Pendahuluan
·
Pada 622 M Nabi
Muhammad berhijrah ke Madinah kesan daripada Perjanjian AlAqabah 1 dan
Al-Aqabah II dengan golongan Arab Madinah iaitu suku kaum Aus dan Khazraj.
Kedatangan Nab] clan golongan Muhajirin disambut baik oleh masyarakat Madinah.
·
Melalui Perjanjian
Madinah, Rasulullah telah dilantik sebagai ketua negara bagi memimpin
masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan Madinah merupakan
negara Islam yang pertama.
·
Sebagai pemimpin
negara Rasulullah telah menjalankan pentadbiran negara, membangunkan ekonomi
dan sosial di Madinah. Dari sudut ekonomi, Rasulullah telah memberi tumpuan
untuk menghapuskan jurang ekonomi masyarakat Madinah dan pembangunan ekonomi
selaras dengan tuntutan agama Islam.
Sumber-sumber Ekonomi
1.
Derma (sedekah)
- Sumber -
Derma merupakan sumber pendapatan negara yang terpenting terutarna di awal
penubuhan negara Islam. Sumbangan derma dilakukan oleh masyarakat Madinah
yang kaya clan berharta. Ianya dalam bentuk sumbangan keperluan asas
seperti pakaian dan makanan, wang, dan harta tanah.
- Kepentingan -
i.
Derma dan sumbangan
ikhlas golongan Ansar telah dapat menyelesaikan masalah kemiskinan golongan
Muhajirirt yang berhijrah ke Madinah tanpa membawa sebarang harta benda. Orang Ansar telah berkongsi harta
mereka (rumah, kebun, dan dusun) dengan saudara mereka golongan Muhajirin.
ii.
Derma juga penting untuk membolehkan Rasulullah memperkukuhkan kedudukan
tentera Islam.. Contohnya. Dalam peperangan Khandak, Saad bin Ubadah menderma
kurma kepada tentera Islam. Usman bin Affan, Abu Bakar, Talhah bin Ubaidullah
telah menderma wang untuk memperkukuhkan tentera Islam dalam perang Tabuk.
iii.
Selain itu orang Islam juga telah mewakafkan tanah mereka untuk
kepentingan masyarakat dan
agama. Kulthum bin al-Hinm telah menyerahkan tanahnya untuk membina masjid
Quba'.
2. Rampasan Perang (Ghanimah
dan Fai')
a.
Sumber-Kekalahan musuh dalam sin' peperangan dengan tentera
Islam telah menghasilkan pendapatan negara dalam bentuk hasil rampasan perang.
Harta tersebut ditinggalkan oleh pihak musuh yang menyerang tentera Islam.
Bentuk rampasan perang ialah bekalan makanan, senjata, binatang ternakan, dan
barang perniagaan yang dibawa oleh pihak musuh. Dalam peperangan Badar, tentera
Islam berjaya mendapat rampasan seperti unta, tikar Wit dan pakaian. Dalam
perang Khaibar tentera Islam berjaya mendapat harta rampasan perang yang besar
iaitu dianggarkan 9,500 dinar dalam bentuk senjata, unta, emas, dan kekayaan
lain.
- Kepentingan-Setiap harta rampasan perang
dibahagi kepada lima bahagian. Satu bahagian diserahkan kepada tabung
negara dan empat bahagian diagihkan kepada tentera Islam yang menyertai
peperangan tersebut. Walaupun hasil rampasan perang tidak besar tetapi
ianya penting sebagai pendapatan negara dan sumbangan tentera Islam yang
menyertai perang secara sukarela clan tidak dibayar gaji. Ianya dapat mengurangkan bebanan ekonomi masyarakat
Islam.
3. Hartanah yang
ditinggalkan oleh musuh
a.
Sumber -Di zaman
Rasulullah hartanah tanah kebanyakannya yang dimiliki oleh orang Yahudi yang
tinggal di Madinah. Bani Qainuqa memiliki pasar, rumah, dan kedai. Bazu Nadir
dan Bani Quraizah memiliki ladang yang luas terutama di Khaibar. Tindakan orang
Yahudi melanggar perlembagaan Madinah menyebabkan mereka diusir keluar daripada
kota Madinah dan harta milik mereka ditinggalkan sebagai harta rampasan.
b.
