Selasa, 23 Mei 2017

6. SEJAUH MANAKAH PERANG DUNIA PERTAMA MEMPERCEPATKAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DI MESIR DARI TAHUN 1856 SEHINGGA TAHUN 1918.

      Pendahuluan

1.      Konsep Negara Bangsa menjadi matlamat tertinggi nasionalisme pada abad ke-19 M dan abad ke-20 M, kerana bangsa, anggota masyarakat beridentitikan diri mereka dengan negara dan menumpahkan kesetiaan mereka kepadanya. Mesir pada abad ke-18 M merupakan sebahagian daripada kerajaan Uthmaniyah tetapi pada tahun 1798, angkatan tentera Peranchis  yang  dipimpin oleh Napoleon Bonaparte yang memperolehi kuasa berikutan Revolusi Peranchis menakluk Mesir. Walaubagaimanapun Peranchis berjaya dihalau keluar selepas 3 tahun berada di Mesir oleh Sultan Salim III dari Kerajaan Uthmaniyah menghantar tenteraTurki yang diketuai oleh Muhammad Ali Pasha dengan bantuan British.  Selepas berjaya menghalau Peranchis, Sultan Turki Uthmaniyah telah mengiktiraf kekuasaan Muhammad Ali Pasha di Mesir.  Namun begitu pengganti-pengganti Ali Pasha yang banyak dilanda masalah terutamanya Ismail yang berhutang sebanyak 100 Juta Pound Euro dengan bank-bank Eropah telah membuka pintu kuasa  imprealis Barat campurtangan secara terang-terangan dalam pentadbiran Mesir.  Britain meletakkan seorang Pro konsul British di Mesir dan bermulalah penjajahan secara rasmi oleh Britain terhadap Mesir.
2.      Selepas Perang Dunia Pertama tamat, secara rasmi diumumkan sebagai tanah jajahan British yang berlindung di bawah kerajaan British. Namun disebabkan kekacauan dalaman yang melanda Mesir apabila rakyat dipaksa menyertai PD1, rakyat mula bangkit memberontak dan memohon kemerdekaan dari British tetapi ditolak. Kebangkitan rakyat di Mesir tidak dapat dibendung lagi oleh British dan pada Disember 1919, mereka menghantar satu Suruhanjaya peninjau yang dikenali sebagai misi milner untuk melihat keadaan di Mesir. Misi Milner mencadangkan kepada Kerajaan British untuk memberi kemerdekaan kepada Mesir namun dengan bersyarat dan akhirnya pada tahun 1922, British telah mengisytihar kemerdekaan Mesir selepas Mesir bersetuju dengan semua syarat yang diberikan oleh British.


Faktor-faktor Pembentukan Negara Bangsa Mesir abad ke-20:

Impak Perang Dunia Pertama
Pembentukan negara bangsa Mesir dikaitkan dengan impak daripada Perang Dunia Pertama. Semasa perang, British telah mengeskploitasi sepenuhnya bukan sahaja aset-aset bernilai di Mesir, bahkan menindas dan mengerah tenaga masyarakat tempatan.  Campur tangan kuasa penjajah ini telah menyebabkan masyarakat tempatan menyedari kepentingan untuk mereka bangkit mempertahankan hak mereka serta berusaha mendapatkan kuasa untuk mentadbir negara sendiri. Seterusnya membawa kepada pembentukan Negara bangsa Mesir

Kebangkitan golongan nasionalisme
Kebangkitan golongan nasionalisme di kalangan lulusan undang-undang yang menuntut kemerdekaan Mesir dan sistem parlimen seperti barat.  Golongan ini tidak      dikawal oleh pihak British seperti mana pihak tentera atau orang tempatan.  Antara pemimpin nasionalisme yang terkenal ialah Mohammed Farid dan Mustafa Kamil.  Lulusan undang-undang ini dididik oleh pensyarah berketurunan Peranchis yang bertugas di Mesir telah menghasut pelajar agar memusuhi pihak British.

Faktor bahasa
Faktor bahasa iaitu sebahagian besar penduduk Mesir merasakan mereka sebahagian daripada bangsa Arab tetapi tindakan Kerajaan British menggalakkan masyarakat Mesir bertutur alam dialek Misriyah (untuk mengukuhkan identiti Mesir) menyebabkan generasi baharu akan tersisih daripada bahasa Arab Fushah yang digunakan dalam al-Quran dan telah menimbul kegelisahan dalam kalangan ulama Mesir.

Pembukaan Terusan Suez
PembukaanTerusan Suez sejak tahun 1869    telah menarik perhatian kuasa barat seperti Peranchis dan British untuk sama-sama menguasainya.  Kebijaksanaan British telah berjaya memerangkap Khedif Ismail dengan masalah hutang dan diisytihar muflis telah menyebabkan British        berjaya menguasai Terusan Suez.  Akibatnya pihak   penjajah telah menempatkan tentera di kawasan terusan itu sehingga membangkitkan rasa tidak puas hati penduduk Mesir.  Suasana politik di Mesir walaupun berada di bawah pemerintahan empayar Uthmaniah namun kuasa pemerintahan sebenar di tangan British yang sudah bertapak kukuh sejak 1882 lagi.  Pemerintah Mesir dan pihak British tidak berusaha membaiki keadaan rakyat dan pada masa yang sama tidak bersikap terbuka untuk menerima kritikan serta protes daripada rakyat.

Faktor Budaya
Faktor Budaya masyarakat Mesir juga mengalami masalah akibat pengaruh kebudayaan penjajah yang bersifat sekular. Akhbar dan majalah Mesir selalu mengungkapkan tulisan yang menyatakan Mesir sebahagian daripada Eropah, akibatnya kebudayaan penjajah mempengaruhi secara mendalam rakyat Mesir sehingga mengenepikan ajaran Islam.

Faktor Ekonomi
Faktor Ekonomi Mesir amat lemah, ramai wanita Mesir hanya menjadi pembantu rumah kepada orang-orang British yang bekerja di tapak projekTerusan Suez, ini bermakna sebahagian masyarakat Mesir bergantung kepada ekonomi penjajah walaupun Negara Mesir kaya dengan hasil buminya.

Kesan Perjanjian Versailles
Pembentukan negara bangsa di Mesir juga turut dipengaruhi oleh kesan Perjanjian Versailles. Perjanjian ini telah memberikan hak kepada British untuk melindungi Mesir. Golongan nasionalis Mesir menentang kerana mereka sedar ini merupakan perancangan proksi Barat untuk terus menguasai Mesir.  Jelaslah kepada kita bahawa kesan daripada Perjanjian Versailles telah menjadi salah satu punca kepada pembentukan Negara bangsa Mesir pada abad ke-20

Kesimpulan

Pembinaan negara bangsa Mesir pada abad ke-20 terhalang kerana penguasaan barat terhadap Mesir itu serta pemerintah yang mengabaikan kebajikan rakyat.  Perkembangan yang berlaku pada abad ke-20 melahirkan negara bangsa di Mesir.  Persaingan yang berlaku ketika era kemerosotan Kerajaan Uthmaniyah khususnya Mesir membawa kepada banyak lagi permasalahan sehinggalah PD1 mendorong kebangkitan gerakan nasionalisme dan kelahiran negara bangsa di Mesir.
SUMBER-SKEMA PERCUBAAN NEGERI PAHANG 2017

Tiada ulasan: