Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Khalifah Harun al-Rasyid lahir
di Rayy (Iran) pada tahun 763/149 H dan meninggal dunia pada tahun 809 di Thus,
Khurasan.Baginda merupakan seorang yang mempunyai sifat-sifat seperti gagah,
berani, menyukai hal-hal agama, bijak berpolitik dan cinta akan ilmu
pengetahuan.Baginda telah dilantik sebagai putera mahkota pada tahun 782/166 H
dan menjadi khalifah Abbasiyah kelima pada tahun 786-809/170-193 H.Pemerintahan
baginda dianggap sebagai zaman keemasan Islam kerana Baghdad pada ketika itu
menjadi pusat perdagangan dan pusat ilmu serta peradaban Islam yang terulung.[1]
Sumbangan Khalifah Harun
al-Rashid 786-890M/170-193H
Dalam jangka masa 23 tahun
Khalifah Harun al-Rashid memeintah negara dan umat Islam, perbagai dasar
pemeintahan dan pembahauan telah dirancang. Pembaharuan Khalifah Harun meliputi
aspek politik, ekonomi dan sosial.
a)Dasar pemerintahan dan
pentadbiran
Siasah dalam negeri
Harun al-Rashid melantik wazir
yang bijak daipada keluaga Barmaki dalam pemerintahan beliau. Yahya bin Khalid
dilantik sebagai menterinya. Yahya telah memberi khidmat yang cemerlang kepada
kerajaan Harun al-Rashid.Yahya telah diberikan kuasa eksekutif dan mentadbir
kerajaan Abbasiyah selama 17 tahun dengan penuh ikhlas dan jujur. Anak-anak
beliau Jaafar, Al-Fadhl, Muhammad dan Musa juga terlibat dalam urusan
pentadbiran negara. Pentadbiran yang dijalankan membawa kekayaan kepada perbendahraan,
tetapi tidak kepada rakyat.[2] Namun
prestasi mereka yang cemerlang telah menimbulkan perasaan dengki
pegawai-pegawai lain tehadap mereka.Fitnah dilembarkan kepada keluaga Barmaki
sebagai golongan yang lebih condong kepada fahaman syiah dan membelakangkan
ahli sunnah. Mereka dikatakan membina istana yang sama taraf dengan istana
khalifah.Mereka dituduh menggunakan wang negara dan membekukan wang negara.
Lantaran itu, Khalifah Harun bertindak
keras memberkas tokoh-tokoh al-Barmaki termasuk Yahya bin Khalid, Jaafar dan
Fadhli bin Yahya. Jaafar telah dihukum bunuh sementara Fadhl dipenjara seumur
hidup.Dengan itu lenyaplah peranan keluaga al-Barmaki dalam kerajaan Abbasiyah.Khalifah
Harun juga membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di dalam negara dengan berhikmah tanpa
pertumpahan darah.[3]
Antara perubahan yang dilakukan semasa peringkat kedua pentadbirannya ialah
memindahkan kuasa daripada orang Parsi kepada orang Arab dan mengekalkan dasar
permusuhan dengan golongan Syiah.[4]
b)Hubungan diplomatik.
Dalam bidang politik pula, baginda
telah mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing. Pada ketika itu,
selain kerajaanAbbasiyah di Baghdad, terdapat tiga buah kerajaan besar lain,
iaitu kerajaan Byzantine di Constantinople,kerajaan Umayyah di Andalus. Dan Perancis
di Eropah.
Hubungan dengan Byzantine pada
amnya adalah tidak baik dan semakin buruk semasa pemerintahan Khalifah Harun
al-Rasyid.
Hal ini berbeza dengan
Perancis. Hubungan antara baginda dengan Raja Charlamagne (raja Perancis)
adalah baik. Ini mungkin disebabkan mereka mempunyai musuh yang sama, iaitu
kerajaan Umayyah di Andalus. Hubungan baik ini terbukti apabila kedua-dua
kerajaan sering bertukar-tukar duta serta cenderamata.[5]
c)Memajukan bidang pendidikan
dan intelektual.
Khalifah Harun al-Rasyid memainkan
peranan yang besar dalam mengembangkan ilmu pengetahuan. Perkembangan dan kegiatan
intelektualisme ini berlaku dalam beberapa peringkat, iaitu pembukuan,
penyusunan semula ilmu pengetahuan dan penterjemahan.
Baitul Hikmah (Perpustakaan Agung) telah
diasaskan sebagai institusi kebudayaan dan pusat keilmuan yang kemudiannya
berkembang dan mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Khalifah al-Makmun.
Melalui penubuhan Baitul Hikmah sebagai institusi penterjemahan, kerja-kerja
penterjemahan menjadi lebih sistematik. Banyak karya-karya asing dalam bahasa Sanskrit,
Suriani dan khususnya ilmu falsafah dan sains Yunani
telah diterjemahkan bagi dimanfaatkan
oleh para cendekiawan Islam.
Bagi menyebarkan ilmu pengetahuan kepada
rakyat, baginda telah mendirikan pusat pengajian seperti sekolah, maktab dan
universiti. Keadaan ini juga menyebabkan kegiatan penyelidikan dapat dipertingkatkan.
Contohnya, sumbangan al-Khwarizmi dalam bidang matematik dan astronomi.
Sesungguhnya, hasil kajian sarjana-sarjana Islam ini kemudiannya telah tersebar
ke Eropah sekali gus memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan keilmuan
hingga melahirkan zaman Renaisans di Eropah.[6]
d)Memperkukuhkan angkatan
tentera.
Untuk mengekalkan kestabilan
negara, Khalifah Harun al-Rashid menyusun semula pasukan tenteranya agar
menjadi sebuah pasukan tentera yang berdiplin dan teratur. Beliau amat
mengambil berat terhadap kredibiliti tentera-tenteranya dan memberi
perlindungan serta keselamatan untuk kesejahteraan rakyatnya.[7]
Pasukan tentera disusun semula dan membuat kawalan rapi di laut dan pelabuhan
bagi menjamin keselamatan kapal-kapal dagang yang berlabuh di Pelabuhan Basrah.
e)Memajukan bidang ekonomi
khasnya perdagangan.[8]
Dalam bidang ekonomi, Khalifah
Harun al-Rasyid telah menjadikan kota Baghdad sebagai pusat perdagangan Timur dan
Barat yang terbesar dan tersibuk di dunia. Banyak aktiviti perdagangan
dijalankan di situ dan ini menarik kedatangan ramai pedagang asing untuk
berdagang di kota tersebut. Contohnya - pedagang dari India membawa kain dan
rempah-ratus, pedagang dari China pula membawa teh dan sutera serta pelbagai
barangan dagangan lain seperti dari Mesir, Turki, Afrika dan Syria.
Selain kegiatan perdagangan, pertanian
juga diutamakan. Untuk itu, baginda membuka banyak tanah-tanah pertanian yang
baharu serta memberikan benih tanaman kepada para petani.[9]Khalifah
Haun al-Rasyid membahagikan tanah kerajaan dan ampasan perang kepada tentera
yang bersara. Dan oang miskin untuk diusahakan dengan kegiatan pertanian.[10]
[1]Ibid,56.
[2] Mahayudin
Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,55.
[3] Mohd
Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong
,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,90.
[5] Ibid,55.
[7] Mohd
Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong
,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,91.
[8] “Sumbangan
Khalifah/Tokoh”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),18.
[9] Mahayudin
Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini,57.