Kepentingan-Hartanah ini
membolehkan Rasulullah mengagihkan kepada masyarakat di Madinah bagi
mengurangkan jurang ekonomi dengan persetujuan golongan Ansar dan Muhajirin.
Rasulullah telah mengagihkan sebahagian daripada hartanah Bani Nadir kepada dua
orang Ansar yang miskin dan orang Muhajirin. Sementara itu dusun di Khaibar
merupakan tanah yang dimiliki oleh petani asal dengan syarat menyerahkan
sebahagian hasilnya kepada kerajaan.
4. Tebusan Tawanan
Perang
a. Sumber- Sumber pendapatan negara juga diperoleh daripada hasil
tebusan tawanan perang. Dalam Perang Badar. Menurut Ibnu Ishaq, 20 orang
tawanan perang telah membayar 75,000 dirham. Dalam peperangan orang Islam
menentang Bani al-Mustaliq--Ferlaya mendapat tebusan tawanan perang.
b. Kepentingan-Tebusan tawanan perang disyaratkan satu daripada lima
bahagian di serahkan sebagai khumus kepada negara dan selebihnya kepada tentera Islam.
Wang tebusan tersebut digunakan oleh Rasulullah untuk memperkukuhkan tentera
Islam (kelengkapan perang)
5. Jizyah
a.
Sumber- Jizyah sejenis
cukai yang hanya dikenakan kepada lelaki non muslim sahaja. Golongan pertama
membayar jizyah kepada Rasulullah ialah penduduk oleh penduduk Taima' pada
tahun 7 H. Orang Yahudi Taima bersetuju membawa jizyah sebagai perlindungan
keselamatan clan harta benda mereka . Selain itu jizyah juga dibayar oleh
penduduk bukan Islam di Najran, Harba, dan Azruh. Kadar jizyah dibayar oleh
kebanyakan mereka ialah satu dinar. Contohnya 300 orang penduduk Allan telah membayar
300 dinar untuk setahun.
b.
Kepentingan - Pembayaran
Jizyah ke atas negara Islam di Madinah menunjukkan masyarakat bukan Islam di
Semenanjung Tanah Arab telah mengiktiraf kepimpinan Nabi Muhammad dan negara
Islam Madinah. Orang Yahudi yang sebelum ini berusaha untuk menentang kerajaan
Islam terpaksa meminta perlindungan dari kerajaan Islam. Pendapatan dari cukai
jizyah juga membolehkan Nabi membangunkan masyarakat Islam di Madinah.
6. Zakat
- Sumber - pada tahun 2H zakat diwajibkan ke atas orang
Islam. Zakat dibahagikan kepada dua jenis iaitu zakat harta dan zakat
fitrah. Zakat harta merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta apabila
sampai nisabnya dan genap setahun. Zakat fitrah diwajibkan oleh Rasulullah
di bulan Ramadan dengan kadar yang ditetapkan ke atas makanan rugi kepada
golongan yang berhak. Zakat berikan kepada golongan yang berhak
menerimanya dari hukum syarak. Zakat harta benda termasuklah hasil
pertanian rug], bintang ternakan tertentu, keuntungan perniagaan, emas,
dan perak..
b.
Kepentingan- Selain daripada menandakan keimanan seseorang,
zakat juga memberi kesan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat Islam. Ianya
dapat mengurangkan jurang kekayaan dan membantu golongan yang miskin dan berada
dalam kesulitan. Selain daripada
kerajaan, masyarakat Islam juga berperanan dalam bidang ekonomi dan sosial. Mengikis sifat bakhil, dan menyucikan harta.
Kesimpulan
Kepelbagaian
sumber ekonomi pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW sangat membantu dalam
perkembangan negara Islam Madinah dan menjadi panduan pengurusan ekonomi kepada
negara Islam seterusnya.
sumber-SKEMA PERCUBAAN PAHANG 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan