Selasa, 24 Mei 2016
Selasa, 17 Mei 2016
Fokus STPM 2016-Seni bina India abad ke-16-17
Seni bina bermaksud bidang seni
untuk mendirikan bangunan, reka bentuk,dan
reka letak yang dibina oleh manusia. Pemerintahan kerajaan Moghul di
India berakhir pada tahun 1857 M apabila British bertindak membuang negeri
pemerintahnya yang terakhir, iaitu Bahadur Shah 2. Antara tokoh terhebat dalam
kerajaan ini yang menyumbangkan kemajuan khususnya dalam bidang seni bina ialah
Syah Jehan (1627-1658 M).
CIRI-CIRI SENI BINA INDIA
Ciri-ciri seni bina kerajaan
Mughal di India antaranya ialah bangunan masjid yang didirikan dilengkapi
dengan menara-menara yang dihiasi indah terutama dengan seni khat Arab.
Unsur-unsur lain ialah terdapatnya kubah-kubah bentuk baharu berupa bunga teratai yang mempunyai puncak yang meruncing.
Binaan sebegini menggambarkan
gabungan bentuk kubah gaya Parsi dengan gaya tempatan. Pada zaman kekuasaan
kerajaan Moghul ini terbina yang besar dan istana yang didirikan dalam sesebuah
komplek, contohnya Masjid Lapan Mutiara di Agra.
Kubur/ Makam Diraja
Monumen lain ynag terdapat pada
zaman kekuasaan kerajaan Moghul ialah Kubur atau tempat pemakaman raja-raja dan
kaum kerabatnya. Bangunan yang didirikan tersebut diturap dengan menggunakan
bahan-bahan merah yang kekal lama.
Kebiasaanya bangunan berkenaan
dilengkapi dengan menara yang didirikan secara khusus serta berdiri secara
bersendirian, iaitu terpisah dari kesatuan bangunan yang menjadi induknya.
Taj Mahal
Binaan yang paling mengagumkan
pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul iaitu Taj Mahal. Bangunan ini dibina di
Agra sebagai tanda cinta dan kasih Syah Jehan dan isterinya, Mumtaz Mahal.
Bangunan ini didirikan dihujung sebuah kolam yang luas dengan pintu masuk
berbentuk lengkuk awan yang menawan.
Di bangunan tersebut juga
didirikan masjid-masjid yang seolah-olah mempunyai tiga hingga tujuh buah
mihrab yang dibina bersebelahan. Terdapat juga masjid-masjid lain yang
berdinding tebal, tiada tingkap, dan dibuat kosong tanpa sebarang hiasan.
Identitinya hanya terlihat pada kubahnya yang runcing sahaja.
Berkaitan dengan pembinaan
istana, binaannya hampir sama sebagaimana masjid, iaitu terdapat istana di
Fathpur Sikri yang didirikan oleh Akhbar diperbuat daripada batu merah yang
disusun dengan saiz yang agak besar.
Sebuah gapura yang dibina
sebagai pintu masuk menyerlahkan kehebatan binaan ini. Di sekeliling istana,
terdapar tembok batu yang mempunyai ruang tempat bersemayam pemerintah yang
juga merupakan ruang rasmi pemerintah.
Kompleks ini mempunyai
cirri-ciri keselamatan yang baik. Terdapat juga pintu gerbang yang terpisah
oleh sebuah lorong dan terdapat juga satu kawasan lapang yang memisahkan pintu
gerbang kedua dengan bangunan istana.
Dari segi bahan binaan,
kebanyakannya menggunakan bahan yang berkualiti seperti marmar dan batu merah.
Permukaan dinding bangunan pula dihiasi dengan lukisan mozek yang indah,
seramik serta lukisan-lukisan dari teknik stucco.
Kota Merah, Delhi (Kubu Merah/Red Fort)
Kota Merah atau nama sebenarnya
Lal Qil’ah atau Qila-Mubarak (Kota yang dirahmati). Kota ini ialah istana bagi
Maharaja Moghul serta menjadi pusat pentadbiran Delhi sehingga tahun 1857.
Penggunaa warna batu bata merah
yang memperlihatkan skema warna ‘Monokrome’ digunakan untuk membinanya.
Kota atau kubu ini terletak
kira-kira 2.5km dari Taj Mahal terletak di tepi sungai Jumna.
Pembinaannya bermula pada 1638
oleh pemerintah Moghul ke-5, Maharaja Shah Jahan (orang yang sama membina Taj
Mahal) dan mengambil masa selama 10 tahun untuk disiapkan (1648)
Kota Merah ialah binaan kubu
sepanjang 2km yang pernah berfungsi sebagai tembok pertahanan terpenting
penduduk Kota Delhi daripada serangan sejak zaman-berzaman.
Kubu ini dibina dengan sungai
menakung air disekelilingnya sebagai benteng pertahanan daripada dicerobohi
musuh.
Monumen ini memperlihatkan seni
bina campuran daripada keindahan seni bina Parsi dan bentuk-bentuk seni bina
India. Selain itu, bengunan yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO
itu juga adalah bekas kediaman keluarga diraja Moghul.
Masjid Jama, Delhi
Tidak jauh dari Kota Merah (Red
Fort) tersergam indah sebuah masjid dari kurun ke-17 iaitu Masjid Jama yang
dibina oleh pemerintah Moghul yang sama iaitu Shah Jahan untuk puterinya
Jahanara Begum. Maharaja Shah Jahan dikatakan meletakkan batu asas masjid ini
dipuncak sebuah bukit pada tahun 1650.
Nama asal Masjid Jama ialah I
Jahan Numa (dalam bahasa parsi bermaksud Masjid Cermin Dunia) dan kini lebih
dikenali dengan nama Masjid Jama. Masjid ini terletak diatas sebuah bukit yang
dikenali sebagai Bhojla kerana maharaja mahukan monument masjid ini lebih
tinggi kedudukannya daripada takhtanya di dalam Kota Merah yang terletak
berhadapan dengan Masjid Jama.
Kehebatan binaan itu kekal
sehingga hari ini sebagai masjid terbesar di India yang menjejaki usia 356
tahun atau satu-satunya masjid yang mempunyai Iman Diraja untuk mengetuai
sembahyang semenjak 13 generasi. Pembinaan Masjid Jama yang memakan masa selama
6 tahun dengan kerahan tenaga seramai 5000-6000 penduduk Islam dan masjid ini
dapat disiapkan pada tahun 1656.
Sememangnya kerajaan Moghul
memberikan sumbangan besar dalam bidang kebudayaan khususnya dari aspek seni
bina. Ia bukan sahaja menggunakan bahan yang kukuh bahkan yang paling unik
menggabung nilai-nilai kesenian Islam dengan unsur tempatan Parsi.
Isnin, 16 Mei 2016
Fokus STPM 2016-SENI BINA ISLAM DI INDIA ABAD KE-16-17
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada abad ke-19 India diperintah oleh kerajaan Islam Mughal yang mengambil
alih kerajaan Kesultanan Delhi. Kerajaan Mughal memerintah India dari tahun
1526 sehingga tahun 1857 apabila British membuang negeri pemerintah terakhir
Bahadur Shah II. Tokoh terhebat kerajaan Mughal, Syah Jehan 1627-1658 telah menyumbang kemajuan dalam
bidang seni bina di India. Pada zaman Syah Jehan, pelbagai bangunan telah didirikan
yang menggambarkan kemajuan bidang seni bina pada era tersebut. Antaranya
Istana Taj Mahal, Masjid Moti, Istana Fathpur, kompleks-kompleks kerajaan, kubu
di Agra dan taman-taman bunga di Delhi, Lahore dan Kashmir.[1]
Ciri-ciri seni bina di India
Seni bina India abad ke 16 hingga
l7M.
Abad ke-16 menyaksikan India diperintah oleh kerajaan Islam Mughal.Syah
Jehan (1627-1658) telah menyumbang kemajuan dalam bidang seni bina di India.[2] Monumen seni bina terkenal di India
seperti Taj Mahal di Agra, Kota
Merah di Delhi, Masjid Jama di Delhi dan Makam Humayun di Delhi.ciri-ciri
paling menonjol dalam seni bina Islam di
India ialah binaannya banyak yang
berkonsepkan masjid.[3]
Ciri-ciri
seni bina India :
a. Bahan binaan - batu dan kayu sebagai
sumber asas.
b. Senibina tempatan - dipengaruhi oleh budaya dan persekitaran, agama dan
cuaca.
c. Pengaruh parsi,
Turki dan Arab dalam seni bina tempatan.
d.Motif corak
hiasan
- ukiran dan karigra fi ayat-ayat
arQuran di istana dan masjid. Juga dihiasi dengan ukiran
geometri dan ukiran berasaskan alam
seperti bunga dantumbuhan.
e.Binaan kubah
- kebanyakan binaan masjid atau
istana di India memakai kubah
berbentuk bawang.
f. Unsur air dalam
seni bina India pengaruh tamadun Islam.
g. Pembinaan menara dalm seni bina India
h. Seni bina masjid khasnya Masjid Jama Delhi
- dua menara, tiga pintu gerbang, tiga kubah, ruang solat terbuka, lantai
mannar dan batu merah, kolam takungan air dan dihiasi kaligrafi
al-Quran khasnya pada mimbar di mihrab.
i. Senibina Taj Mahal
Taj Mahal yang
- merangkumi bahagian makam,dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau
dan lain-lain.
j. Seni bina Kota Merah / Kubu Merah
- Dewan Umum
(Ruang Diwan - i- Aam), D ew an Khu
sus (D ew an - i -Khas),
Ruang peribadi maharaja (Nahr-i-Behrsft),
Ruangan Maharani (Zenana), Masjid
Moti, Hayat Bakhsh Bag,tempat bersiram diraja (Hammams), Menara
Melati (Muthammam Bur), tempat
tinggal gundik-gundik dan isteri-isteri maharaja (Rang Malah), tempat
tinggal peribadi maharaja (Khas Mahal),
Naqqar Khana dan ruang kerja
maharaja (Shahi Burj).
k. Seni bina Makam Humayum
- mengandungi kubah, mihrab, ukiran
ayat-ayat al-Quran dan kedudukan makam
mengarah ke kiblat. Terdapt juga
beberapa monumen lain sepertiNai-ka-Gumbad,
makam dan Masjid Isa Khan, makam
dankebun Bu Halima, makam dan Masjid Afsarwala danArab sarai.[4]
[1]Mahayudin
Hj Yahya et, al, Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, ,(Shah Alam:Oxford
Fajar.2015)151
[2] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi
Kedua,(Shah Alam:Oxford Fajar.2016)
,172.
[3] “Seni Bina”, ,
dalam
Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 2, (Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),73.
FOKUS STPM 2016-Perkembangan ilmu naqli dan aqli zaman khalifah Abbasiyah.
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Definisi ilmu menurut Islam /
tokoh Islam seperti Imam al-Ghazali
Dari segi bahasa, perkataan ilmu berasal
daipada ‘ilm ang bemaksud ahu. Kalimah ‘ilm ini membawa kepada kata terbitan
alim dan ulama ang membeikan pengertian orang
yang berilmu. Syed Muhammad Naquib al-Attas pula membeikan definis ilmu
sebagai suatu kebenaran yang sampai ke dalam roh atau jiwa manusia. Ilmu
dianggap sebagai cahaya yang mempunyai kaitan dengan akidah dan keimanan. Oleh
sebab ituIslam menyarankan umatnya menuntut ilmu kerana ia akan dapat
mengukuhkan akidah dan keimanan.[1]
Jenis - jenis ilmu :
a. Berdasarkan sumber -
terbahagi kepada dua :
. Ilmu yang diterima secara
langsung daripadaAllah swt ilmu bersumberkan kepada wahyu atau kasyaf
, Ilmu kasbi - ilmu yang perlu
diusahakan untuk dicapai seperti diperoleh melalui pengajaran,pembelajaran dan
pengalaman menerusi akal dan pancaindera. Merangkumi pelbagai bidang ilmu
termasuk ilmu keagamaan dan keduniaan.
b. Ilmu Naqli (ilmu
bersumberkan wahyu daripada Allah SWT iaitu al-Quran dan Hadis) dan Ilmu Aqli
(ilmu bersumberkan akal, pancaindera, sejarah, pengalaman dan lain-lain )
Ilmu naqli bertaraf fardu ain -
wajib dipelajari oleh semua umat Islam mukhallaf kerana ilmu ini mengandungi
ajaran akidah,syariah dan akhlak yang tidak dicapai melainkan dengan
perantaraan wahyu.
Perkembangan Ilmu Naqli dan
Aqli zaman kerajaan Abbasiyah pada abad ke 11 - l3M:
a. Kerajaan Abbasiyah telah
muncul sebagai pusat perkembangan ilmu sejak zaman pemerintahan Kharifah Abu
Jaafar al-Mansur dan mencapai kemuncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan
Khalifah al-Makmum.
b. Abad ke 11 hingga 13M,
kerajaan Abbasiyah berada di bawah kekuasaan Saljuk. Ilmu pengetahuan dan agama
berkembang pesat dan mencapai kemuncak pada zaman Sultan Malik syah dan dibantu
wazir Nizam al-Mulk.[2]
c.Nizam al-Mulk
bertanggungiawab membangunkan Madrasah Nizamiyah dan Madrasah Hanafiyah di
Baghdad. Lima bidang keilmuan diajar di Madrasah Nizamiyah –al-Quran,hadis, fiqh
dan bahasa Arab.
d.Galakan pemerintah terhadap
perkembangan ilmu merahirkan
Ramai ilmuan Islam dalam bidang ilmu
naqli seperti az-Zamakhsyri (tafsir dan teologi), al-Qusyairy (tafsir
dantasawuf) dan Imam al_Ghazali (teologi dan falsafah) dan ilmu aqli seperti
Ibn al-Haytham dan Ibnu Sina (perubatan), Umaral-Khayyam (mathematik) dan
Nasaruddin at-Thusi (astronomi).
Faktor kemajuan ilmu naqli dan aqli zamanAbbasiyah :
a.Faktor dalaman umat Islam -
semangat keilmuan, kesedaran yang tinggi dari pembesar kerajaan, wujudnya
pelbagai pusat kajian dan penterjemahan dan peningkatan kematangan berfikir
umat Islam.
b.Faktor luaran umat Islam -
tradisi keilmuan wilayah parsi sebelum perkembangan Islam, adaptasi terhadap
budaya asing terutama ilmu dan falsafah yunani, gerakan penterjemahan karya
asing dan kecenderungan baharu dalam tradisi berfikir(pemikiran rasional-analisis).
Perkembangan ilmu naqli (keagamaan) :
a. Ilmu al-euran - tafsir dan
qiraat. Kajian al-quran tertumpu pada teks (Tafsir bil Ma'tsur) dan pada
kontekstual (Tafsir Birra'yi - (Tafsir Maudhu,i, Tafsir Adaby, Tafsir Nuzuli
dan Tafsir Ilmi). Kandungan ilmu al-quran,ilmu akidah, akhlak dan syariat (ibadat,
muamalat). Tokoh ulama –Zamakhsyui dan karyany a, al_Khosysyaf
b. Sunnah / hadis
– disiplin ilmu hadis, sanad,
Nasakh wa Mansukh, dan rain-lain. Tokoh ilmu hadis - Zamakhsyari dan karyanya
al-Faiq
c. Ilmu kalam - pemikiran
ketuhanan (teologi) ekoran berkembangnya kecenderungan berfikir secara rasional
sehingga kajian ketuhanan tidak lagi berdasarkan pada dalil agama tetapi telah
mengarah kepada kedalaman pemikiran terhadap dogma. Tokoh ilmu kalam ,Imam al-Ghazali
dan karyanya, Maqasid al-Falasifah dan tahafut al-Falasifah,Imam al-Qusyairy an-Naisabury
dengan karyanya RisaIatul Qusyairiyah
Perkembangan ilmu aqli :
a. Falsafah - induk kepada ilmu
aqli kerana daripada falsafah ini,maka berkembanglah ilmu-ilmu lain. Zaman
Abbasiyah berlaku perkembangan ilmu falsafah akibat pengaruh Parsi dan Yunani.
Tokoh ilmu falsafah - Imam al-Ghazali dengan karyany a Tahafut al -FaIasifah
b. Seni sastera – antara tokoh
ialah Farid al-Din al-'Aththar dengan karyanya Manthiq al-Thayr dan Umar
Khayyam dengan karyanya Rubaiyat.
c. Perubatan
- perkembangan ilmu kedoktoran
zamanAbbasiyah mengalami tiga peringkat:. Zaman permulaan, kemajuan dan kemunduran.
Tokoh perubatan Islam antaranya Jabir Ibn Hayyam (Kitab al-Kimya),Ikhwan
as-Safa (Rasa'il lkhwanas - Safa'wa Khullan al-Wafa), Ibn al-Hayth am (Kit ab
al Manazir danRisalafil-Daw') dan Ibnu Sina (al-Qanun FiTibb).
d. Astronomi - antara tokohnya
ialah Nasiruddin Ath-Thusi (AlMutawassithat Bain Al-Handasa wal Hai'a) dan Abu
Wafa' -pakar trogonometri.
e. Matematik - antara tokohnya
ialah Umar Khayyam yang terkenal dalam bidang algebra ('Mazalatfi al-Jabr wa
alMuqabila)[3]
[1] Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kedua,(Shah Alam:Oxford
Fajar.2016) ,136.
[2]
“Perkembangan ilmu naqli dan aqli” , dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 2, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),73.
[3]
Ibid,75.
Khamis, 12 Mei 2016
FOKUS STPM 2016- Reaksi masyarakat tempatan di Mesir pada abad ke-19 dan 20
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada abad ke-18M, Mesir masih sebahagian
wilayah empayar Uthmaniyah. Sepanjang abad ke-17 dan ke-18M, Mesir mengalami
beberapa konflik politik akibat perebutan kuasa antara pemerintah tempatan.[1]
Suasana politik yang tidak stabil inilah yang membawa kepada kekacauan dan
menjejaskan ekonomi Mesir pada keika itu. Bermula abad ke-18, Mesir bukan lagi
sebuah wilayah yang kaya-raya sebagaimana zaman kemuncak kegemilangan Islam.
Mesir telah hilang keistimewaannya sebagai sebuah pusat kebudayaan dan ketamadunan.[2]
Penaklukan Perancis
Pada akhir abad ke-18, Perancis
telah menawan Mesir.Peristiwa ini berlaku pada tahun 1798. Ekspedisi
ketenteraan ini diketuai oleh Napoleon Bonaparte berikutan tercetusnya Revolusi
Perancis.Walau bagaimanapun, penguasaan Perancis ke atas Mesir tidak lama,
iaitu hanya sekitar tiga tahun sahaja.Perancis kemudiannya dapat diusir keluar
dari Mesir oleh tentera Uthmaniyah dengan bantuan Britain pada tahun 1801.Pendudukan
Perancis di Mesir membuka senario baharu kerana ia merupakan kuasa Barat
pertama yang menceroboh Mesir.[3]
Walaupun penguasaan Perancis hanya sekitar
tiga tahun sahaja,namun kesan jangka panjangnya telah berjaya mengubah
demografi politik Mesir. Penaklukan Perancis ke atas Mesir 1798 - 1801M
meninggalkan kesan mendalam dalam bidang ekonomi,politik, sosial dan pemikiran
rakyat Mesir. Penaklukan ini merupakan peristiwa penting yang mengubah landskap
sosiopolitik Mesir. Konsep modenisme dan sekularisme meresap dalam pemikiran
rakyat.
Ia juga
telah membawa kepada kejayaan penjajahan Britain ke atas Mesir pada
tahun 1882. Sebelum ini, Britain pernah cuba menjajah Mesir pada tahun 1807,
namun usaha tersebut tidak berjaya.Selama tiga tahun Perancis di Mesir,
beberapa perubahan telah dilakukan. Antaranya adalah seperti berikut:
(a) membuka kilang senjata.
(b) mengadakan perkhidmatan
percetakan.
(c) menggalakkan pengkajian
sains, termasuk menghantar para pelajar Mesir untuk belajar di Barat.
Sejak tahun 1879, Britain dan Perancis
semakin giat mencampuri hal ehwal Mesir, terutama yang berkaitan dengan soal
kewangan.Isu hutang yang dihadapi oleh Mesir dijadikan alasan untuk campur
tangan. Namun, sebenarnya perhatian kuasa Eropah adalah tertumpu pada Terusan
Suez.
Zaman pemerintahan Muhammad Ali Pasha di Mesir.
Gerakan memisahkan Mesir dari
Turki Uthmaniyyah. Meletus dua siri peperangan Mesir - Turki pada 1832-1833M
dan 1839-1840M. Mesir mencapai kemenangan hasil bantuan Perancis.
Penaklukan British ke atas Mesir pada 1882 - 1918M.
Sebelumnya, berlaku perjanjian
memorandum Mesir dengan British pada 1840M melalui Konvensi Alexandria.Perjanjian
ini menyebabkan Mesir secara perlahan-lahan terpaksa menerima kehadiran
British. Konsesi pembinaan Terusan Suez yang diberikan kepada Perancis pada
1857 menambahkan curiga British terhadap Perancis dan Mesir.Kemerosotan ekonomi
mendorong Mesir menjual saham
Terusan Suez kepada British. Sejak itu,
British mulai mencampuri politik dan ekonomi serta hal ehwal Mesir.British
terus melaksanakan misi ketenteraan di Mesir hingga berjaya menguasai Kaherah
pada 1882. Bermula penjajahan British di Mesir.
Penjajahan Britain
Penjajahan Britain merujuk
kepada kekalahan tentera Mesir ditangan British pada bulan September 1882.
Bermula pada tahun 1914-1918, Britaian mempunyai pengaruh yang kuat di
Mesir.Pentadbiran Britain di Mesir pada peringkat awal dipelopori oleh Lord
Cromer yang dilantik sebagai Consul General antara tahun 1883-1907. Dasar pecah
dan perintah yang dilaksanakan oleh British membawa jurang yang besar kepada
masyarakat Mesir.
Mereka yang mendapat pendidikan Barat
terpisah dari segi sikap dan pemikiran yang berteraskan kebudayaan tempatan
yang didukung oleh ulamak dan juga rakyat biasa.
Pentadbiran ekonomi yang teruk,
sikap tamak pemerintah yang menaikkan cukai sesuka hati, dasar
menjadikan tanah milik negara
dan kerahan tenaga menyebabkan rakyat Mesir menderita. Golongan ulama memimpin
gerakan rakyat menentang kezaliman kerajaan.
Perjuangan kebebasan Mesir
Penaklukan perancis ke atas
Mesir mencetuskan beberapa pemberontakan rakyat yang mewujudkan situasi politik
yang tidak stabil. Antaranya, pemberontakan pimpinan Syeikh Muhammad sadat
ekoran
Majlis Syura al-Azhar membuat
keputusan melancarkan jihad.
Gerakan penentangan
Faktor agama merupakan faktor
utama kebangkitan menentang Perancis. Muncul Gerakan Islah oleh tokoh-tokoh
pemikir Islam seperti Sayyid Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Gerakan
Islah ini berhadapan dengan arus sekularisasi Barat. Muncul gerakan dakwah
diMesir seperti al-Ikhwan al-Muslimun yang lebih tersusun
Gerakan Kolonel Urabi Pasha l88l - 1882M :
gerakan menuntut kemerdekaan
Mesir. Dikenali sebagai pemberontakanUrabi. Gerakan ini menjadi tonggak kepada
semangat nasionalisme Mesir. Awal perjuangan, gerakan ini adalah sebuah gerakan
anti orang asing (perancis, British danTurki). Namun, akhimya gerakan ini
menuntut perubahan
dalam pentadbiran dan pemerintahan.
British menyerang Urabi Pasha kerana ia mengancam kedudukan British di Mesir
dan berjaya mengalahkan Arabi pasha.Urabi Pasha telah dibuang ke Sri Langka.
Syeikh Muhamad Abduh turut diusir keluar dari Mesir.
Gerakan Islah
Gerakan pemulihan Islam yang dipelopri oleh
Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. ciriciri
utama gerakan ini termasuk
gagasan al-Jamiah al-Islamiah (Pan Islamisme) dan perjuangan
kemerdekaan.Kesemua idea dan program islah dilaksanakan melaluipelbagai kaedah
termasuk melalui proses pengajaran, pidatodan media massa (majalah dan akhbar)
serta karya-karya ilmiah. Gerakan Islah juga dilakukan melalui jawatan-jawatan
yang disandang. Kempen-kempen yang dijalankan oleh tokoh-tokoh ini
membangkitkan semangat perasaan anti-penjajah.
Revolusi 1919M –
Tamatnya Perang Dunia Pertama memperlihatkan
semangat nasionalisme rakyat Mesir terus berkobar. Muncul Parti Wafd 1919
pimpinan Saad Zaghlul Pasha yang berjuang menuntut kemerdekaan
penuh.Penangkapan Saad Zaghlul membangkitkan revolusi besar menentang British
di seluruh Mesir.
Kemerdekaan Mesir
Akhirnya British terpaksa mengeluarkan
Deklarasi Unilateral 1922 yang memberi kemerdekaan separa penuh Mesir. Britain
mengistiharkan kemerdekaan Mesir pada 22.2.1922. Kerajaan baru yang ditubuhkan
bersifat raja berperlembagaan. Pilihanraya pertama diadakan dan Saad Zaghlul
dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 1927. Tetapi pentadbiranya hanya
berlangsung dalam tempoh yang singkat. Antara tahun 1922-1936 pola yang sama
berlaku, iaitu raja membubar parlimen dan pilihan raya diadakan yang selalunya
membawa kemenagan kepada Parti Wafd. !927 Saad Zaghlul meninggal dunia dan
Parti Wafd mula lemah. Golongan
nasionalis tetap menentang deklarasi ini kerana menuntut kemerdekaan penuh.
1932 Mesir beroleh kemerdekaan penuh. Pada tahun 1952 golongan nasionalis
mengguling Raja Faouk yang zalim, korup
dan bersekongkol dengan Britain. Revolusi ini dipimpin oleh Jeneral Muhamad
Naguib. Kekuasaan British berjaya diruntuhkan sepenuhnya pada 1952M. Mesir
menjadi sebuah republik pada tahun 1953.
Gerakan Islah Ikhwanul Muslimin
Sebahagian senario politik
Mesir hasil daripada reaksi rakyat tempatan terhadap penjajahan Barat serta
kejatuhan khilafah Uthmaniyyah di Turki. Dipelopori dan ditubuhkan oleh Hassan
al-Banna pada 1928. Matlamat awal untuk menggulingkan penguasaan British di
Mesir dan menyelamatkan rakyat daripada pengaruh pemikiran Barat. Menerbitkan
majalah al-Manar untuk menyampaikan idea perjuangan. Peringkat awal menumpukan
kepada isu-isu keagamaan, pendidikan dan khidmat kepada masyarakat. Peringkat
seterusnya perjuangan politik dengan menganjurkan protes kepada kerajaan Mesir
bagi menentang kezaliman dan idea-idea sekular kerajaan yang boleh melemahkan
pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral tradisional.
Perjuangan Ikhwanul Muslimin amat
tersusun dan konsisten meskipun ramai ahlinya dipenjara dan dibunuh. Pada 1946
- 1948M, gerakan Ikhwanul Muslimin mengisytiharkan perang terhadap British. Gerakan
ini diharamkan oleh kerajaan Mesir atas tuduhan merancang pemberontakan
menjatuhkan Kerajaan British.[4]
[1]
“Reaksi Masarakat Tempatan”, dalamModul
Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah P2, (Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia,2013),109.
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia
Sdn. Bhd, 2014), 348.
[3]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 187.
FOKUS STPM 2016- Reaksi masyarakat tempatan di Algeria abad ke-19-20
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Reaksi masyarakat Algeria terhadap kuasa Barat.
Pada abad ke 16 hingga 19M,
Algeria merupakan sebahagian wilayah khilafah Uthmaniyyah Turki. Pernah dijajah
Perancis selama I32 tahun. Algeria merupakan negara terbesar di Afrika dan di
dunia Arab. Kaya dengan sumber minyak dan gas. Pada tahun 1827 tentera Perancis
mula menceroboh Algeria.Serangan Marshall Bugeud ke atas Sidi Faraj 13 Jun 1830
telah membawa kepada penjajahan Perancis.[1]
Penaklukan Perancis di Algeria 1830.
Algeria memiliki simpanan minyak yang besar
dan posisi strategik sebagai pelabuhan di Mediterranean. Kempen asimilasi
budaya Perancis - percakapan dan pengajaran bahasa Arab
diharamkan.Bahasa perancis
menjadi bahasa rasmi menggantikan bahasa Arab dan Barber. polisi ini telah
menghapuskan identiti kebangsaan dan warisan budaya rakyat Algeria.
Perancis memberikan tekanan
kepada rakyat Algeria dalam semua bidang kehidupan termasuk politik, ekonomi,
pendidikan dan sosial. Beribu pendatang Eropah telah berhijrah ke Algeria untuk
membuka kebun kerana keluasan tanahyang dimiliki oleh Algeria. Mereka menduduki
semua kota di Algeria.
Dasar pendidikan menyebabkan
kadar pandai membaca, menulis dan mengira Rakyat Algeria jatuh ke tahap paling
rendah. Dasar perancis ini menimbulkan reaksi tidak puas rakyat tempatan kerana
hak mereka telah dirampas.[2] Lahir
golongan nasionalis Algeria yang cuba menghidupkan semula bahasa sendiri,
memperkasakan identiti nasional berdasarkan Islam dan mendaulatkan bahasa Arab.
Penentangan oleh Syeikh Abdur Qadir ar-lazair,Gabenor
Mascara pada tahun 1832.
Sebagai ulama besar Algeria,
beliau mengeluarkan fatwa kewajipan jihad mempertahankan negara dan
mengisytiharkan negara Islam Algeria. Beribu umat Islam dibunuh dalam
penentangan tersebut. Jihad berterusan telah berraku di Algeria menelan korban
sejuta syuhada sehingga Algeria digelar sebagai ' Negara Sejuta Syuhada' .
Gerakan Persatuan Ulama Algeria pimpinan Syeikh Abdul
Hamid Ben Badis.
Keahlian terdiri daripada
guru-guruagama. Gerakan ini bertujuan menyatukan umat Islam.Gerakan ini
menyelar pegawai-pegawai pentadbiran agamayang dilihat menjadi alat penjajah
Perancis.
Penaklukan Jerman ke atas Algeria - era Perang Dunia
Kedua, Jerman berjaya mengalahkan
Perancis dan menakluki Algeria. Ramai pemimpin dan nasionalis Algeria yang
ditahan Jerman telah dibunuh dan ada yang dihantar ke kem-kem tahanan.
Pembunuhan Beramai-ramai Setif 1945.
Apabila Pihak Bersekutu berjaya
mengalahkan Jerman pada 1942M dalam Perang Dunia Kedua, pihak nasionalis
membayangkan kemerdekaan Algeria. 1943, Ferhat Abbas memberikan empat cadangan
kepada Pihak Bersekutu, antaranya memberikan kemerdekaan serta penggubalan
perlembagaan baharu Algeria. Rakyat Algeria menyokong dan berjuang bersama
Pihak Bersekutu menentang penjajahan Jerman dengan harapan permintaan mereka
dipenuhi namun ditolak. 8 Mei 1945,rakyat Algeria berkumpul sambil mengibarkan
bendera bagi meraikan tamatnya peperangan. Namun,kemuncaknya tentera Perancis telah
melepaskan tembakan rambang kepada orang awam. 45,000 umat Islam mati dalam
pembunuhan kejam itu dan ramai yang cedera.Ekoran itu, segala aktiviti politik
di Algeria diharamkan dan beribu rakyat ditahan tanpa alasan. Kezaliman
Perancis membangkitkan reaksi rakyat tempatan di seluruh negara.Penentangan
semakin meningkat dan Perancis bertindak balas.
Perang Kemerdekaan Aljazair 1954 -1962 (Revolusi
Algeria).
1950an, gerakan nasionalisme
Algeria semakin matang dengan menggabungkan semangat nilai Islam yang dipelopori Syeikh Abdul Qader dengan
fahaman moden Perancis seperti demokrasi. Justeru Revolusi Algeria mengambil
inspirasi dari keduanya. perang gerila (perang Kemerdekaan Aljazair) merupakan
peperangan berdarah dan sengit.
Pelindung pembebasan Kebangsaan
(FLN) dan Tentera Pembebasan Kemerdekaan (ALN) ditubuhkan pada 1954M untuk
mengetuai perang gerila. perancis enggan kehilangan Algeria kerana negara ini
kaya dengan simpanan minyak dan gas asli.
Kemerdekaan Algeria juga memberi
impak kepada gerakan nasionalisme negara-negara Arab
lain. Terjadi pembunuhan
beramai-ramaidi mana banyak perkampungan dibakar oleh tentera perancis, tanaman
dimusnahkan, ribuan haiwan ternakan dibunuh, sekolah-sekolah dan masjid-masjid
dirobohkan. Situasi ini berterusan sehingga Algeria mencapai kemerdekaan pada 5
Julai 1962.
Kemerdekaan Algeria 1962M
Perancis akhirnya menerima
kehendak rakyat Algeria yang mahukan kemerdekaan.Perancis meletakkan syarat
kemerdekaan supaya FLN melaksanakan dasar sekular dalam pemerintahan negara di
Algeria. Pergerakan FLN dan ALN bermesyuarat di Kaherah 1958 dan seterusnya
membentuk kerajaan sementara Algeria. FLN dan perancis mengiytiharkan genjatan
senjata melalui peranjian Evian dan Algeria akhirnya mengisytiharkan
kemerdekaan pada 1962.
Perjuangan kemerdekaan selama hampir
tujuh setengah tahun menyaksikan kira-kira 1.5 juta rakyat Algeria terbunuh.
Perjuangan panjang rakyat Algeria pimpinan ulama dan nasionalis berjaya
membentuk Algeria ke arah berkerajaan sendiri.
Algeria Selepas Era penjajahan.
FLN melantik Ahmed Ben Bella
(bekas pelajar di sekolah perancis) sebagai presiden Algeria pertama. Beliau
mendapat sokongan golongan elit sekular dan pihak elit tentera yang sekular
yang mendapat latihan di Perancis. Kepimpinan Ben Bella digulingkan oleh Kol.
Hawari Boumedienne pada 1965 ekoran kegagalan memberi kemakmuran ekonomi dan
demokrasi. Nilai-nilai Islam juga kurang diendahkan.
FLN muncul sebagai parti yang
mengongkong dalam bentuk sistem bernegara satu parti. Dasar sosialisme menjadi
asas utama dalam pemerintahan Kol. Hawari Boumedienne. Beliau mengamalkan dasar
anti-penjajah dan sistem satu parti
iaitu pembolotan kuasa oleh FLN.
Gerakan Islam
Algeria.
Awal 1980an, muncul gerakan Islam yang dipelopori
anak-anak muda Algeria akibat kecewa dengan sistem kediktatoran dan sosialisme.
Gerakan Islam Algeria ini menubuhkan Barisan Penyelamat Islam (FIS) dan dalam
pilihanraya tempatan, FIS telah mengalahkan FLN. FIS cuba memerintah kerajaan
tempatan dalam lingkungan demokratik dan Islamik. Kemenangan
FIS mengejutkan dunia Barat,
khasnya Perancis dan Amerika Syarikat. Atas sokongan mereka, kerajaan Algeria
mengharamkan FIS dan menangkap pemimpinnya.[3]
FOKUS STPM 2016-SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Latar belakang Al-Khawarizmi
Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah
Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Selain dipanggil al-Khawaizmi, beliau terkenal
juga dengan gelaran Abu Abdullah. Namun di Barat, Al-Khawarizmi dikenali
sebagai al-Cowarizmi, al-Ahawizmi al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan
beberapa cara ejaan lain.Beliau dilahirkan pada tahun 780M di daerah Khawarizmi
yang sekarang dikenali sebagai Khiwa. Ibu bapa beliau berhijrah ke sebuah
kawasan di Selatan Baghdad. Beliau meninggal dunia pada tahun 840 Masihi.[1]
Kepakaran beliau dalam ilmu matematik
diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyah iaitu Khalifah Harun al-Rashid yang
melantiknya sebagai pakar matematik dan ahli akademik matematik di Baitul Hikmah.
Khalifah al-Makmum melantik belaiu sebagai pengarah arkib di perpustakaan
istana. Al-Khawarizmi mengemaskini sistem perpustakaan dengan menambah indeks
buku-buku di perpustakaan tersebut di Baitul Hikmah. Beliau turut bertugas
mengetuai dan mengawasi kerja penterjemahan buku-buku Matematik daldm bahasa
Yunani yang diperoleh daripada kerajaan Byzantine.Al-Khawarizmi seorang tokoh
Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, logik, aritmetik,
geometri, muzik,kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.[2]
Sumbangan al-Khawarizmi :
a. Matematik:
Memperkenalkan sistem nombor India (kini
dikenali angka Arab) yang digunakan sehingga kini iaitu 0 hingga 9.Angka-angka
tersebut menggunakan simbol-simbol yang mewakili nilai-nilai tertentu.
Beliau memperkenalkaan beberapa proses
pengiraan termasuk operasi dan pecahan.Tokoh pertama yang memperkenalkan
algebra danmatematik. Antara cabang matematik yang diperkenalkan beliau seperti
geometri, algebra, aritmetik dan lain-lain.
Memperkenalkan penggunaan angka dalam
karyanya DeNumero Indorum yang berkaitan dengan aritmetik. Beliau menerangkan
tentang angka sifar. Dengan adanya angka sifar, operasi tambah, tolak, darab,
bahagi, kuasa, log, kosinus dan
lain-lain dapat diselesaikan dengan mudah,malah membolehkan ilmu sains dan
teknologi berkembang dengan lebih pesat.Angka sifar yang diperkenalkan olehnya dipinjam
oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan cifre,chiffre danzero. Melalui angka
sifar akan terbitkan nombor yang mencapai infiniti.
Sistem angka juga dapat dikaitkan dengan
bidang lain termasuk astronomi yang membolehkan meramal gerhana,menentukan
planet-planet atau planet-palent dan lain-lain.
Dalam konsep algebra (aljabar - ilmu
persamaan), alKhawarizmi memperkenalkan kaedah penyelesaian tersusun dan
sistematik sehingga digelar Bapa Ilmu Algebra. Karya algebra beliau - Hisab
al-Jabal wa al-Muqabalah.Buku beliau yang memperkenalkan kaedah arimetik
al-Jabar telah diterjemahkan dalam bahasa Latin dan menjadi rujukan di universiti-universiti
Eropah sejak abad ke 12 hingga 16M.
Beliau orang pertama yang mengajar
algebra dalam bentuk mudah dan menyelesaikan banyak permasalahan seperti pewarisan,
pembahagian harta pusaka dan perniagaan melalui karyanya.
Al-Khawarizmi telah membangunkan bidang
trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segi tiga yang
mengandungi fungsi sin.Beliau menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka
keratan kon dan membangunkan kalkulus yang membantunya menguasai konsep
perbezaan.Karya beliau yang lain - Kitab al-Jam'a bil Hisab al-Hindiberkaitan
dengan konsep aritmetik.
Geografi :
Al-Khawarizmi telah membetulkan pandangan
Ptolemy mengenai geografi termasuk dalam melakar peta dunia.Beliau adalah
saintis pertama melakar peta dunia pada tahun 830M.Menghasilkan karya geografi
- Kitab Surat al-Ard. Kitab ini telah diterjemahkan bersama petanya ke dalam
bahasa lain.
Menulis tentang takwim Yahudi
yang berjudul Istikhraj Tarikh al-Yahudi.
c. Astronomi:
Pembangunan ilmu kaji bintang dan ilmu
falak oleh AlKhawarizmi memberi sumbangan besar terhadap kemajuan dalam bidang
sains astronomi.
Hasil kerjaya beliau turut
meliputi kerja-kerja berkaitan dengan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan
bayangan matahari serta alat kaji bintang.
Beliau banyak menghasilkankarya astronomi
dan diterjemahkan ke pelabagai bahasa asing. Antaranya Kitab al-Tarikh dan
Kitab al-Rukhmat (buku berkenaan alat yang menunjukkan waktu dengan baay
arragan matahari).Khalifah al-Makmum telah melantik al-Khawaizmi sebagai penasihat
astronomi dan bertugas di balai cerap yang didirikan oleh baginda di Baghdad.[3]
[1] Mohd
Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong
,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson
Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 284.
[2] “Sumbangan
tokoh” , dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 2, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),73.
[3] Ibid,82.
Rabu, 11 Mei 2016
Fokus STPM 2016AL-GHAZALI
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Latar belakang al-Ghazali.
Nama Imam al-Ghazali ialah Abu
Hamid bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali.Imam Al-Ghazali dilahirkan
pada tahun 450H besamaan dengan 1058M di desa Ghazalah, dipinggir Kota Thus, yang
terletak di Bahagian timur Laut Iran. Menurut Ibn Atsir, beliau digelar
“Al-Ghazali” bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal
bulu kambing (al-Ghazzal).[1]Al-Ghazali
pernah memegang jawatan ketua di Madrasah Nizamiyah, Baghdad selama 5 tahun
(1091-1095M). Di universiti tersebut, beliau memberi kuliah dalam bidang hukum
dan teologi.Dalam dunia Islam, al-Ghazali mendapat gelaran Hujjatul Islam (Pembela
Islam ) kerana kepetahan beliau berhujah membela Islam.
Sumbangan Al-Ghazali :
Dunia amat mengagumi al-Ghazali melalui
penulisannya di mana beliau merupakan pengarang yang amat hebat dan berada
dalam kelas yang tersendiri. Kebolehan beliau mengarang tidak dapat disangkal
lagi terutamanya oleh sarjana Barat dan sepanjang hayatnya, beliau telah
mengarang lebih daripada 300 buku.Penulisan al-Ghazali meliputi skop ilmu yang
sangat luas iaitu merangkumi bidang falsafah, keagamaan, kenegaraan dan tanggungjawab
seorang ketua negara.[2]
Bidang Falsafah.
Sumbangan al-Ghazali dalam bidang
falsafah bermula dengan penulisan kitab Maqasid-Falasifah
(Tujuan Ilmu Falsafah) yang membincangkan teori falsafah dan kitab Tahafut al-Falasifah
yang membincangkan penyelewengan falsafah Barat tentang fizik dan metafrzik
daripada sudut pandangan Islam.
Al-Ghazali lantang menegur falsafah
Aristotle berkenaan kewujudan dunia ini sejak azali dan tiada permulaan
manakala al-Ghazali menyatakan dunia berasal daripada tidak ada dan diciptakan
oleh tuhan. Kesan kritikan al-Ghazali tersebut, tidak muncul seorang pun ahli
falsafah terkenal selama 100 tahun selepas beliau.
Ibn al-Ghazali berjasa dalam membela
Islam daripada pengaruh bidaah dan aliran rasionalisme Yunani (Hujjatul Islam).
Ini dapat dilihat dalam penulisannya apabila beliau banyak mematahkan hujah
pihak yang keterlaluan ketika membahaskan isu-isu yang timbul, khasnya
perbincangan ilmu kalam. Al-Ghazah membahaskan ilmu kalam menurut methodologi
Rasulullah SAW dan para sahabat serta menguatkan hujah berteraskan al-Quran,
as-Sunnah dan perbahasan para sahabat. Menurut al-Ghazali, perdebatan
berdasarkan hujah akal tanpa berpaksikan sumber primer hanya akan menambahkan
lagi kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat Islam. Perbahasan al-Ghazali
mengenai masalah-masalah falsafah jauh lebih baik daripada perbahasan ahli-ahli
falsafah sendiri.
Al-Ghazali membahagikan 3
golongan yang membahaskan
falsafah :
a. Atheis - golongan yang
mengingkari wujudnya pencipta yang mentadbir seluruh alam.
b. Natural - golongan ilmuan
yang banyak mengkaji berkaitan dengan tabiat, kejadian dan anatomi manusia,
tumbuhan dan haiwan. Golongan ini mendakwa apabila mati mereka tidak akan hidup
semula, justeru mereka menafikan adanya hari akhirat.
c. Teologi - golongan yang
membincangkan soal-soal ketuhan seperti Plato, Aristotle dan Socretus. Mereka
membahaskan perkara-perkara berkaitan ketuhanan dengan bersumberkan akal.
Al-Ghazali adalah orang pertama yang
mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada enam bahagian iaitu matematik, mantiq,
fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak.Kitab al-Ma'riful' Aqaliyah (Ilmu
Pengetahuan YangRasional) memaparkan tentang hakikat kewujudan ilmu-ilmu yang
rasional serta tujuan penghasilannya.
Sumbangan al-Ghazali yang paling terkenal
ialah dalam bidang keagamaan dan kitabnya lhya' Ulumuddin (Menghidupkan
Ilmu-Ilmu Agama). Kitab tersebut dikarang ketika beliau berumur 50 tahun
menjadi jalan keluar kepada pelbagai fahaman dan aliran. Kitab ini yang
merangkumi ilmu akidah, fiqah, falsafah, akhlak dan tasawuf masih menjadi rujukan
umat Islam masa kini.
Kitab Ayytha al-Walad (Aduhai Anakku)
pula sangat penting kerana mempunyai nasihat beliau kepada anak muridnya tentang
ilmu terbaik yang terdiri daripada lapan perkara dan
diterjemah ke dalam bahasa
Turki.
Al-Ghazali terkenal dalam bidang sains
politik di mana penulisannya terbahagi kepada 2 perkara iaitu teori kenegaraan dan
teori pemerintahan. Buku-bukunya iaitu Mustazh-hiri, alMunqiz Minad Dhalal,
Al-Iqtishad Jil I'tiqad (Kesederhanaan Dalam Kepercayaan ) membincangkan soal
kepimpinan bagi sesebuah negara Islam.
Al-Ghazali juga banyak memberi pandangan
dalam bidang pendidikan berdasarkan pengalamannya sebagai seorang pelajar, guru
dan ketua di Madrasah Nizamiyah. Al-Ghazali merupakan pemikir Islam yang
meninggalkan jasa yang dapat dinilai melalui hasil-hasil karyanya. Beberapa karyanya
telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa Eropah untuk dijadikan rujukan di
pusat-pusat pengajian tinggiHasil-hasil tulisan al-Ghazali telah mempengaruhi
ahli fikir Islam selepasnya seperti Jalaluiddin ar-Rumi, Ibn Rusyd dan Syah
Waliyullah.[3]
Langgan:
Catatan (Atom)