.
Pendahuluan
Nama sebenar al-Khwarizmi ialah
Abdullah Muhammad bin Musa al-Khwarizmi. Dikenali sebagai al-khawarizmi,
al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Goritmi, al-Gorismi dan al-Karismi. Merupakan
ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik.Tokoh Islam yang berpengetahuan
luas dalam bidang falsafah,logik, aritmetik,geometri,muzik,kejuruteraan,sejarah
Islam dan kimia.Dinobatkan sebagai ‘Ahli Falak Diraja, atas sumbangan dan
kajian beliau. Beliau telah diiktiraf oleh pemerintah
Abbasiyah ,iaitu Khalifah Harun ar-Rasyid yang telah melantik beliau sebagai pakar matematik dan ahli akademi
matematik di Baitul Hikmah. Turut mengemaskini
sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-buku di perpustakaan
tersebut.Contohnya, di Baitul Hikmah, beliau turut mengetuai dan mengawasi
kerja-kerja penterjemahan buku-buku matematik dalam bahasa Yunani yang
diperoleh daripada kerajaan Byzantine. Dilantik sebagai pengarah arkib buku di
perpustakaan istana khalifah pada zaman pemerintahan Khalifah al- Ma’mun.
Isi
1. Memperkenalkan sistem nombor dan angka.
Al- Khwarizmi telah memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga
kini, iaitu 0,1,2,3,4,5,6.7,8 dan
9. Angka-angka tersebut menggunakan
simbol-simbol tertentu yang mewakili nilai-nilai tertentu. Beliau merupakan
individu pertama yang memperkenalkan angka’sifar’ (kosong) dan perpuluhan
dalam matematik. Melalui angka sifar muncul nombor yang
mempunyai ‘infiniti’. Malah ‘sifar’ yang diperkenalkan oleh beliau dipinjam
oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan
cifre,chiffre dan zero.Pengenalan system angka yang sistematik oleh al-Kwarizmi
bukan sahaja membolehkan operasi pengiraan matematik diperluaskan meliputi
operasi kuasa, log, kosinus dan sebagainya, malah membolehkan ilmu sains dan
teknologi berkembang dengan lebih pesat.
2. Mempelopori ilmu algebra
Al-Khwarizmi juga dikenali sebagai Bapa al-Jabar (algebra) berikutan
sumbangan beliau dalam jurusan aritmetik iaitu
al-Jabar ( satu bidang matematik yang dipanggil persamaan ). Contoh,
karya teragungnya, al-Jabr
wa-al-Muqabilah juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada
kurun ke 12 dan menjadi rujukan di universiti di Eropah.Kesannya, melalui
kaedah penggunaan simbol yang mewakili
nombor, nilai atau pemboleh ubah, banyak masalah pengiraan dapat
diselesaikan. Secara praktiknya,
masalah-masalah pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam dapat diatasi.
3. Penyelesaian permasalahan harta pusaka
Al-Khwarizmi dapat menyelesaikan
masalah praktikal yang dihadapi oleh umat Islam khususnya pengiraan.Contohnya,
pembahagiaan harta pusaka dan
perniagaan. Penggunaan konsep pemboleh ubah juga membantu dalam pembahagian zakat yang dapat
dikeluarkan dengan mudah. Kesannya, ilmu
yang diperkenalkan telah dapat membantu
mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit dan kompleks.
4.Geometri dan trigonometri
Al-Khwarizmi juga memberi sumbangan dalam bidang geometri dan
trigonometri. Hal ini kerana kedua-dua
bidang tersebut merupakan pecahan kepada bidang matematik yang melibatkan pengiraan. Kedua-dua cabang ilmu
matematik ini juga disentuh dalam karyanya Hisab al-Jabr wa-al-Muqabalah.Contohnya, ilmu
geometri berkaitan dengan ciri dan hubungan antara titik, garis, sudut, permukaan dan pepejal dalam
ruang. Manakala trigonometri berkaitan dengan
pengiraan segi tiga, sukatan sisi
dan sudutnya. Kesannya, ilmu yang diperkenalkan oleh beliau dapat membantu mengatasi masalah pengiraan yang
lebih rumit.
5.Mencipta ilmu-ilmu baharu
Beliau mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh pakar matematik
sebelum ini. Dalam kitab yang
dihasilkan, pelbagai istilah baharu tentang ilmu diperkenalkan dan digunakan
sehingga kini iaitu pemboleh ubah (x), pemboleh ubah kuasa dua dan pemalar (c).
Contohnya, Al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah juga mengandungi
bab-bab yang meliputi pelbagai topik iaitu pengiraan darab, campur, tolak dan
bahagi, persamaan, timbangan dan ukuran, keluasan bulatan dan segi tiga serta isipadu bentuk piramid dan
kon.Kesannya, umat Islam dikatakan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam ilmu
matematik.
Kesimpulan
Sumbangan al-Khwarizmi dalam bidang matematik telah mencerminkan kehebatan
dan keunggulan tamadun Islam yang berkekalan sehingga ke hari ini dan
sebagai pemangkin kepada kemajuan orang
Barat yang mendalami teori-teori yang dikemukakan oleh beliau. Selain daripada
bidang matematik, al-Khwarizmi juga berjasa dalam bidang astronomi dan
geografi.
sumber_skema PPAHANG 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan