual Mesir. Terangkan peranan beliau dalam gerakan nasionlisme di Zmesir. STPM 2016
vi.pengaruh luar
3.4 Perang Dunia Pertama
Khalifah Uthmaniyah abad -20
a)Membincangkan penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama. STPM U-2013
5.Galurkan penglibatan Khalifah Utmaniyah dalam Perang Dunia Pertama. STPM 2015.
Kejatuhan kerajaan Turki
Faktor politik dan pengaruh luar yang menjatuhkan kerajaan Turki –STPM 2013
5.Bincangkan faktor perluasan kuasa Barat terhadap pemerintahan kerajaan Utmaniyah pada abad ke-18 Masihi hingga abad ke-20 Masihi. STPM 2015.
3.5 Pembentukan negara bangsa.
Pembentukan negara bangsa di Turki abad ke- 20-STPM 2014
Pembentukan negara bangsa di Mesir abad ke- 20
Bincangkan peranan gerakan Islah dalam membangkitkan kesedaran politik di Mesir pada abad ke-19 dan abad ke-20 Masihi. STPMU 2014
a)      Menghuraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa.
Faktor dalaman mempercepatkan negara bangsa di Turki 1856-1918 STPM 2014
Bincangkan faktor luaran yang mempercepatkan kemunculan negara bangsa di Turki. STPMU 2014.
Huraikan faktor yang menyumbang pembentukan negara bangsa Mesir pada abad ke-20. [20m] STPM U2015


Ahad, 20 November 2016

Sistem ekonomi- zaman kerajaan Abbasiyah (abad ke-11-12M)

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kegiatan ekonomi zaman kerajaan Abbasiyah (abad ke-11-12M)
      Ahli-ahli sejarah klasik dan moden bersetuju secara khusus meletakkan zaman pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid (170 – 194H/786 – 809M) sebagai zaman pencapaian ekonomi yang paling tinggi sehingga layak menerima jolokan zaman keemasan (golden period). Prof.Philip K.Hitti menyifatkan kejayaan Abbasiyah dalam soal ini adalah luar biasa kerana ia mampu menaikkan taraf Baghdad dari satu keadaan yang mengagungkan setanding dengan keagungan Bayzantin.[1] Sebagaimana pemerintahan kerajaan-kerajaan Islam sebelumnya, kerajaan Abbasiyah juga menumpukan kepada tiga bidang kegiatan ekonomi yang utama  iaitu pertanian, perdagangan dan perindusrian. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kerajaan Abbasiyah cenderung kepada kegiatan ekonomi . Antaranya mempunyai tanah yang subur dan tersedianya pelabuhan-pelabuhan semulajadi.
a.Perdagangan-Baghdad sebagai hub/kota perdagangan antarabangsa terpenting dunia. Jaringan perdagangan antarabangsa zaman kerajaan Abbasiyah amat luas. Pelabuhan Baghdad,Basrahdan lain-lain. Pelbagai barang dagangan.
b.Pertanian
Kegitan pertanian ini dijalankan kerana  terdapat banyak kawasan yang subur khasnya kawasan berhampiran sungai Furat dan Dajlah dan sungai Euphrates dan Tigris. Tanaman seperti gandum, kurma, kapas, anggur, tin,limau dan epal . Khurasan dan Bukhara adalah wilayah paling subur dan produktif. Cukai hasil pertanian  adalah sumber penting kerajaan.

      Pemerintah berperanan memajukan sektor pertanian. Contohnya menyediakan kemudahan sistem saliran seperti Ain Zubaidah dan menggalakkan pembukaan tanah-tanah baharu serta melebarkan sungai dan terusan.Bagi meningkatkan pengeluaran, usaha penyelidikan dilakukan. Dengan ini, lahir ramai tokoh cendikiawan ang mencetuskan idea-idea baharu. Antara kawasan pertanian zaman kerajaan Abbassiyah ialah Mesir, Syam, Iraq, yaman, Maghribi dan Khurasan.[2]

Daerah Khurasan merupakan daerah pertanian yang paling makmur sehingga menjadi pendapatan cukai kerajaan terbesar. Kota Bukhara, merupakan daerah perkebunan yang subur, disini antara Samarkan dan Bhukara, terbentang lembah Sogdiana, salah satu dari “empat sorga dunia”, yaitu Shi’b Bawwan (celah bavvan di Faris), kebun Ubalah Canal, yang membentang dari Bashrah ketenggara. Ditaman-taman ini tumbuh subur beberapa jenis buah, sayuran dan bunga, seperi kurma, apel apricot, persik, prem, lemon, limau, anggur, zaitun, almond, delima, terung, lobak, mentimun, mawar, selasih, tembikai di datangkan dari Kwarizm ke istana al-Ma’mun dan al-Wastiq dalam peti yang diisi air batu, harga sebiji tembikai di Baghdad mencapai 700 dirham. Sebenarnya, pohon dan sayuran yang kini tumbuh sudah dikenal pada masa itu, kecuali mangga, kentang, tomato, dan tanaman sejenis baru diperkenalkan dari dunia baru . Dan Negara koloni eropah di seberang benua.[3]    
c.Penernakan.

d.Perindustrian seperti industri tekstil , tenunan,gelas dan tembikar.[4] 
      Bidang perindustrian menjadi pemisah antara sektor kerajaan dan swasta. Beberapa bidang industri  yang terkenal pada masa itu ialah industri gelas dan tembikar dan industri tekstil dan tenunan.Jaingan perdagangan internasional pada zaman Abbasiyah sangat luas.Pelabuhan-pelabuhan seperti Baghdad, Basrah, Siraf, Kaherah dan Iskandariah menjadi pelabuhan intenasional.

      Pedagang-pedagang Islam telah berniaga sampai ke negeri China. Mereka berdagang secara kafilah dan barangannya dibawa dengan kuda.. Disebelah Barat oang Arab telah berdagang  sampai ke Sepanyol. Mereka menjual kurma, gula,kapas,kain bulu, alat besi dan gelas.Mereka mengimpot rempah ratus, kapur barus dan sutera dari negara-negara Asia. Dari Afrika pula dimpot daging,gading,kayu arang dan hamba abdi.

      Baghdad merupakan  kota dagangan terbesar di Asia setanding Iskandariah sebagai pusat perdagangan di Afrika. Kesemarakan kota ini tidak saja disebabkan kedudukkannya sebagai ibu kota Daulah Abbasiyah, malah menjadi pusat pertemuan jalur-jalur niaga dari seluruh penjuru. Damsyik pula menjadi kota dagang penting kerana diziarahi jemaah haji yang berangkat dan pulang dari Mekah.[5]



[1] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2015), 186.
[2] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kedua,(Shah Alam:Oxford Fajar.2016)  ,103.
[4]“Sisem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),47.
[5]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, 187.