Oleh –AHMAD BIN YAAKOB
Pentadbiran pusat
zaman Khulafa al-Rasyidin :
Pada zaman Khalifah Abu Bakar
al-Siddiq tidak banyak berbeza dengan zaman Rasulullah SAW kerana tempoh
pemerintahannya yang singkat. Tambahan pula beliau sibuk memerangi gerakan
murtad secara besar-besaran dan golongan yang enggan membayar zakat selepas sahaja
kewafatan Rasulullah SAW. Pentadbiran Khalifah Abu Bakar berpusat di Madinah.
a) Madinah sebagai pusat pemerintahan.
b) Masjid Nabawi sebagai pusat pentadbiran negara,pusat ibadat dan kegiatan dakwah Islamiah.
c) Khalifah sebagai ketuabadan eksekutif, legislatif dan kehakiman.
d)
Khalifah paling berkuasa tetapi kekuasaan tidak berbentuk mutlak dan
terikat dengan al-Quran dan sunnah yang mengawal segala tindakan
khalifah.
e) Sesuatu dasar diputuskan melalui majlis syura (badan penasihat Khalifah).
f) Majlis Syura secara rasmi dibentuk pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin al-Khattab
g) Penubuhan Baitul Mal -perbendaharaan negara untuk menguruskan harta rakyat dan negara.[1
Pentadbiran
wilayah zaman Khulafa al-Rasyidin
:
a) Semasa pemerintahan khalifah Abu Bakar,pemerintahan wilayah
dibahagikan kepada 10
wilayah - Makkah, Taif, Yaman, Hadhramaut, Khawlan, al-Jund,
Nazran, Zabid, Bahrain dan Jarsh.
b)Pentadbiran perigkat wilayah telah
diperkemaskan Pada zaman pemerintahan
khalifah Umar bin al-Khattab berikutan kejayaan kempen perluasan kuasa.
c) Negara Islam dibahagikan kepada 8 wilayah utama iaitu Madinah,Mekah, Syam, Mesopotamia, Iraan,
Iraq, Mesir dan Palestin.[2]
d) Setiap wilayah mempunyai ibu negeri dan pusat pentadbiran
masing-masing.
e) Khalifah Umar bin
al-Khattab telah membentuk sistem
birokrasi yang sistematik.
f)
Setiap wilayah diketuai oleh gabenor (amil) dan dibantu oleh
setiausaha dan pegawai lain seperti :setiausaha tentera, pegawai cukai
(Sahib al-Kharaj)' pegawai
polis (Sahib al- Syurtah), pegawai perbendaharan (Sahib
Bait al-Mal) dan kadi'
g) Setiap wilayah didirikan sebuah
Baitul Mal untuk menguruskan
pendapatan dan perbelanjaan
negara.[3]
[1]“Bentuk Pemerintahan”, dalam Modul Pengajaran dan
Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia,2013),20.
[2]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,61.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan