OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Latar belakang Al-Khawarizmi
Nama
sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi.
Selain dipanggil al-Khawaizmi, beliau terkenal juga dengan gelaran Abu
Abdullah. Namun di Barat, Al-Khawarizmi dikenali sebagai al-Cowarizmi,
al-Ahawizmi al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan
lain.Beliau dilahirkan pada tahun 780M di daerah Khawarizmi yang
sekarang dikenali sebagai Khiwa. Ibu bapa beliau berhijrah ke sebuah
kawasan di Selatan Baghdad. Beliau meninggal dunia pada tahun 840
Masihi.[1]
Kepakaran
beliau dalam ilmu matematik diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyah iaitu
Khalifah Harun al-Rashid yang melantiknya sebagai pakar matematik dan
ahli akademik matematik di Baitul Hikmah. Khalifah al-Makmum melantik
belaiu sebagai pengarah arkib di perpustakaan istana. Al-Khawarizmi
mengemaskini sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-buku di
perpustakaan tersebut di Baitul Hikmah. Beliau turut bertugas mengetuai
dan mengawasi kerja penterjemahan buku-buku Matematik daldm bahasa
Yunani yang diperoleh daripada kerajaan Byzantine.Al-Khawarizmi seorang
tokoh Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, logik,
aritmetik, geometri, muzik,kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.[2]
Sumbangan al-Khawarizmi :
a. Matematik:
Memperkenalkan
sistem nombor India (kini dikenali angka Arab) yang digunakan sehingga
kini iaitu 0 hingga 9.Angka-angka tersebut menggunakan simbol-simbol
yang mewakili nilai-nilai tertentu.
Beliau
memperkenalkaan beberapa proses pengiraan termasuk operasi dan
pecahan.Tokoh pertama yang memperkenalkan algebra danmatematik. Antara
cabang matematik yang diperkenalkan beliau seperti geometri, algebra,
aritmetik dan lain-lain.
Memperkenalkan
penggunaan angka dalam karyanya DeNumero Indorum yang berkaitan dengan
aritmetik. Beliau menerangkan tentang angka sifar. Dengan adanya angka
sifar, operasi tambah, tolak, darab, bahagi, kuasa, log, kosinus
dan lain-lain dapat diselesaikan dengan mudah,malah membolehkan ilmu
sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat.Angka sifar yang
diperkenalkan olehnya dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan
cifre,chiffre danzero. Melalui angka sifar akan terbitkan nombor yang
mencapai infiniti.
Sistem
angka juga dapat dikaitkan dengan bidang lain termasuk astronomi yang
membolehkan meramal gerhana,menentukan planet-planet atau planet-palent
dan lain-lain.
Dalam
konsep algebra (aljabar - ilmu persamaan), alKhawarizmi memperkenalkan
kaedah penyelesaian tersusun dan sistematik sehingga digelar Bapa Ilmu
Algebra. Karya algebra beliau - Hisab al-Jabal wa al-Muqabalah.Buku
beliau yang memperkenalkan kaedah arimetik al-Jabar telah diterjemahkan
dalam bahasa Latin dan menjadi rujukan di universiti-universiti Eropah
sejak abad ke 12 hingga 16M.
Beliau
orang pertama yang mengajar algebra dalam bentuk mudah dan
menyelesaikan banyak permasalahan seperti pewarisan, pembahagian harta
pusaka dan perniagaan melalui karyanya.
Al-Khawarizmi
telah membangunkan bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai
sudut dan sempadan segi tiga yang mengandungi fungsi sin.Beliau
menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan
membangunkan kalkulus yang membantunya menguasai konsep perbezaan.Karya
beliau yang lain - Kitab al-Jam'a bil Hisab al-Hindiberkaitan dengan
konsep aritmetik.
Geografi :
Al-Khawarizmi
telah membetulkan pandangan Ptolemy mengenai geografi termasuk dalam
melakar peta dunia.Beliau adalah saintis pertama melakar peta dunia pada
tahun 830M.Menghasilkan karya geografi - Kitab Surat al-Ard. Kitab ini
telah diterjemahkan bersama petanya ke dalam bahasa lain.
Menulis tentang takwim Yahudi yang berjudul Istikhraj Tarikh al-Yahudi.
c. Astronomi:
Pembangunan
ilmu kaji bintang dan ilmu falak oleh AlKhawarizmi memberi sumbangan
besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi.
Hasil
kerjaya beliau turut meliputi kerja-kerja berkaitan dengan jam, alat
yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta alat kaji bintang.
Beliau
banyak menghasilkankarya astronomi dan diterjemahkan ke pelabagai
bahasa asing. Antaranya Kitab al-Tarikh dan Kitab al-Rukhmat (buku
berkenaan alat yang menunjukkan waktu dengan baay arragan
matahari).Khalifah al-Makmum telah melantik al-Khawaizmi sebagai
penasihat astronomi dan bertugas di balai cerap yang didirikan oleh
baginda di Baghdad.[3]
[1] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 284.
[2] “Sumbangan tokoh” , dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 2, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),73.
[3] Ibid,82.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan