OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pengertian Jihad
Kamus Dewan mentakrifkan jihad ialah suatu peperangan yang suci melawan
orang-orang kafir kerana mempertahankan agama Islam atau perang sabil dan
penentangan atau perlawanan terhadap anasir-anasir yang hendak merosakkan agama
Islam.[1]
Dari segi bahasa jihad bererti kesulitan atau beban
atau kesungguhan dan keupayaan terakhir.Perkataan al-Jahdu dan
al-Jihad menurut pengertian bahasa Arab
adalah pengerahan segenap tenaga manusia untuk
mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau menolak sesuatu yang dibenci.
Menurut istilah syarak pula, makna jihad ialah
perang dan membantu semua persiapan perang. Setiap mazhab
mempunyai pandangan yang berbeza tentang
jihad.Misalnya, Mazhab Hanafi mentakrifkan jihad sebagai mengajak
orang kafir ke dalam pelukan Din al- Haq dan memerangi mereka jika
mereka menolak. Menurut pandangan Mazhab Hanafi pula,jihad adalah
mengerahkan segala kemampuan dan tenaga dengan
melakukan perkara perang fi sabilillah baik dengan diri,
harta,mahupun lidah.
Sementara Mazhab Syafie pula menjelaskan jihad sebagai
berperang dijalan Allah SWT dan
mengerahkan segala kemampuan untuk
memerangi orang-orang kafir. Oleh itu, dengan erti kata
yang luas, jihad bolehlah dimaksudkan sebagai berjuang
menegakkan kebenaran melalui cara yang diredai-Nya,
diistilahkan juga sebagai fi sabililIah.[2]
PERANAN JIHAD ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW
a) Jihad nyawa dan tenaga
Jihad nyawa dan tenaga merupakan jihad yang paling utama, iaitu
melalui pengorbanan jiwa dan
raga.Lazimnya jihad sebegini ialah jihad di
medan perang dan mereka yang
terkorban diistilahkan sebagai syahid.Contohnya, Saidina Hamzah
telah gugur atau syahid di medan Perang Uhud.
b) Jihad mempertahankan kebenaran
Umat Islam juga digalakkan menentang kemungkaran dan
kezaliman dalam sesebuah
pemerintahan.Oleh sebab itu, segala kebatilan
yang terdapat dalam masyarakat mestilah ditentang sama
ada melalui perbuatan, perkataan ataupun dengan hati.Terdapat dalil
daripada al-Quran yang menggesa umat manusia
melakukan kebaikan, iaitu surah
al-Baqarah ayat l12,"Tidak, barang siapa yang
menyerahkan diri sepenuhnya kepada jalan Allah dan dia berbuat baik
akan mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa
takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati'.
c Mempertahankan kesucian agama daripada tindakan musuh Isam
Peranan jihad juga untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada
tindakan musuh. Contohnya golongan al-Riddah. Golongan ini perlu diperangi untuk
mempertahankan kedudukan Islam.Ada yang dihapuskan dan ada yang
kembali ke jalan Allah. SMT.[4]
d) Jihad menentang golongan munafik
Jihad dalam kategori ini bermaksud
menentang golongan yang berselindung di
sebalik nama Islam.Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan
berkenaan golongan munafik ini.
Misalnya, dalam surah ol-Munafiqun yang
menjadi panduan kepada umat Islam sewaktu berhadapan dengan
golongan ini.Antara dalil al-Quran yang terdapat surah
at-Taubah ayat73 yang menyeru kepadajihad ke atas orang kafir dan munafik
ialah"WahaiNabi, berjihadlah menentang
orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak
keras terhadap mereka".
e)Melambangkan pengabdian diri kepada Allah SWT.
Jihad melambangkan pengabdian diri terhadap Allah SWT. Penglibatan dalam
peperangan secara tidak langsung
menggambarkan bahawa individu tersebut berusaha memenuhi tuntutan syariat
Islam. Apabila seorang individu mengetepikan kesenangan dan berjuang dengan bersungguh-sungguh
, maka peranan jihad telah memperkasakan ketahanan dan pertahanan tentera Islam.
f)Ganjaran syurga.
Kepentingan jihad juga ialah ganjaran dan jaminan syurga kepada orang yang
syahid dalam peperangan. Memang dinyatakan dalam al-Quran bahawa orang yang
syahid kerana jihad fisabillillah menentang orang kafir demi menegakkan syiar
Islam dijanjikan balasan syurga kepada mereka. Perkara ini menjadi peluang dan
pendorong penguat semangat tentera Islam bagi melaksanakan jihad.
g)Mempertahan Islam maruah dan negara.
Konsep jihad juga digunakan untuk mempertahankan maruah diri dan negara.
Pada zaman Rasulullah SAW tentera Islam menghadapi golongan musyrikin Quraisy
dalam beberapa siri peperangan. Dalam kebanyakan pertempuran, tentera Islam
dapat mengalahkan musuh dengan berpegang kepada konsep jihad yang tinggi. .[5]
[1Mahdi Shuid,
Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U
Sejarah Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi
Sdn. Bhd, 2014), 124.
[2]Mahayudin Hj.
Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2
Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014) ,75.
[3]“Pertahanan dan Pembukaan Wilayah”,dalam Modul
Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia,2013),29.
[4]Skor A Dalam STPM Sejarah Islam Penggal 2 (940/2),(Petaling Jaya:
Penerbitan Ilmu Bakti Sdn Bhd,2015), ,43
[5]Ibid.43
Tiada ulasan:
Catat Ulasan