Ahad, 5 Februari 2017

1.6 Bentuk pemerintahan

Oleh –AHMAD BIN YAAKOB
Selepas pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w, umat Islam diperintah oleh para khalifah yang dikenali sebagai Khulafah al-Rasyidin. Dasar-dasar pemerintahan dan pentadbiran baginda masih diguna pakai di samping berlaku penambahan disebabkan negara dan wilayah Islam yang semakin luas dan kompleks terutamanya ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab. Impak perluasan wilayah, pemerintah kerajaan Islam telah menggubal dasar-dasar pemerintahan pada peringkat wilayah yang selari dengan pemerintahan dan pertadbiran peringkat pusat bermula zaman Khulafa' al-Rasyidin sehingga zaman kerajaan Uthmaniyah.[1]

Unit 1.6 Bentuk Pemerintahan.
1.6.1Pemerintahan pusat dan wilayah .
HP-Membincangkan struktur pemerintahan pusat dan wilayah.
Oleh –AHMAD BIN YAAKOB
Kerajaan Khulafah al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632, iaitu apabila Abu Bakar al-Siddiq dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah pertama. Kerajaan Khulafah al-Rasyidin diperintah oleh empat orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w, iaitu:
(a) Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.
(b) Khalifah Umar bin al-Khattab.
(c) Khalifah Uthman bin Affan.
(d) Khalifah AIi bin Abi Talib.
Gelaran Khulafah al-Rasyidin digunakan kerana mereka meneruskan dasar kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
Struktur Pemerintahan Khulafa al-Rasyidin  :
a) Madinah  sebagai  pusat pemerintahan.
b) Masjid  Nabawi  sebagai  pusat pentadbiran  negara,pusat ibadat  dan kegiatan  dakwah  Islamiah.
c) Khalifah  sebagai  ketuabadan eksekutif, legislatif dan kehakiman.
d) Khalifah paling berkuasa tetapi  kekuasaan tidak berbentuk mutlak  dan terikat  dengan al-Quran dan sunnah  yang mengawal segala tindakan khalifah.
e) Sesuatu  dasar diputuskan melalui majlis syura (badan penasihat Khalifah).
f)  Majlis Syura secara rasmi dibentuk pada  zaman pemerintahan  khalifah Umar bin al-Khattab
g) Penubuhan Baitul Mal -perbendaharaan negara untuk menguruskan  harta rakyat dan negara.[2]
Pentadbiran  pusat zaman Khulafa al-Rasyidin  :
Pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq tidak banyak berbeza dengan zaman Rasulullah SAW kerana tempoh pemerintahannya yang singkat. Tambahan pula beliau sibuk memerangi gerakan murtad secara besar-besaran dan golongan yang enggan membayar zakat selepas sahaja kewafatan Rasulullah SAW. Pentadbiran Khalifah Abu Bakar berpusat di Madinah.
Pentadbiran  wilayah  zaman Khulafa  al-Rasyidin  :
a) Semasa pemerintahan  khalifah Abu Bakar,pemerintahan  wilayah  dibahagikan kepada  10
wilayah - Makkah,  Taif, Yaman, Hadhramaut, Khawlan, al-Jund, Nazran, Zabid, Bahrain dan Jarsh.
b)Pentadbiran perigkat wilayah telah diperkemaskan  Pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin al-Khattab berikutan kejayaan kempen perluasan kuasa.
c) Negara Islam dibahagikan  kepada  8 wilayah utama  iaitu Madinah,Mekah, Syam, Mesopotamia, Iraan, Iraq, Mesir dan Palestin.[3]
d) Setiap wilayah mempunyai  ibu negeri dan pusat pentadbiran masing-masing.
e) Khalifah Umar bin al-Khattab  telah membentuk sistem birokrasi yang sistematik.
f)  Setiap wilayah diketuai  oleh gabenor (amil) dan dibantu oleh setiausaha  dan pegawai lain seperti :setiausaha  tentera, pegawai cukai (Sahib al-Kharaj)' pegawai polis (Sahib al- Syurtah), pegawai perbendaharan  (Sahib  Bait al-Mal)  dan kadi'
g) Setiap wilayah didirikan  sebuah  Baitul Mal untuk menguruskan  pendapatan  dan perbelanjaan negara.[4]

Pemerintahan dan pentadbiran pusat
1. Sebagaimana zaman Nabi Muhammad s.a.w, Madinah kekal menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran. Masjid Nabawi menjadi lokasi perbincangan dan penggubalan dasar pemerintahan dan pentadbiran.
2. Walaupun khalifah merupakan pemerintah tertinggi kerajaan Islam, namun kekuasaannya tidak bersifat mutlak. Sebaliknya, sesuatu dasar diputuskan melalui kaedah syura, iaifu keputusan yang dibuat berdasarkan suara majoriti.
3. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, Majlis Syura ditubuhlian secara rasmi dan berfungsi secara formal. Ahli atau anggota syura dilantik daripada kalangan para sahabat yang berpengalaman dan berperanan sebagai badan penasihat khalifah.
4. Selain berperanan sebagai ketua eksekutif dan perundangan, khalifah juga merupakan panglima tertinggi dalam pentadbiran.
5. Pada peringkat pusat, ibu pejabat baitulmal telah didirikan bagi mengendalikan pentadbiran berkaitan dengan segala sumber pendapatan dan perbelanj aan negara.
6. Laporan kewangan daripada tanah jajahan akan dihantar melalui gabenor setiap wilayah kepada khalifah setiap tahun.[5]



[1]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,58.
[2]“Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),20.
[i3]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,61.
[4]“Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,20.
[5]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,59. 

Tiada ulasan: