Rabu, 24 Mei 2017

2.2.2 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR ABAD KE-8M

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
a. Jenis institusi pendidikan
Sejarah awal perkembangan pendidikan Islam di Mesir –
Kewujudan pelbagai institusi pendidikan merupakan sesuatu yang lumrah di sesebuah negara, begitu juga di Mesir. Masjid merupakan institusi pendidikan terawal ang pada mulanya menawarkan pemebelajaran ilmu keagamaan fardu ain diikuti ilmu-ilmu bukan agama atau fardu kifayah.[1]

       Kota Fustat sebagai pusat pentadbiran dan pusat pendidikan Islam, khasnya selepas pembinaan Masjid Amru bin al-As.Kemudian pusat keilmuan berpindah ke Kaherah dengan terbinanya Masjid al-Azhar zaman Dinasti F atimiyyah.

      Seterusnya Masjid al-Azhar menjadi pusat pengkajian Islam khasnya zaman pemerintahan khalifah Salehuddin al-Ayyubi sehingga melahirkan ramai tokoh-tokoh ilmuan Islam terkenal.

Jenis institusi pendidikan di Mesir
a. Halaqah - lingkaran iaitu proses belajar dan mengajar dilaksanakan apabila murid-murid melingkari gurunya. Kegiatan halaqah berlaku di masjid atau rumah-rumah. Halaqah adalah lanjutan daripada pembelajaran di kuttab dan kemunculannya lebih awal dari madrasah.
b. Masjid - pusat pendidikan, pusat ilmu, dakwah, kebudayaan Islam dan mahkamah keadilan. Pendidikan dan pengajaran yang berlangsung di masjid-masjid merupakan proses awal daripada terbentuknya kuttab dan halaqah di Mesir. Beberapa masjid di Kaherah berfungsi sebagai sekolah Islam (madrasah) dan hospital. Antara masjid terkenal di Kaherah adalah Masjid Jamie Amru dan Masjid Jamie Ibn Thulun.
c. Kuttab - pendidikan fardu ain dan fardu kifayah.
Penekanan kepada ilmu al-Quran, tafsir, hadis dan lain-lain. Kurikulum pendidikan di Kuttab berorientasi al- Quran sebagai buku teks yang merangkumi pengajaran membaca dan menulis, kaligrafi, sejarah Nabi Muhammad SAW dan hadis. Abad ke-8M, kuttab mulai mengajar ilmu pengetahuan umum dan agama ekoran pertembungan antara Islam dengan warisan budaya helenisme (budaya Yunani) sehingga berlaku banyak perubahan dalam kurikulum pendidikan Islam. Muncul dua aliran kuttab: pertama - kuttab yang mengajar ilmu agama (religious learning) dan kuttab yang mengajar pengetahuan bukan agama (secular learning).
d. Madrasah - madrasah hadis (sistem pendidikan hadis)
      Sejak penaklukkan Islam terhadap Mesir terdapat para sahabat Rasulullah SAW telah memasuki Mesir, misalnya Abdullah ibn Amru al-As, al-Zubair Awwam dan Miqdad al-Aswad. Terdapat riwayayang mengatakan bahawa sejumlah 34 orang sahabat telah menetap di Mesir dan ada antara sahabat ini yang terlibat dalam pembentukan madrasah hadis di negeri Mesir.

      Penglibatan para sahabat dalam pendidikan telah membuka satu ruang dakwah bagi mereka menyebarkan  Islam, bahkan telah membentuk satu sistem yang tersusun dalam menerapkan kefahaman Islam. Secara tidak langsung usaha para sahabat telah membentuk satu sistem pendidikan hadis yang tersusun (madrasah hadis). Antara para sahabat yang terlibat dalam madrasah hadis ini iaitu Abdullah Amru Al-As, Amru al-As, Ukbah bin Amir, Maslamah dan Kharijah bin Huzafah Al-Adwi.

      Abdullah bin Amru Al-As ahli hadis yang amat mahir dan alim dalam ilmu tersebut kerana beliau bukan sahaja menghafal hadis-hadis yang beliau dengar daripada Rasulullah SAW.Bahkan beliau juga turut menulis dalam buku catatannya, agar beliau idak lupa ketika ingin meriwayat hadis-hadis tersebut kepada murid-muridnya.[2]    

e. Padang pasir / badiah - badiah-badiah merupakan sumber pembelajaran bahasa Arab yang asli sehingga banyak anak khalifah, ulama dan ahli ilmu datang ke badiah-badiah untuk mempelajari bahasa kesusasteraan Arab.[3]



[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kedua(Shah Alam: Oxford Fajar.2016)  ,131.
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 241.
[3] “Pendidikan”, ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),65.

Tiada ulasan: