Isnin, 6 Februari 2017

PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH ANDALUS ABAD KE-13

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pemerintahan Pusat dan wilayah kerajaan Andalusia abad ke-13M
Pemerintahandi Andalusia ditadbir oleh amir atau khalifah. Amir berkuasa melantik wakil-wakilnya untuk mentadbir wilayah. Gabenor Jeneral adalah wakil amir yang bertangungjawab melantik para pegawai untuk membantu pentadbiran.[1]

      Pemerintahan Bani Umayyah di Andalusia terbahagi kepada dua peringkat;
a)Peringkat pertama para pemerintah bergelar Amir (756-912)
b)Peringkat kedua para pemerintah bergelar khalifah. 912-1002M.
Selepas tahun 1002M, kerajaan Bani Umayyah di Andalusia mengalami kemerosotan dan berakhir pada 1031M. Kesannya muncul kerajaan-kerajaan kecil yang berpusat di pelbagai kota.

Pemerintahan di Andalusia
Pemerintahan di Andalusia ini ditadbi oleh amir atau khalifah. Mereka berkuasa melantik wakil-wakilnya untuk mentadbir wilayah-wilayah yang berada di bawah kekuasaannya. Gabenor Jeneral iaitu wakil bagi khalifah bertanggungjawab melantik para pegawainya untuk membantu mengendalikan urusan pentadbiran di Andalusia. Kerajaan Bani Umayyah di Andalusia berakhir pada abad ke 11.Selepas ituAndalusia berpecah kepada 30 negara kecil yang berpusat di pelbagai kota seperti Cordova, Sevilla dan Toledo.Pada abad ke-13 kerajaan Islam di Andalusia berada dalam keadaan kelemahan dan menghadapi asakan hebat daripada pihak Kristian yang berusaha merebut kembali wilayah-wilayah di Andalusia daripada umat Islam.[2]

1.Pemerintahan dan pentadbiran pusat kerajaan al-Muwahhidun
Sistem pemerintahan  amir dalam  kerajaan Muwahhidun :
 Pusat pemerintahan  di Maghribi.Para amir kerajaan  al-Muwahhidun  menggunakan gelaran berunsur  Syiah seperti al-Mahdi,  al-Imam,  alNasir dan al-Mansur.Amir dilantik  secara warisan (monarki). Kerajaan al-Muwahhidun telah memerintah Andalus sehingga kerajaan ini dikalahkan oleh tentera-tentera Kristian pada tahu 1212M.[3]

Pentadbiran  kerajaan  al-Muwahhidun di peringkat pusat dan wilayah berasaskan perundangan  daripadaMazhabMaliki Sistem pentadbiran adalah teratur termasuklah sistem  pengurusan kewangan, perbendaharaan dan kehakiman.[4].Al-Mahdi dibantu  10 orang berfungsi  sebagai kabinetPemerintahan Dewan 50 orang (penasihat)  dan Dewan 70 orang (Majlis  Rakyat).Majlis tentera  ditubuhkan  untuk menyelia hal ehwal ketenteraan.Amir menjalinkan  hubungan  diplomasi.Akhir pemerintahan Muwahhidun, sebuah kementerian  diwujudkan  untuk menguruskan  hal ehwal para penyair.[5]

Pentadbiran  kerajaan Nasriyah  :
Kerajaan Nasriyah diasaskan oleh Muhammad Yusuf bin Nasr yang dikenal sebagai Ibn al-Ahmar pada tahun 1235M.Pusat  pemerintahan di Granada, selatan Sepanyol. Granada ialah wilayah yang didiami oleh orang Islam Sepanyol apabila wilayah lain didduduki oleh pemerintah Kristian dan Yahudi.[6]Ibn al-Ahmar menggunakan gelaran Amir. Amir mengamalkan dasar berbaik-baik  dengan kerajaan  Kristian bagi memastikan kestabilan pemerintahannya. Kerajaan Nasriyah diperintah oleh 22  orang  amir (sultan).[7]





[1] “Pemerintahan Pusat dan Wilayah”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),24.
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 106.
[3]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014)  ,63.
[4]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 108.
[5]Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),25.
[6]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 113.
[7]Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,25.

Tiada ulasan: