Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pemerintahan dan pentadbiran
pada peringkat wilayah wujud ekoran daripada kejayaan-kejayaan yang dicapai
dalam ekspedisi ketenteraan.Kerajaan wilayah ialah kerajaan yang terletak di
bawah pemerintahan kerajaan Islam secara langsung. Pada peringkat awal kerajaan
ini bukanlah kerajaan Islam, akan tetapi atas sebab-sebab tertentu kerajaan
tersebut menjadi sebahagian kerajaan Islam. Contohnya kejatuhan Kota Makkah
kepada tentera Islam Madinah menyebabkan Kota Makkah menjadi kerajaan wilayah
yang berpusat di Madinah. Pada zaman Khulafa al-Rasyidin kerajaan wilayah ialah
Makkah, Baghdad dan Damssyik.[1]
2. Pada zaman pemerintahan
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, negara Islam telah dibahagikan kepada l0 buah
daerah, iaitu Makkah,Ta'if, Yaman, Hadhramaut, Khawlan, al-Jund, Najran, Zabid,
Bahrain dan Jarsh.
3. Pentadbiran pada peringkat
wilayah seterusnya diperkemas pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin
al-Khattab berikutan kejayaan kempen peluasan kuasa.
4. Negara Islam dibahagikan
kepada lapan buah wilayah utama, iaitu Madinah, Makkah, Syam, Mesopotamia, han,
Iraq, Mesir dan Palestin. Setiap wilayah berkenaan mempunyai ibu negeri/pusat
pentadbiran masing-masing. Bagi memastikan urusan pentadbiran berjalan lancar,
Khalifah Umar bin al-Khattab telah membentuk sistem birokrasi yang sistematik.
5. Setiap wilayah akan diketuai
oleh Gabenor yang akan dibantu oleh pegawai-pegawai lain seperti setiausaha dan
pegawai tertentu di beberapa buah jabatan seperti Setiausaha Tentera, Pegawai
Cukai (Sahib al-Kharaj), Pegawai Polis (Saftib al-Syurtah), Pegawai
Perbendaharaan Negara (Sahib Bait al-Mal) dan seorang kadi.
6. Individu yang dilantik
memegang jawatan berkenaan wajib melaporkan harta sebelum dan setelah selesai
menjalankan tanggungjawab serta diperjelaskan mengikut bidang kuasa mereka agar
tidak timbul kekeliruan kelak.
7. Di setiap wilayah, didirikan
pula cawangan baitulmal bagi memudahkan urusan pendapatan dan perbelanjaan
negara.[2]
[1] Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam
Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2015), 104.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan